Monday, December 7, 2009

Santapan Rohani

"Ubat Panadol" untuk santapan rohani na ketika terasa "moral down" kerana kunjungan Cik demam!...

Na amik beberapa ayat dari artikel isteri ust Zaharuddin



1. Jangan berhenti mengejar apa yang diimpi. Bak bicara Master Oogway yang cukup memberi bekas pada diri:

“Semalam adalah suatu sejarah, esok adalah misteri, sementara hari dan saat ini adalah suatu anugerah (gift), maka kerana itu ia disebut sebagai hadiah ( present) “


2. Jangan biarkan diri dihalangi oleh kegagalan masa lalu dan ketakutan masa depan...


3. Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Dan sesungguhnya akan kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Surah Al baqarah ayat 155 )


4. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sungguh seluruh perkara adalah kebaikan baginya. Yang demikian itu tidaklah dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika mendapatkan kelapangan ia bersyukur maka yg demikian itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa kemudaratan atau kesusahan ia bersabar, maka yang demikian itu baik baginya.”( Hadis riwayat Muslim )

5. Kebahagiaan ada pada sifat sabar. Dengan kesabaran,seorang hamba akan terpelihara dari kemaksiatan, berterusan menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai dugaan.

6. Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menukilkan,

“Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh.”

7. DIA mendatangkan kesusahan bukan bermakna untuk menjatuhkan, DIA mendatangkan kesenangan bukan pula untuk meninggikan. Akan tetapi kedua-duanya ujian untuk menilai keimanan. Meningkatkan ketaqwaan, sebagai pembeza sebenar darjat manusia di sisi Tuhan


8. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

9. Ingatlah juga janji-Nya yang bermaksud :

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya akan Allah berikan jalan keluar dan Allah akan berikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” ( Surah At Thalaq ayat 2-3).

10. Justeru, antara jalan untuk berjaya dan merasa bahagia bertitik mula dari mengenal Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta lagi Maha Berkuasa. Mengenali untuk memahami dan meyakini bahawa segala sesuatu daripada-Nya pasti mengandungi hikmah yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment