salam semua, baru hari ni dapat ingat password blog ni.....sekarang empunya diri dah dapat kerja...hampir 3 tahun di UiTM Pasir Gudang.....doakan diri ni dapat pengesahan jawatan nanti...huhuhu....target tahun baru 2017, sedaya upaya membahagiakan mak abah ......dapat menjadi penyarah cemerlang...dapat kawan baik hahahaa
Showing posts with label Bisikan Na. Show all posts
Showing posts with label Bisikan Na. Show all posts
Monday, January 23, 2017
Saturday, August 2, 2014
Friday, May 30, 2014
Hadiah bermakna Pada Harijadi Ku 2014
Alhamdulillah....segala penat...ikhtiar dan doa telah didengari olehNya...ana dapat panggilan untuk bekerja sebagai pensyarah di Uitm Pasir Gudang, ana dapat panggilan pada harijadi na!!!...Ya Allah, terima kasih...Kau telah gembirakan hati ibubapa ku....ana ingin buat terbaik dan adaptasi dengan alam pekerjaan sebelum ingin mencapai impian ana untuk bergelar pelajar PhD.......semoga ana sentiasa mendapat bantuan dariNya. kelak.....
Selain itu, sebagai kejutan...akak ana membelikan camera baru untuk ana......alhamdulillah....suka nyer....TQ anung.
Selain itu, sebagai kejutan...akak ana membelikan camera baru untuk ana......alhamdulillah....suka nyer....TQ anung.
Wednesday, May 29, 2013
Hari Jadi Na Hari ni...
Salam, alhamdulillah....bertambah umur na dan semakin dekat na untuk mendiami di dalam perut dunia kelak...;) hari ini hari jadi na yang ker....cari sendiri ek...rasanya post lepas lepas ada na postkan kek yang terkandung usia na....
Untuk kali ini, na dapat hp baru, tq mak abah ...( na guna rebet hp, bakinya mak abah bayar...hehehe). Dalam hidup na, inilah kali ke-3 na ganti hp.....:)
Lagi satu, na dapat ucapan selamat dari Prof Agus....wah, gembiranya...selain dapat dari adik beradik, kawan, ex supervisor na.....:)
Untuk kali ini, na dapat hp baru, tq mak abah ...( na guna rebet hp, bakinya mak abah bayar...hehehe). Dalam hidup na, inilah kali ke-3 na ganti hp.....:)
Alhamdulillah, suka sangat....hari ni......
Monday, May 27, 2013
Big Bad Wolf At Malacca....
Salam, "Big Bad Wolf" ni adalah pameran buku bahasa Inggeris....semua murah2 untuk dimiliki....ari tur....na pergi dengan adik lelaki na...ni adalah siket yang na borong dari sana..
Sunday, April 21, 2013
Minggu Terakhir Na di Uitm Beting
Salam...minggu ini adalah minggu terakhir na bekerja sebagai pensyarah ptft di Uitm Beting. Alhamdulillah, na telahpun habiskan satu semester di sini. Banyak perkara & peristiwa berlaku sepanjang semester ini mengajar na.....Alhamdulillah.
Kalu ikut mulut bos, maybe na boleh sambung kontrak untuk semester depan. Allahu'alam. Segalanya na serahka padaNya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri na.
Kalu ikut mulut bos, maybe na boleh sambung kontrak untuk semester depan. Allahu'alam. Segalanya na serahka padaNya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri na.
Thursday, March 28, 2013
Baru Na Tahu - Petang Yang Redup
Salam...dah petang...so sebelum na balik rumah sewa...ingin na coretkan sesuatu yang berlaku pada hari ini. Na sudah keluarkan 'carry mark' untuk tiga kumpulan pelajar na. Tinggal satu lagi jek kumpulan tak dapat na keluarkan 'carry mark'nya....sebab markah 'lab' mereka di 'handle' oleh pensyarah lain.
Ada pelajar na kata...'Miss, nak tahu tak...mereka semua kata sem ni lah subjek fizik paling senang', tapi...tapi....'.Mereka maksudkan na ni tegas sangat.....Yup, NA memang latih pelajar na buat langkah pengiraan......bukan hanya tekan kalkulator dapat jawapan. hehehe, kat situ lah, baru kita tahu pelajar kita faham atau tidak....hilang satu langkah, hilang satu markah....Bagi na, ini penting untuk melahirkan pelajar yang boleh 'Matematik' dan 'Fizik'.....
Ada dulu pelajar na cakap....'ala Miss, dulu kitaorang dapat jawapan jek...dapat markah penuh"...wah........yeke?
ermm....kalu na tegas sangat....tak kan lah ada pelajar na dapat A....salah siapa? mereka sudah didedahkan dengan "teknik na" sejak awal....tak kan x dapat nak "follow"....
na buat dari awal sehingga habis semester ni. Apa yang penting, teknik ini melatih mereka untuk memahami konsep dan kemahiran "matematik" mereka......
ada juga kesilapan yang tidak boleh dimaafkan seperti 1 bahagi 2 = 2, 15 bahagi 5=5......
takpelah, na nak tengok untuk FINAL pelajar na pada 8hb Mac ni....
Semoga Allah menolong kami di sini......

Monday, December 31, 2012
Allah beri Na Peluang
Salam ....sekarang na sedang berehat sambil menghirup udara Kuala Pilah...alhamdulillah, na diberi peluang untuk menjadi Pensyarah Sementara PTFT...untuk unit Fizik. Na ditugaskan mengajar Optik untuk 4 kumpulan, menjaga makmal untuk 3 kumpulan bagi subjeks Optik dan 2 kumpulan untuk subjeks PHY210. Baru sahaja selesai untuk sesi tuturial...agak mengejutkan benda yang bagi na mudah....tidak untuk pelajar na, ermmm...kena ada perancangan dan strategi untuk memastikan pelajar-pelajar na cukup memahami semua konsep....
entah kenapa na terkenangkan apa En Aslam kata kan dulu dalam kelas " Kempen 3.0" anjuran Kolej 14......."Always go to basic".Na masih mencari rentak di sini.....cuma sedaya upaya mencari jalan yang paling senang untuk "memahamkan" pelajar- pelajar na.....
Lagi satu, soalan tuturial , kuiz dan test kena buat sendiri...huhuhuu......itu lah kerja pensyarah...hehehe,
okey, kena sambung kerja....tarik nafas......lepas.....senyum...:)

Thursday, July 19, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Hari Jadi Na...Hari Ni...
Alhamdulillah na masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup di muka bumi ....insyaallah, lagi lama na dapat menghirup udara, lagi itulah na akan cuba menjadi lebih baik....(hamba, anak, kakak,......dan lain2....)
Tiada ternilai bagi diri ini apabila terpilih memiliki agama yang satu, keluarga yang cukup memahami terutamanya makabah..insyaallah, akan ana balas jasa kalian...
Thursday, March 8, 2012
Skrub Lembut dan Toner Untuk Kulit Muka (Sumber Sayuran....)
Kita hanya perlukan buah tomato dan sedikit gula. Potong kepada dua bahagian..dan letakkan gula..kemudian urutkan perlahan2 ke atas kulit muka....kemudian amik ais sebagai ganti toner untuk menutup liang2 roma di muka ....
Na dapat ni dari rancangan Safiyya 2012..hehe.
Na dapat ni dari rancangan Safiyya 2012..hehe.
Wednesday, February 1, 2012
Terima Kasih Terima Kasih......
Terima kasih kepada yang memberi nasihat kepada na untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD...ermm, yup memang lama na berehat....semakin lama semakin na berminat ke arah lain..Kerja?...Lom lagi.....so memang patut na buat sesuatu kan...
adakah ia terbaik?...Hanya Allah jek yang tahu...na berdoa supaya sentiasa mendapat terbaik, membuat perkara yang berfaedah dan yang penting mendapat restu Allah,mak dan abah...
adakah ia terbaik?...Hanya Allah jek yang tahu...na berdoa supaya sentiasa mendapat terbaik, membuat perkara yang berfaedah dan yang penting mendapat restu Allah,mak dan abah...
Friday, December 23, 2011
Monday, November 28, 2011
Ujian ...Ujian...
Ini lah kehidupan...tak semua indah , tak semua manis...tetapi kepahitan dan kesakitan itu menyebabkan kehidupan na sebagai hamba Allah menjadi warna warni.....tidak semua dirancang menjadi kenyataan....adakalanya na terpaksa berusaha sehingga terasa tidak bermaya untuk mendapatkan sesuatu...namun, na memujuk diri, inilah dia....inilah tanda Allah masih memandang na....dalam kesulitan melanda,na masih boleh dikategorikan "bertuah" kerna segala kekusutan pasti ada jawapan disebaliknya....hanya sedikit Allah uji nurul ain!!! hanya sedikit jika dibandingkan orang lain....entah kenapa ana mula tersenyum...Bohong jika na tulis, tiada setitis air mata na keluar...bohong...cuma na bijak menyoroknya :)..
Cuma sekarang, na cuba melalui/ mengendalikan semua ujian dengan cara terbaik ameen . Dek ujian Allah ini, na yakin apa yang berlaku di dalam hidup ini adalah terbaik untuk diri na. Baik pahit, tapi itulah ubat mujarab untuk na....insyaallah......
p/s- Melihat ombak ganas menghempas di pantai Ganu bagaikan merasaikan bagaimana Allah murka...astagfiruallah....semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa menjauhi melakukan perkara yang menyebabkan Kau murka kepada kami...amenn

Tuesday, August 9, 2011
Tips untuk Membeli Ikan...
Salam...na dah balik ke Melaka, dan hari ini temankan abah membeli ikan di kampung Sempang. Memang fresh!..tips untuk membeli ikan ( apa yang na tahu ler ):
1. Pastikan mata ikan jernih ( itu tandanya ikan memang baru), kalu mata dah merah tanda nya ikan itu sudah lama.
2. Tengok insang ikan, kalu ia masih baru, warna insang merah betul..dan sebaliknya.
3. Selalunya peniaga akan letak bahan untuk mencantikkan ikan (seakan baru), kalu tak mau tertipu tengok matanya @ sentuh perut ikan.Kalu ia masih baru, perut ikan akan kenyal bila ditekan...
Ahaa..inilah ikan caru abah beli...sedapnya digoreng:)

Tuesday, July 19, 2011
Tersentuh...
Entah kenapa bila na mengetahui Dr Lo'Lo' sudah tiada, na terasa sedih....terasa hilang sesuatu...
Klik sini untuk mengetahui serikandi PAS ini....
Klik sini untuk mengetahui serikandi PAS ini....
Sunday, June 12, 2011
Bola Sepak Memberi Pengajaran Kepada Diri Ini.....
Salam...na baru habis menonton perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan. Hanya seminit untuk Kelantan meraikan kemenangan, Terengganu memperolehi gol untuk samakan kedudukan dan akhirnya Terengganu menang!...
Selain itu, pada hari ni jugak, na sempat merakam berita yang jugak memberi pengajaran yang sungguh baik untuk semua, khususnya untuk na....
Selain itu, pada hari ni jugak, na sempat merakam berita yang jugak memberi pengajaran yang sungguh baik untuk semua, khususnya untuk na....
Renung2 kan....
Sunday, May 29, 2011
Sunday, May 15, 2011
Hebatnya Seorang Guru
Esok Hari Guru....bila terkenangkan pengorbanan guru...na tersenyum, sudah tentu mula-mula na terbayangkan wajah abah dan mak. Abah dan mak adalah bekas pengetua. Mereka masih lagi guru kepada na sehingga kini....{sungguh memahami anak perempuan seorang ni :)..heheh.}
Dalam hidup ini, selain mak abah...ramai lagi guru memberi impak yang besar dalam hidup na, momentum paling besar apabila na berada di peringkat Matrikulasi. Sebagai pelajar yang sederhana, guru-guru na berjaya membentuk na....bukti yang kukuh : Na mendapat markah tertinggi @ kedua tertinggi dalam ujian Kimia sedangkan na adalah kumpulan kedua terakhir dalam kuliah tersebut. Bukti terbesar ialah na mampu dapat A dalam subjek fizik,walhal subjek itulah yang paling teruk keputusan nya dalam SPM na. percaya tak, hanya seorang guru telah menukar na menjadi orang yang cemerlang!.....na perolehi cgpa 3.24 ( siapa sangka pelajar yang sederhana@ boleh dikatakan x pandai...boleh perolehi cgpa sebegitu...)
Bermula daripada itu, ..na lanjutkan pelajaran dalam bidang fizik, na bertemu ramai guru @ lebih sinonim dengan gelaran pensyarah. Selagi lagi mereka berjaya menghasilkan momentum kepada na....na berjaya menghabiskan Ijazah na dengan kelas kedua tertinggi (cgpa 3.26). Kemudian na berjaya mendapat sijil Master dalam Fizik jugak. Alhamdulillah.Na bersyukur kerna Allah sentiasa menemukan na dengan para pendidik yang hebat!...
Pengalaman yang dialami telah mengajar na, jika na menjadi pendidik kelak (mungkin) na akan cuba melakukan apa yang telah guru2 na buat. Ia benar2 membuka mata na sesungguhnya pengaruh pendidik ke atas pelajar2 adalah besar sama ada baik atau buruk. Jika salah caranya, percayalah pelajar macam na akan terus di takuk lama dan jika betul caranya, pelajar macam na akan terus berkembang dan mencapai kejayaan tanpa diduga....:)
Dalam hidup ini, selain mak abah...ramai lagi guru memberi impak yang besar dalam hidup na, momentum paling besar apabila na berada di peringkat Matrikulasi. Sebagai pelajar yang sederhana, guru-guru na berjaya membentuk na....bukti yang kukuh : Na mendapat markah tertinggi @ kedua tertinggi dalam ujian Kimia sedangkan na adalah kumpulan kedua terakhir dalam kuliah tersebut. Bukti terbesar ialah na mampu dapat A dalam subjek fizik,walhal subjek itulah yang paling teruk keputusan nya dalam SPM na. percaya tak, hanya seorang guru telah menukar na menjadi orang yang cemerlang!.....
Bermula daripada itu, ..na lanjutkan pelajaran dalam bidang fizik, na bertemu ramai guru @ lebih sinonim dengan gelaran pensyarah. Selagi lagi mereka berjaya menghasilkan momentum kepada na....na berjaya menghabiskan Ijazah na dengan kelas kedua tertinggi (
Pengalaman yang dialami telah mengajar na, jika na menjadi pendidik kelak (mungkin) na akan cuba melakukan apa yang telah guru2 na buat. Ia benar2 membuka mata na sesungguhnya pengaruh pendidik ke atas pelajar2 adalah besar sama ada baik atau buruk. Jika salah caranya, percayalah pelajar macam na akan terus di takuk lama dan jika betul caranya, pelajar macam na akan terus berkembang dan mencapai kejayaan tanpa diduga....:)
Monday, May 9, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)