Wednesday, December 30, 2009

Alhamdulillah

Teori Evolusi Cinta

“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.


‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU


Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

“Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

Tuesday, December 29, 2009

Teringat Dekat Mak...



Na teringat dekat mak bila terpandang gambar di atas...mak pernah berkata dengan na hadis di atas sambil mengurut dada nya..hehehe, benar...hanya orang yang diuji tahu akan 'berat' ujianNya..kan...

p/s dalam keluarga na,hanya kami bertiga sahaja puteri...kedua-dua kakak na telah mak "lepaskan" tenang dengan ikatan perkahwinan,cuma tinggal na...ermm..mengenangkan hal ni, na pula mengurut dada..:)

Friday, December 25, 2009

Peringatan Untuk Na...

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]
Sumber

Wednesday, December 23, 2009

Hadiah Untuk Kakak Ana..."Sukarkah Meraih Solehah"

Mungkin kerna dak nung baru sahaja menjadi isteri pada 18hb Disember...so ini bagikan "hadiah" untuk nya..Maafkan dulung anung...tak dapat menyertai rombongan ke Terengganu sabtu ini,"Quantum load" masih memerlukan "perhatian" apatah lagi diri ini untuk bersedia menerima "bom atom" sebelum "quantum load" dilepaskan....maaf sekali lagi,Mulut ini tidak mampu berkata secara "direct"..mungkin kerna untuk menyimpan "air mata" bagi memadamkan api dari "bom atom"...cuma tulisan...saja...SEMOGA MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH..SEMOGA MAMPU MEMBAHAGIAKAN SEMUA ORANG...SAYANG DARI ADIK MU...


..."Sukarkah Meraih Solehah"

Sukarnya meraih solehah. Acap kali keluhan itu keluar dari bibir merahnya. Sesekali pandangannya dilempar jauh. Bagai merenung ke satu dimensi yang hanya dia dapat mengerti.

“Mengapa ni..kak. Kakak ada masalah?” saya bertanya ramah. Senyuman menguntum agar berkurang gelodak resah.

Kami sebenarnya sering berbual bersama. Berbincang, bertukar pandangan dan mencari titik persamaan tentang pelbagai topik kehidupan. Dan biasanya, tajuk yang menjadi fokus perbincangan kami ialah pendidikan anak-anak, kehidupan suami isteri serta pahit manis alam perkahwinan.

Jarak umur yang berbeza beberapa tahun, menjadikan saya lebih mesra memanggilnya ‘kakak’ sebagai tanda hormat.

“Tidak..hanya meluah kebimbangan yang sekian lama terpendam. Terutama bila ketiadaan insan tersayang. Saat-saat berjauhan begini, kakak manfaatkan untuk memuhasabah diri sebagai isteri,” dia menjawab sambil melempar senyuman manis. Wajah yang tadi muram, mulai sedikit berseri.

“Apa yang merisaukan kakak?” soal saya. Sengaja meminta dia bercerita dan berkongsi rasa. Mana tahu ada pedoman yang dapat saya ambil manfaat darinya.

Saya membetulkan duduk. Mencari posisi selesa agar perbualan nanti berjalan lancar tanpa gangguan suasana.

MUDAH

“Bimbang melihat kadar perceraian suami isteri dalam masyarakat kita hari ini. Sudah terlalu biasa. Bermacam-macam sebab dan punca..kerana itu, kakak selalu mengingatkan diri agar apa yang terjadi pada mereka menjadi pengajaran dan ingatan,” suaranya bergetar tanda insaf dan sedar.

“Pada kakak peranan seorang isteri amat penting untuk mengekalkan hubungan yang harmoni. Namun, bukan mudah nak jadi isteri yang baik dan solehah kepada suami. Andai dibaca sepintas lalu kalam Rasulullah yang mulia, gelaran itu amat senang diperoleh. Tidaklah serumit mana. Ina ingat tak? Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sebaik-baik isteri. Lalu Baginda menjawab:

“Iaitu isteri yang menghadirkan rasa gembira kepadamu apabila memandangnya. Bila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu sebaiknya dan menjaga hartamu." ( Hadis Riwayat Ahmad dan lainnya ; dianggap ‘hasan’ oleh al-Albani ).

Dan sabda Baginda juga yang bermaksud :

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendaki." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Saya menganggukkan kepala. Memang tepat apa yang dibicara. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Baginda SAW, antara punca kebahagiaan bagi seseorang anak Adam adalah dari tiga perkara iaitu: isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang memudahkan perjalanan dan pergerakannya.

Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah...

merenung post na yang lalu...satu tugas telah diselesaikan...tinggal "quantum load"...untuk dilepaskan...Semoga Allah permudahkan kerja na..amen

Wednesday, December 16, 2009

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

sila clik pada doa untuk lebih jelas..


Baca doa akhir tahun –

Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah – 17 December 2009 (Khamis)(Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah – 17 December 2009 (Khamis)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 15, 2009

Mati dari Sudut Sains

Rencana oleh :Samhani Ismail
samhanismail[at]yahoo.com

Kematian hadir tanpa duga. Tiada siapa tahu bila dan di mana. Namun ada insan yang kecewa dengan hidup dan berikhtiar untuk menamatkan riwayat hidup. Mereka sanggup terjun bangunan tinggi untuk mengakhiri hidup akibat putus cinta, meminum racun ketika dilanda tekanan hebat dalam diri serta mungkin menggunakan dadah berlebihan untuk lari dari masalah hidup. Mereka sangka, mati itu satu kemanisan dan penyelesaian segala kekusutan hidup. Kononnya biarlah mati terhina daripada hidup terseksa!

Mereka tidak sedar mati begitu menyakitkan. Apatah lagi mati dalam keadaan kufur dan tidak beriman. Roh yang keluar amat busuk dan hodoh serta dikutuk oleh sekalian makhluk. Menurut sumber-sumber yang sahih, segala binatang dan makhluk boleh melihat roh melainkan manusia dan jin sahaja yang tidak diizinkan Allah untuk melihatnya. Roh itu dicaci dan terawang-awang dengan penuh kekesalan.

Masyarakat umum mempercayai seseorang itu sudah mati apabila tiada lagi desah nafas dan berhenti sudah degup jantung. Manakala masyarakat Islam mempercayai bahawa mati bermaksud keluarnya roh dari badan. Dan persoalan demi persoalan berkaitan roh hanya mampu dijawab oleh Allah s.w.t.

Apa yang berlaku selepas mati

Monday, December 14, 2009

Kita Mengeluh Al Quran Menjawab...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut
ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Kalu engko nak mengeluh lagi …………jom gi ngaji

sumber

Purdah


Sumber

Disebalik purdah, terkenang ketika na menuntut di Kolej Matrikulasi Perlis, kami adalah batch pelajar pertama.Selepas maghrib, ada sedikit tazkirah diberi oleh seorang ustaz [minta maaf na tak ingat nama ustaz tur] menegur kami kaum muslimah yang ke hulu ke hilir tidak memakai stoking, siap dioffer kalu tak ada duit nak beli stoking, ustaz tu boleh bagi duit beli kat Pemborong Din...masa tur na bagaikan terkena peluru tepat di dahi...hehehe, start situ na mula memakai stoking...

Ayahanda pula menyatakan kami kaum muslimah ketika itu bagaikan bunga...tapi jenis bunga tahi ayam...tidak perlu dan tidak wajib memakai purdah....terasa HAMPEH masa tur....:)

Best..Peringatan Untuk Na

Baru balik dari Library UPM...huh, sepanjang perjalanan balik ke INSPEM, otak na ligat berfikir...na tak boleh buat kerja "last minute" atau "rush"...kelam kabut otak dibuatnya!..ermm...mudah benar terasa tekanan.Sampai di bilik, terus check email, wah bagus jugak isi kandungan email ni ...


Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan melalui apa saja cara. Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta kita dikawal oleh syaro’ . Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu. Semua ni khayalan.
Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu akan menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.


Siap disertakan link blog untuk sesiapa yang meminati cerpen, novel,cerita online

Sunday, December 13, 2009

KeNaPa Na...

Mungkin ada orang bertanya..kenapa na ada masa untuk mengemaskini blog sedangkan kerja tidak settle lagi...mungkin ada orang beranggapan na tidak serius...hehehe, sebab ini lah salah satu na melepaskan tension...dengan membaca selain daripada research na...bak kata salah sifu na...adakalanya masalah yang digenggam oleh kita, kena sekali sekala "dilepaskan"...Inilah salah satu cara na lepaskan....membaca...dan berkongsi dengan yang lain. Dan selalunya, bila semua kembali kepada normal, insyaallah na akan membacanya kembali...ia tidak rugikan...

Ok,na kembali buntu dan na tidak mahu stress...na meninjau ke satu blog ni.

Nice quote:

Sir Francis Bacon mengungkapkannya dalam bait yang lebih baik:

Some books are to be tasted, others to be swallowed, and some few to be chewed and digested: that is, some books are to be read only in parts, others to be read, but not curiously, and some few to be read wholly, and with diligence and attention.


Kadang-kadang, bukan semua orang faham dengen situasi kita...bila sesekali kita 'ditegur' baik disedari dek penegur atau tidak, air mata seringkali menjadi "murah', berdesup jatuh ke pipi.....:) bila na berjenguk ke blog ni, na terbaca entry ni. Ini tarbiyah Allah, tapi kadang2 na terasa sungguh "down"...banyak sungguh benda yang tak mampu na buat selepas na keluar dari ICU.Allahu'alam...Tidak perlu harapkan orang faham kita..itu sepatutnya...

See this:

"Lihatlah orang yang dibawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ia telah mengubati "down' na...:)

Risiko Mati Awal

Teringat istilah Sifu na mengenai tajuk ini "mati terkejut"

Kajian WHO mendapati perokok usia 35 tahun ke atas mudah berhadapan kemungkinan diserang sakit jantung

IA bukan lagi sesuatu yang luar biasa apabila anda mendengar mengenai kematian mereka yang masih muda akibat serangan jantung.

Ini disebabkan, biarpun pada usia seawal 26 tahun sekali pun, individu itu berpotensi untuk diserang masalah jantung. Malah wanita muda yang masih sihat dan pada usia produktif, pula tidak terkecuali menjadi penghidap penyakit ini.

Ketua Unit Kardiologi, Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Oteh Maskon, turut mengingatkan, masalah jantung di kalangan orang muda jauh lebih terus berbanding dengan warga emas atau orang tua.

Ini katanya, jika individu berusia 80 tahun yang kena serangan jantung, ia lebih bersifat semula jadi apabila saluran darahnya sudah tidak lagi berupaya untuk bertahan akibat faktor usia lanjutnya.

“Faktor risiko paling biasa adalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Tetapi di kalangan orang muda, faktor atau punca masalah pembunuh senyap ini adalah disebabkan merokok, kolesterol yang tinggi, bekerja dalam suasana yang tertekan serta diet yang tidak seimbang,” katanya.

Dr Oteh berkata, selagi tidak membuat pemeriksaan kesihatan yang terperinci, seseorang itu tidak akan mengetahui keadaan kesihatannya. Lebih menyukarkan keadaan, ada kalanya simptom awal masalah jantung ini tidak disedari.

“Jangan tunggu hingga usia anda 40 tahun untuk buat pemeriksaan kesihatan. Ini perlu dilakukan apatah lagi jika keluarga anda memiliki sejarah masalah jantung,” katanya.

Beliau berkata, bagi wanita yang belum putus haid terdedah kepada ancaman serangan jantung jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

“Perempuan yang belum menopaus dilindungi hormon daripada serangan jantung. Tetapi perlu diingat, jika tidak bersenam, merokok dan tidak menjaga pemakanan, wanita ini boleh diserang masalah jantung apatah lagi jika dia berhadapan dengan penyakit lain seperti diabetes,” katanya.

Dr Oteh turut mengingatkan, masalah jantung di Malaysia sememangnya lazim dan serius. Malah, setiap orang memiliki kemungkinan diserang sakit jantung sehingga 50 peratus jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

Di PPUKM saja, 8,000 pesakit yang mengalami simptom masalah jantung dirawat sebagai pesakit luar setiap tahun. Manakala 4,000 menjalani ECG - echocardiography (ujian anatomi jantung) manakala 5,000 menjalani ujian tekanan (stress test).

Risiko Tulang Rapuh

Kajian dapati rakyat Malaysia kurang ambil kalsium iaitu cuma 300 hingga 500 miligram sehari

TUBUH manusia memiliki 206 tulang bagi membentuk keseluruhan rangka badan. Setiap daripada tulang ini berpotensi mengalami keretakan atau patah jika anda tidak menjadikan pengambilan kalsium sebagai rutin.

Tulang yang dijaga dengan baik, tidak akan merosot kepadatannya walaupun anda sudah berusia. Wanita misalnya, memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki kerana kalsium membantu pengecutan otot, pembekuan darah dan gerakan saraf.

Wanita hamil pula memerlukan kalsium bukan saja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Ketika hamil, kalsium si ibu dipindahkan kepada janin sekitar 270 miligram menjelang tempoh tiga bulan terakhir kehamilan.

Sungguhpun begitu, tidak semua wanita mengambil berat mengambil pengambilan kalsium mereka. Selepas putus haid, ketiadaan hormon estrogen menyebabkan kepadatan tulang merosot mendadak. Dengan kadar jangka hayat wanita yang lebih lama berbanding lelaki, risiko tulang rapuh lebih tinggi di kalangan wanita.

Antara komplikasi tulang rapuh yang biasa ditemui adalah patah tulang pinggul dan ia adalah masalah global. Di Amerika Syarikat misalnya, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.

Punca Sakit Leher

kurang aktif, aktiviti fizikal mengejut sebabkan sendi, pangkal saraf terjejas

MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.

Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.

Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.

Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.

Sawan Demam Panas

Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun

DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.

Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun.

Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak.

Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain.

"Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah keluarga mengidap masalah yang sama," katanya.

Dr Rizal berkata, dalam kebanyakan kes, sawan demam panas ini hanya berlaku sekali saja. Bagaimanapun 30% kanak-kanak yang terbabit akan mengalami serangan yang kedua dan kurang dari 10 peratus akan mengalami serangan yang ketiga atau lebih apabila demam itu berulang pada masa hadapan.

Sawan demam panas boleh dibahagi kepada dua iaitu sawan demam panas biasa dan sawan demam panas kompleks. Bagaimanapun, sawan demam panas biasa adalah yang paling kerap berlaku iaitu lebih kurang 70 peratus daripada semua kes sawan demam panas. Kanak-kanak yang mengalaminya akan diserang demam dengan mukanya kelihatan kemerahan dengan matanya melihat ke atas atau terbalik.

"Mereka kelihatan lali dan tidak sedarkan diri. Keseluruhan badan akan kejang dan kemudian bergoncang terutama pada bahagian kaki dan tangan. Biasanya ia berlaku untuk untuk beberapa saat saja dan jarang sekali melebihi tempoh lima minit," katanya.

Selepas serangan itu, kanak-kanak itu tertidur dan akan kembali pulih sejam selepas itu diikuti suhu badan yang mulai menurun. Ia juga tidak akan berulang dalam masa 24 jam.

"Sawan demam panas kompleks pula mempunyai gejala yang sama seperti sawan demam panas biasa tetapi mempunyai satu atau lebih ciri tambahan seperti jangkamasa sawan lebih dari 15 minit, berulang lebih dari sekali dalam masa 24 jam, pesakit tidak pulih semula selepas satu jam dan sawan yang berlaku hanya membabitkan sebahagian anggota badan saja," katanya.

Dr Rizal berkata rawatan sawan demam panas cuma memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan demam terkawal.

"Selalunya ubat demam seperti 'paracetamol' dan 'ibuprofen' perlu diberi secara berkala. Jika suhu badan terlalu tinggi, membasahkan kepala (berjelum) boleh dilakukan bagi menurunkan suhu badan," katanya.

Biasanya antibiotik hanya diberikan jika demam yang berlaku disyaki berpunca daripada jangkitan bakteria. Bagi kesan jangka panjang, sawan demam panas ini tidak membahayakan dan majoriti pesakit pulih sepenuhnya. Kajian juga menunjukkan masalah ini tidak menyebabkan kerosakan pada otak dan tidak menjejaskan pencapaian akademiknya.

Kejadian sawan demam panas ini biasanya akan hilang apabila kanak-kanak mencapai umur enam tahun. Siasatan lanjut dan penilaian oleh pakar neurologi perlu dibuat jika ia masih terus berlaku walaupun kanak-kanak itu sudah berusia lebih enam tahun.

INFO: Pencegahan Sawan Panas

Jika anak demam, usaha turunkan suhu badan dengan segera dengan memberi ubat demam selain berjelum.
Ubat demam boleh diberi secara berkala mengikut dos ditetapkan doktor.
Pastikan juga anak anda meminum air yang cukup dan elak memakai pakaian tebal.
Suhu badan hendaklah sentiasa diperhatikan untuk mengelak peningkatan yang mendadak.

Sumber Berita Harian

Saturday, December 12, 2009

SedihNyer Na

Ya Allah ku,Tempatkanlah mereka dalam golongan yang Kau redhai dan Kau berikanlah pahala dan kesabaran kepada mereka yang terlibat....na teringat ayat yang na terbaca dalam buku...setiap ujian di sebaliknya tersimpan seribu hikmah...Sabar ek kak Afifah...Selanjutnya

Friday, December 11, 2009

Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

BerPakaian Tetapi Telanjang....



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)

Ciri-ciri pakaian Muslimah :

1.Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2.Baju mestilah labuh dan longgar
3.Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4.Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5.Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6.Memakai sarung kaki


p/s-terkedu gak bila melihat gambar di atas, bila terkenang na mempunyai kasut Alain Delon, bila dipakai bunyinya jelas kedengaran..dan sampai ada orang tabik tur..Okey..na kan selesaikan dengan membawa ke tukang kasut untuk menampal tapaknya dengan getah nanti.Ok, na copy paste artikel mengenai "Berpakaian tetapi telanjang", tetapi na ada edit sedikit...nak yang full version, click sini

13 Aurat Wanita...

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasulullah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) menutupkan (melabuhkan) kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya - Petikan dari Surah an-Nuur, ayat 31
.

5. Gigi – Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani.

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliyah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

KoLekSi SoAL JoDoH....

Percintaan selepas perkahwinan itulah yang paling diredai Allah.

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

(1) Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

(2) Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

(3) Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

(4) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

(5) Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Berjeans tidak tutup aurat?

WALAUPUN bertudung, memakai seluar dan baju ketat dengan menampakkan susuk tubuh tidak dianggap menutup aurat dengan sempurna.

Al-Quran mengariskan panduan kepada wanita Islam seperti berikut:

"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka." (Surah an-Nur: 31)

Perbezaan Istilah Muhrim, Mahram

MUHRIM (mahram, asalnya dalam bahasa Arab), bermaksud 'lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut Islam (seperti anak dengan emak dan lain-lain)'.
Sebab diharamkan kahwin ialah kerana nasab keturunan, sesusuan dan persemendaan atau sebab pertalian kahwin.

Muhram (mahram) kerana keturunan ialah:

•Ibu atau bapa.
•Nenek hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau ibu.
•Anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuannya atau cucu lelaki sehingga ke bawah.
•Saudara perempuan atau saudara lelaki sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
•Anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
•Emak saudara atau bapa saudara sebelah bapa hingga ke atas.
•Emak saudara atau bapa saudara sebelah ibu hingga ke atas.

Kemudian, muhrim kerana sesusuan ialah:
•Ibu penyusu atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan.
•Saudara-saudara perempuan sesusuan. Dengan kata lain seseorang lelaki tidak boleh berkahwin semua perempuan yang diharamkan berkahwin oleh sebab nasab atau pertalian nikah dengan ibu yang menyusunya.

Muhrim kerana sebab pertalian kahwin (persemendaan) ialah: Ibu mentuanya atau bapa mentuanya hingga ke atas; emak tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya; nenek tirinya; menantunya; anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah.

MiMpI

SECARA umumnya, ada mimpi yang sekadar mainan tidur, ada pula mimpi yang baik dan ada yang buruk.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Mimpi yang baik (dari orang soleh) adalah dari Allah s.w.t dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barang siapa yang melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya tiga kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi itu tidak akan memudaratkannya." (Bukhari, no. 2568).
Walaupun ada tafsiran tertentu tentang mimpi yang dialami, ia tidak sepenuhnya tepat. Ia memerlukan kemahiran dan ilmu tertentu dan saya tidak berani menafsirkan.
Secara umumnya apabila berlaku mimpi buruk hendaklah melakukan seperti yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w, jangan mencerita kepada orang lain.
"Wahai Rasulullah aku nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka nabi tertawa mendengarnya lalu berkata: Apabila syaitan mempermainkan seseorang darimu (dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain." (Bukhari).

Wednesday, December 9, 2009

JeMpuT.....SeHaRi Di KeDiaMan RasulullaH



Click here-BuKu Link

Click here-BloG LINK

SanTaPan Rohani2-Sekali Sekala : "Saya, Kisah Benar&Motivasi Diri"

Santapan Rohani bagaikan"paracetamol"..Kisah benar Ustaz Zaharuddin



"Zaharuddin, kamu tahu tak bagaimana sukarnya pembelajaran Syariah di Universiti Dimasqh ?" kata rakan sekelas Sarjana Fiqh & Usul Fiqh bernama Toriq.

Pemuda bernama Toriq ini berasal dari Jordan dan merupakan seorang pelajar yang sering mendapat markah tinggi dalam setiap subjek yang diambil. Pada semester itu, saya ambil satu subjek dengannya dan kebetulan guru yang mengajar adalah antara ulama terhebat dalam bidang Usul Fiqh di Timur Tengah. Beliau adalah Syeikh Prof. Dr Muhammad Fathi Ad-Durayni yang ketika itu berumur 80 tahun, tetapi mempunyai ingatan dan ilmu Usul Fiqh yang canggih. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Dimasqh sebagai Dekan Syariah.

Sebenarnya, saya memang sudah mengetahui kesukaran tinggi dalam pengajian Syariah di Universiti Dimasqh di Syria sejak zaman silam sehingga akhir tahun 90 an. (Diberitakan mulai tahun 2004 mereka mengubah cara untuk meringankan imej sukar itu). Demikian yang disebutkan oleh guru kami Syeikh Prof Dr Mohammad ‘Uqlah el-Ibrahim ketika memberi kuliah di dalam kelas Sarjana di Universiti Al-Yarmouk.

Ia disebabkan ulama-ulama hebat yang mengemudi Fakulti Syariah di sana. Seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa dan Syeikh Dr Mustafa As-Siba'ie dan ramai lagi.

Sehingga diberitahu sesiapa yang mampu lulus Sarjana Muda (B.A) Syariah dengan markah sekadar 60 % pun ia sudah seperti mustahil dan amat luar biasa.

"Bagaimana?" Tanya saya kepada Toriq.

"Sehingga, jika aku masuk ke sana pun, aku mungkin lulus tetapi hanya cukup makan sahaja, tetapi jika orang macam kamu masuk, memang tiada harapan" katanya selamba.

Saya hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.
Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan ‘Arab. Apatah lagi orang asia seperti saya.

Tuesday, December 8, 2009

Hypertension: Caregiving-Part 6

1. Prescription for Drug Therapy?
2. Making the Most of a Second Chance
3. Eating Out When You Have Hypertension
4. Tips to Help Your Loved One Control High Blood Pressure
5. Cooking for Someone With High Blood Pressure
6. Hypertension Resources

Hypertension: Treatment-Part 5

1. Treatments for High Blood Pressure
2. The Right Drug for the Right Person
3. Drug Combinations
4. Fooling the Body
5. If Your Reading Is Normal
6. Can You Reduce Your Need for Medication?
7. Drug Treatment for Pulmonary Hypertension
8. Treating High Blood Pressure and Diabetes
9. Alternative Treatments for High Blood Pressure
10. Can Potassium and Calcium Lower Blood Pressure?
11. Herbs and Supplements for Hypertension
12. Know Your High Blood Pressure and Stroke Risk
13. Medications for Hypertension
14. Why Bother With Hypertension Treatment

Hypertension: Management-Part 4

1. The DASH Diet
2. Quit Smoking
3. Stress Less
4. Monitoring Blood Pressure at Home
5. Home Testing Kits
6. Keeping Score
7. Current Blood Pressure Categories
8. 11 Ways to Burn 150 Calories
9. Life With Pulmonary Hypertension
10. Your Pulmonary Hypertension Management Team
11. Hypertension Diet Tips
12. Hypertension Management Through Healthy Habits
13. The Link Between Stress and High Blood Pressure
14. The Facts About Salt and High Blood Pressure

Hypertension: Prevention- Part 3

1. Medications That Can Cause Hypertension
2. 6 Hypertension Risk Factors
3. Hypertension Risk Factors to Avoid
4. Prevent Hypertension With Diet and Exercise

Hypertension: Diagnosis-Part 2

1. Diagnosing High Blood Pressure
2. Why Do I Need Repeat Hypertension Tests?
3. Home Blood Pressure Monitoring
4. Helpful Medical Tests
5. Pulse Pressure vs. Blood Pressure
6. Diagnosing Pulmonary Hypertension
7. What Is Secondary Hypertension?

Hypertension Articles-Part Basics

1. What Is Hypertension?
2. How Is Blood Pressure Measured and What Do the Numbers Mean?
3. High Blood Pressure–Should You Worry?
4. Stages of Hypertension
5. Hypertension During Pregnancy
6. Hypertension (High Blood Pressure)Glossary
7. What Is Pulmonary Hypertension?
8. Different Types of Hypertension
9. Warning Signs of Hypertension
10. Diets That Help Control High Blood Pressure

Monday, December 7, 2009

Santapan Rohani

"Ubat Panadol" untuk santapan rohani na ketika terasa "moral down" kerana kunjungan Cik demam!...

Na amik beberapa ayat dari artikel isteri ust Zaharuddin



1. Jangan berhenti mengejar apa yang diimpi. Bak bicara Master Oogway yang cukup memberi bekas pada diri:

“Semalam adalah suatu sejarah, esok adalah misteri, sementara hari dan saat ini adalah suatu anugerah (gift), maka kerana itu ia disebut sebagai hadiah ( present) “


2. Jangan biarkan diri dihalangi oleh kegagalan masa lalu dan ketakutan masa depan...


3. Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Dan sesungguhnya akan kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Surah Al baqarah ayat 155 )


4. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sungguh seluruh perkara adalah kebaikan baginya. Yang demikian itu tidaklah dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika mendapatkan kelapangan ia bersyukur maka yg demikian itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa kemudaratan atau kesusahan ia bersabar, maka yang demikian itu baik baginya.”( Hadis riwayat Muslim )

5. Kebahagiaan ada pada sifat sabar. Dengan kesabaran,seorang hamba akan terpelihara dari kemaksiatan, berterusan menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai dugaan.

6. Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menukilkan,

“Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh.”

7. DIA mendatangkan kesusahan bukan bermakna untuk menjatuhkan, DIA mendatangkan kesenangan bukan pula untuk meninggikan. Akan tetapi kedua-duanya ujian untuk menilai keimanan. Meningkatkan ketaqwaan, sebagai pembeza sebenar darjat manusia di sisi Tuhan


8. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

9. Ingatlah juga janji-Nya yang bermaksud :

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya akan Allah berikan jalan keluar dan Allah akan berikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” ( Surah At Thalaq ayat 2-3).

10. Justeru, antara jalan untuk berjaya dan merasa bahagia bertitik mula dari mengenal Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta lagi Maha Berkuasa. Mengenali untuk memahami dan meyakini bahawa segala sesuatu daripada-Nya pasti mengandungi hikmah yang tersembunyi.

Thursday, December 3, 2009

Bila AL QURAN Bisa Bercakap

Waktu engkau masih kanak-kanak,
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudhu, Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih
Atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
Sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi lacimu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kepentingan Berdoa

Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim]

Nice...

Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.Janganlah menjadi begitu
masin..sehingga orang meludahmu..Dan janganlah pula berlaku terlampau manis,
sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

Tips Berurusan dengan Lelaki


Buka2 email, terus terpanah dengan email yang na dapat dari TAMAN SYURGA GROUP....
Tips berurusan dengan lelaki
Oleh: nasya


"Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.


Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki.

Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :


"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

Wednesday, December 2, 2009

SeBaiK-bAIK kITA bIla MenjaDi.....

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” [Hadith daripada Aisyah radhiyallaahu ‘anha, dikeluarkan oleh al-Tirmidhi]
Hasil segala ibadah yang tinggi itu diukur dengan AKHLAQ dan akhlaq paling utama adalah pada tatacara seseorang itu bermuamalah dengan ahli keluarganya.


Kalu ditanya pandangan na tentang hal ini, huhuh...cukuplah na katakan na ini cuma hamba...yang kena belajar dan belajar...baik kah na jika mendapati ahli keluarga sendiri melakukan kesalahan?...adakah saat itu na masih menjadi diri na sendiri atau sudah bertukar menjadi raksasa yang bersedia menelan mangsanya?...Hahaha, jawapan nya hanya keluarga sahaja yang tahu.....teringat tulisan salah sifu na..."Semakin tinggi ilmu kita, semakin baik akhlaq kita......[agak2 macam tur...-> maksud x lari tur]...na? huhu...kena belajar lagi! hahahaha

Hadis untuk Renungan Bersama

إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار

Maksudnya (ringkasan terjemahan) :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid.

Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)? Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"

Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka

( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)

sedikit na "ceduk" dari artikel ust.Zaharuddin .net

Tuesday, December 1, 2009

Bulan PenenTuan Telah Tiba....Na?




Bila Tiba waKtu nya, Adakah na Akan terseNyum SeakaN Puteri di AtaS?
SaAt Saat iTU, BaNyak Pula PengORbANAN Dan TunTutan Yang pERlu Na LaksaNakaN
mEmERLukan KekuatAn FiZIkal dan KetaHanan Diri...
MerempUH Sejuk dan MelaWan KePEnatan
CabaRAn di Mana mEngUji keKuatan na UntUK BerNaFas...
CabaRan Yang Harus na Tempuh, di Mana na Harus Meletakkan Seketika
" Quantum LoaD" ke Tepi...
Huh! Cik Migrain...Cik Pneumonia....HaRap2 MereKA TIdAK hADIR
ApATAH LaGi KEMATIAN...
AMENN


Na Akan Cuba...dan Cuba...
UntuK mEMbAHAGIakAN SEMua OranG
BerSabarLAH sEMUA, aKAN tIBA mAsa Nya
QuaTUm Load Kan Na LePaS kAN.....
DeNgan Sebuah SenyuMan Puteri....
InsyaAllah