Monday, February 8, 2010

Arkib : Isu Ujian Nuklear

ISU UJIAN NUKLEAR – MENGAPAKAH TEKANAN YANG BERBEZA DIKENAKAN KEATAS PERANCIS DAN INDIA.


1.0 PENGENALAN

Nuklear ! mendengarnya sahaja sudah pasti mengerunkan kita. Tambahan pula bila melihat kesan kemalangan reaktor nuklear di Chenorbyl, Russia yang sekarang sudah menjadi padang jarak padang tekukur. Tragedi letupan bom atom terbesar di Hiroshima dan Nagasaki mungkin satu-satunya kesan kedahsyatan perbuatan manusia yang akan terus tercatat dalam ingatan setiap makhluk di dunia ini.

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan, Unit Alam Sekitar, Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Dr. Muhammad Omar, rekahan pada kerak bumi merupakan salah satu cara bahan radioaktif boleh memasuki alam sekitar dan seterunya badan manusia.

Tenaga tinggi terkandung dalam nukleus yang berada ditengah-tengah atom tersebut dibelah ( fission) atau disatukan ( fusion). Dengan menggunakan kaedah fission, satu kiliogram uranium sahaja, boleh menghasilkan tenaga yang sama seperti membakar 3 ribu ton arang batu atau 9 ton bahan letupan TNT ( trinitrotoluene). Bom atom merupakan salah satu contoh tindakbalas pembelahan nuklues.

Sains dan teknologi nuklear telah memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan dunia, umpamanya sebagai sumber bekalan tenaga eletrik, perubatan, pertanian, dan industri pengeluaran makanan, perindustrian dan pertahana negara. Loji nuklear pertama di dunia yang bermula secara besar-besaran ialah menerusi projek yang dikenali sebagai Calder Hall yang dibangunkan di Windscale pada tahun 1996 semasa Queen Elizabeth II.

Pada pertengahan tahun 1950, persenjataan nuklear telah berkembang di Britain, Amerika Syarikat, Russia dan Perancis, dan pada tahun 1953 Presiden Eisenhower mencadangkan satu badan antarabangsa diwujudkan berasaskan konsep " atoms for peace", iaitu permulaan kepada penubuhan International Atomic Energy Agency ( IAEA), dan pada 1956 sejumlah perwakilan dari 72 buah negara telah menandatangani untuk menganggotai pertubuhan ini. Pertubuhan yang dipusatkan di Vienna ini menjadi pusat penyelarasan dan pengawalan bagi aktiviti di dunia.

1.1 Negara - Negara Blok Nuklear

Pada dasarnya sains dan teknologi nuklear telah membawa kepada kemajuan yang turut merealiasasikan kemegahan dan kekuasan bagi negara yang berjaya menguasainya, sebagaimana kekuasaan yang telah diperoleh oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Russia, England, Jepun, Jerman, Perancis dan kebanyakan negara lain di Eropah.

Ukuran pencapaian dalam bidang sains dan teknologi termasuk teknologi nuklear juga telah mengkategorikan negara di dunia ini kepada negara maju, sedang membangun, dan mundur. Justeru itu kita menyaksikan sains dan teknologi nuklear menjadi wahana kepada sesetengah negara untuk menunjukan kekuatan sehingga menekan negara-negara kecil yang dianggap lemah kerana terkebelakang dalam bidang sains dan teknologi nuklear. Demikianlah sebagaimana pendapat Manzoor (1985) bahawa model pembangunan Barat yang diasaskan kepada sains dan teknologi itu telah menjadi mekanisme paling berkesan untuk mengekalkan atau mengembangkan dominasi Barat keseluruh dunia.

Menjelang tahun 1975, banyak negara telah mengumumkan program nuklear masing-masing, selain daripada negara maju seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Russia dan Jepun, program nuklear juga telah berkembang di negara lain seperti Australia, Denmark, Indonesia, Israel, Kuwait, Norway, New Zealand, Malaysia dan Arab Saudi, dan juga negara Thailand.

Lima negara kuasa utama nuklear yang diiktiraf iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat telah memiliki kemudahan simulasi ujian letupan nuklear, mereka boleh terus mengeluarkan senjata tersebut dengan melakukan ujian di dalam makmal tanpa melanggari perjanjian yang telah ditandatangani iaitu Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) dan Perjanjian Pembatasan Nuklear (NPT).

1.2 Persaingan Pengujian Nuklear
Teknologi pembuatan senjata nuklear juga mudah dipelajari. Dengan hanya sedikit kuantiti bahan mentah (empat kilogram plutonium) sebuah senjata nuklear sudah boleh dibina dan sebuah negara kecil atau sekumpulan penjenayah sudah boleh mengancam se
luruh dunia.

Menurut The World Nuclear Handbook (1988), terdapat kira-kira 50,000 senjata nuklear di seluruh dunia, dan sebahagian besarnya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet Union (Russia), sementara selebihnya terdapat di United Kingdom, Perancis, dan China. Dua jenis senjata nuklear ialah bom atom dan bom hidrogen atau bom termonuklear.
Sejarah persenjataan nuklear di dunia bermula di Amerika Syarikat hasil daripada "Manhattan Project", yang kemudian merupakan satu daripada projek industri ketenteraan terbesar di dunia. Dalam tempoh 1942 – 1945 sejumlah besar ahli sains dan jurutera telah bertungkus-lumus menjalankan penyelidikan dan pembangunan bom atom bagi persiapan untuk melawan Jerman.

Bagaimanapun manusia nampaknya tidak pernah merasa puas atau belajar daripada keterlanjuran. Perang Dingin menyaksikan perlumbaan sengit senjata nuklear terutama antara negara-negara kelab nuklear dunia. Amerika Syarikat (AS) umpamanya telah menunjukkan bahawa ia sanggup menggugurkan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima bagi memaksa Jepun menyerah kalah semasa Perang Dunia II.

Peranchis telah menjalankan 180 ujian nuklear di Pasifik Selatan sama ada di atmosfera atau bawah tanah. Sehingga 1974 Peranchis menjalankan ujian-ujian nuklear di atmosfera yang mana ujian pertamanya dijalankan di Mururoa pada 2 Julai 1966. China menjalankan ujian nuklear keduanya di Laut China Selatan.

2.0 ISU NUKLEAR PERANCIS

2.1 LATAR BELAKANG PERANCIS

Pada pertengahan tahun 1950 persenjataan nuklear berkembang di Britian, Amerika Syarikat , Rusia, dan Perancis. Perkembangan teknologi Perancis tidaklah ketinggalan malah ia mampu menggugat negara-negara lain yang memiliki teknologi nuklear. Tetapi pemikiran pemimpin Perancis masih wujud pemikiran imperialistik yang menjadi kebimbangan sehingga sekarang. Sejarah tidak dapat diubah, Perancis yang mempunyai musuhnya sediri mempastikan ia bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman dari musuhnya, Jerman.

Tetapi pemikiran sebegini bukan sahaja pemikiran imperialistik, tetapi ia merupakan pemikiran sebelum Perang Dunia Kedua yang membahagi-bahagikan dunia ini menurut negara dan empayar. Pemikiran imperialistik sudah tidak realistik sekarang. Imperialisme yang boleh dibanggakan sebelum Perang Dunia Kedua kini telah dipandang serong dan dikatakan sebagai perbuatan yang tidak bermoral. Penjajahan sudah tidak bermoral. Dunia kini sudah tidak boleh dipandang dari segi negara dan empayar sahaja. Apa yang berlaku di atas muka bumi ini akan memberi kesan kepada seluruh penduduk bumi, walaupun mereka berada di negara yang berlainan.

Oleh kerana pemikiran pemimpin Perancis masih diwarnai oleh nilai-nilai pra Perang Dunia Kedua, maka tidak hairanlah kalau ia mengenal pasti musuh-musuhnya dari kaca mata zaman itu. Musuh Perancis pada zaman itu adalah Jerman. Perancis berperang dengan Jerman dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kebimbangan Perancis dapat dikesan apabila Jerman mampu bangun dari keruntuhan Perang Dunia Kedua untuk menjadi salah satu negara maju dan perindustrian yang kuat dari segi ekonomi dan teknologi. Seperti Jepun, Jerman adalah negara kalah dalam politik tetapi menang dalam ekonomi.


2.2 UJIAN NUKLEAR PERANCIS

Pada tengah hari 28 Oktober 1995 Perancis menjalankan dua ujian nuklear di Pulau Cincin Mururoa, Polynesia Perancis di Pasifik Selatan dan diikuti dengan tiga lagi ujian selepas itu. Kementerian Pertahanan Perancis berkata, letupan itu mempunyai kekuatan 60 kilo tan dan direka khas untuk menjamin keselamatan dan kemampuan senjata Perancis pada masa depan. Ujian kali ini meledakkan bahan letupan 4 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua.

Walaupun mendapat tentangan hebat dari berbagai pihak, Presiden Perancis, tetap menjalankan ujian tersebut. Kerajaan Perancis mendakwa bahawa ujian nuklear ini hanyalah untuk menguji keberkesanan teknik ujian simulasi masa depannya dan memastikan senjata-senjata nuklearnya boleh digunakan. Ia juga mendakwa bahawa ujian ini selamat daripada segi keselamatan.

Sehingga kini Perancis telah menjalankan 180 ujian nuklear di Pasifik Selatan samada di atmosfera atau bawah tanah. Sehingga 1974 Perancis menjalankan ujian-ujian nuklear di atmosfera yang mana ujian pertama dijalankan di Muruoa pada 2 Julai 1996. Mulai 1974 hingga 1992 Perancis melakukan ujian-ujian bawah tanah. Dalam siri ujian terbaru ini Perancis akan menjalanakan sehingga lapan ujian nuklear dalam masa sembilan bulan (September 1995 hingga May 1996).

Ujian nuklear Perancis ini pasti mendorong lebih banyak lagi ujian oleh kuasa-kuasa nuklear lain yang sentiasa mencurigai tujuan dan kekuatan negara lain. Perlumbaan senjata nuklear dan ujian-jian yang dijalankan hanya akan menjanjikan kemusnahan alam sekitar, bukanya keamanan seperti yang dilaung-laungkan.

2.3 TEKANAN TERHADAP PERANCIS

Sebaik sahaja Presiden Perancis, Jacques Chirac mengumumkan untuk menjalankan 8 siri ujian nuklear yang kedua, ianya telah mencetuskan kemarahan dan bantahan dari seluruh dunia. Walaupun menerima bantahan keras masyarakat antarabangsa Perancis tetap menjalankan ujian nuklearnya. Kemarahan masyarakat dunia mudah difahami kerana tiada siapa percaya bahawa senjata nuklear diperlukan oleh mana-mana negara kecuali mereka yang mahu melakukan kemusnahan kepada umat manusia dan alam sekitar.

Bantahan masyarakat dunia tidak diendahkan oleh Perancis malah Menteri Pertahanan Perancis Charles Millon terus mempertahankan keputusan negaranya untuk menyambung ujian tersebut setelah dibekukan oleh bekas presiden Francois Mitterend, dengan alasan " Kami mesti menyudahkan siri ujian ini bagi menjamin kemerdekaan Perancis".

Pada mulanya Perancis merancang untuk membuat lapan ujian nuklear, tetapi mengurangkan jumlah itu kepada enam setelah menerima bantahan seluruh dunia. Ujian dari letupan yang pertama di trumbu Maruroa pada pertengahan Setember mencetuskan kemarahan dan bantahan paling buruk berlaku di Papeete, Tahiti, ibu kota Polynesia Perancis. Dalam tunjuk perasaan selama 36 jam itu beratus-ratus penunjuk perasaan memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Tahiti, mencederakan 40 orang dan menyebabkan kerosakan yang bernilai berjuta-juta dolar.

Penunjuk-penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Lapangan Terbang Papeete di Tahiti, sementara semakin banyak bot menyertai satu bantahan antarabangsa berhampiran pulau di Pasifik Selatan dengan harapan ujian tersebut akan dihentikan.

Di Perancis sendiri kira-kira 5000 orang penunjuk perasaan berarak di tengah Paris. Chile dan New Zealand memanggil pulang duta masing-masing dari ibu kota Perancis itu. Perdana Menteri Australia, Paul Keating pula menyifatkan ujian itu sebagai " Satu tindakan bodoh", dan penghinaan terhadap penduduk di rantau berkenaan.

Malaysia sendiri menyesali sikap Perancis yang tidak mempedulikan bantahan masyarakat antarabangsa. " Jika ujian nuklear selamat ( seperti yang didakwa oleh Perancis), ia sepatutnya dilakukan di Paris, bukannya di Pasifik Selatan", kata Perdana Menteri Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamad. Kenyataan ini mendapat sokongan Pertubuhan Sukarela Medicine Sans Frontires (Doktor-doktor Tanpa Sempadan) berkata, kerajaan Perancis tidak pernah dan tidak akan mengeluarkan maklumat tentang kesalahan berikutan ujian-ujian tersebut. Pertubuhan itu mendakwa terdapat kes-kes penyakit kanser dan kecacatan Kongential (pada atau sebelum kelahiran) yang mungkin berpunca akibat pendedahan pada radiasi walaupun secara sederhana.memandangkan laporan mengenai ujian itu adalah merupakan rahsia kerajaan, adalah susuh untuk membuat ramalan tentang apa telah dan sedang terjadi.

Masyarakat antarabangsa masih belum dapat melupakan peristiwa yang menyayat hati akibat letupan bom atom di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki 53 tahun yang lalu. Kemusnahan yang berlaku apabila sebiji bom nuklear, yang kekuatannya beribu-ribu kali ganda daripada sebiji bom atom yang digugurkan ke atas penempatan manusia. Sebolehnya mereka tidak mahu Perancis mengulangi sejarah hitam itu sekali lagi.

3.0 ISU NUKLEAR INDIA

3.1 LATAR BELAKANG INDIA
Kashmir adalah suatu bumi yang indah. Bukit bukaunya memukau, tasiknya tenang menawan dan udaranya yang nyaman. Kashmir bukanlan mempunyai rupa bumi yang cantik tetapi pelancong yang mengunjunginya sanggup menamakan wilayah itu sebagai syurga dunia. Terdapat banyak tempat-tempatnya yang menjadi tarikan pelancong.

Akan tetapi sejak beberapa tahun ini semuanya itu sudah tidak aman lagi. Pertempuran berlaku antara pejuang Kashmir dan tentera India. Banyak pembunuhan berlaku, malah ada pelancong yang dijadikan tebusan.

Pertempuran di benua kecil India telah membabitkan seluruh dunia. Kemuncak ketegangan adalah apabila Pakistan melakukan ujian nuklear sebagai membalas ujian bom nuklear di India.

India mempunyai kekuatan tentera yang besar. India dan Pakistan pernah berperang sebanyak tiga kali selepas mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1947. Keadan ini berterusan sehingga kini, jika India berperang dengan Pakistan kedua-duanya akan hancur . Bom nuklear India boleh memusnahkan keseluruh Pakistan. Bom nuklear Pakistan juga boleh memusnahkan keseluruh bandar India.

3.2 UJIAN NUKLEAR INDIA

Isu ini paling hangat dibicarakan oleh seluruh masyarakat dunia. India boleh dikatakan antara negara termaju dalam teknologi nuklear di Asia. Dari segi kepakaran, India bukan sahaja mempunyai saintis dalam negara, tetapi sesetenganhya juga berkerja di luar negara. Negara India pernah menjalankan ujian nuklear pada 1973. Pada masa itu India mendapatkan sumber nuklearnya daripada Perancis dengan alasan untuk menjana reaktor kuasa eletrik. India menggunakannya untuk membangunkan bom atom. Tindakan itu menyebabkan India pernah dikenakan sekatan dari negara blok Barat yang anti-nuklear.

Dari tarikh 11- 13 May 1998 India telah melakukan lima ujian nuklear bawah tanah di Pokhran dalam daerah Rajasthan. Tindakan India telah memberi kejutan besar kepada lima kelab nuklear dunia iaitu Amerika Syarikat, Russia, Britain, Perancis, dan China yang terlebih dahulu mendahului ujian nuklear masing-masing.
3.3 PEND
IRIAN INDIA TERHADAP ISU UJIAN NUKLEARNYA.

India bersedia menandatangai perjanjian pengharaman ujian nuklear sedunia, jika ia diberi status negara senjata nuklear dan kerusi tetap dalam majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Seterusnya India bersedia menandatangani Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) dan Perjanjian Pembatasan Nuklear (NTP) jika layak menjadi ahli kelab nuklear dunia.

3.4 TEKANAN DAN SEKATAN KE ATAS INDIA

Sebaik sahaja India menjalankan ujian nuklearnya, pelbagai tekanan dan sekatan telah dikenakan ke atasnya. Di antara tekanan dan sekatan yang telah dikenakan ke atas India ialah :

Jepun menggantung bantuan AS$1.1 billion (RM 4.18 billion).

Australia memanggil pulang dutanya dan meminta bantuan global dilakukan.

Kanada, New Zealand dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meminta langkah berjaga-jaga dilakukan secara maksimum di rantau ini.

Russia memberi amaran perlumbaan senjata nuklear akan meningkat.

Jerman dan China menyatakan kekesalan kerana mencemarkan keamanan dunia.

Negara-negara Kumpulan Lapan (G8) bersetuju membekukan bantuan bukan kemanusiaan kepada negara India iaitu sebanyak AS$1.1 billion.

AS mengenakan sekatan ekonomi berjumlah AS$20.7 billion.

Semua jualan dan lesen tentera bagi mengeksport peluru dibatalkan selain bantuan ketenteraan yang layak diterima yang membabitkan kira-kira AS$775,000.

Semua pinjaman kredit, jaminan kredit dan bantuan kewangan lain kerajaan Amerika kepada kerajaan India dihentikan yang membabitkan lebih AS$2 billion.

Semua bank Amerika dilarang memberi pinjaman atau kredit kepada kerajaan India, kecuali untuk membeli komoditi makanan dan pertanian yang membabitkan hampir AS$2 billion.


4.0 TINDAKAN BERBEZA TERHADAP PERANCIS DAN INDIA
4.1 BERAT SEBELAH (PILIH KASIH)

Yang sebenarnya semua orang tidak tahu mengapa tindakkan yang berbeza di lakukan terhadap Perancis dan India bila mana kedua-dua negara tersebut menjalankan ujian nuklear. Hanya presiden Amerika sahaja yang mengetahui tindakan yang berat sebelah dilakukannya terhadap India dan Perancis, dengan alasan ingin menjamin keselamatan dan kemakmuran dunia daripada ancaman tenaga nuklear.

4.2 ISU AGAMA

Walaubagaimanapun daripada rujukan dan fakta-fakta yang pelbagai yang dilakukan oleh kumpulan kami termasuklah daripada pandangan ahli-ahli akademik, pemerhati politik dan sebagainya menganggap bahawa punca utama yang amat jelas sekali adalah berpunca daripada isu agama itu sendiri dan beberapa faktor lain seperti Amerika tidak mahu negaranya digugat oleh negara lain, Amerika tidak mahu ada negara yang lebih tinggi atau duduk sama paras dengannya dan sebagainya.

Menurut pendapat daripada seorang pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditemu bual di dalam Malaysia Hari Ini (MHI anjuran TV3) mengenai isu senjata nuklear, beliau mengatakan bahawa "tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya berkenaan isu antarabangsa bukan sahaja tindakan mereka dari segi isu nuklear sahaja malah isu-isu lain pun atas dasar yang jelas, iaitu adakah mereka itu beragama Islam ataupun sebaliknya?"

4.3 MONOPOLI SENJATA NUKLEAR

Yang sebenarnya terlalu banyak contoh dan bukti kukuh yang boleh kita jelaskan bahawa mereka tidak mahu Islam bangun atau mempunyai kekuatan yang lebih daripada mereka baik dari segi ketenteraan mahupun ekonomi. Dari segi sejarah lagi telah menunjukkan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama umat Islam malah Allah sendiri melaknat bangsa Yahudi itu sendiri. Oleh itu tidaklah keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa keputusan yang diambil bagi menangani isu ujian tenaga nuklear yang dilakukan oleh India dan Perancis adalah daripada keputusan orang Yahudi itu sendiri.

Sebagai contoh apabila Iraq menyerang Kuwait dalam masa tidak sampai tiga hari Amerika dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melakukan penyerangan terhadap Iraq, sehinggalah Iraq mengaku kalah dan terpaksa bersetuju dengan syarat-syarat ketat dan berat sebelah yang dikenakan oleh Amerika terhadap Iraq termasuklah syarat di mana Iraq dikehendakki memusnahkan kesemua senjatanya termasuklah senjata biologi dan senjata nuklearnya.

4.4 SEKATAN EKONOMI

Sekatan ekonomi telah dikenakan ke atas Iraq sehinggakan kanak-kanak kecil di Iraq tidak cukup keperluan susu harian mereka. Malah ramai yang mati disebabkan kekurang susu dan ubat-ubatan. Rakyat Iraq yang tidak berdosa dianiaya pada jangka waktu yang sangat panjang iaitu selama hampir 9 tahun.

Jika dilihat dari segi masa serangan yang dibuat terhadap Iraq iaitu setelah Iraq menyerang Kuwait kita dapati sangat jauh bezanya pula apabila berlaku di negara Bosnia Herzegovina. Rakyat Islam Bosnia dibunuh, diperkosa, disiksa dengan kejam sehingga lebih daripada 2 tahun barulah pihak PBB yang didalangi Amerika mengambil tindakkan menyelesaikan krisis tersebut menggunakan ketenteraan, itupun setelah beratus ribu penduduk Islam Bosnia telah mati dan juga setelah Amerika menolong puak Serbia membunuh rakyat Bosnia.

Apa yang dimaksudkan di sini Amerika telah menolong puak Serbia membunuh rakyat Bosnia ialah sekatan atau pengharaman senjata yang dilakukan oleh PBB keatas puak Islam Bosnia sementara penghalalan senjata terhadap puak Serbia. Dengan alasan jika pihak Bosnia tidak boleh melawan maka tiadalah terjadinya pertempuran dan peperangan tidak akan berlanjutan. Malah jika kita ingin bincangkan sikap anti Amerika terhadap umat Islam terlalu banyak termasuklah isu Albania, pencabulan/pencerobohan tanah serta proses damai diantara Palestin dan Israel, pencabulan Russia keatas bumi Afghanistan dan sebagainya.


4.5 TINDAKAN KERAS

Daripada bukti-bukti yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa tindakan India dan Pakistan melakukan ujian nuklear semestinya akan atau telahpun dikenakan tindakan yang sekeras-kerasnya, sehingga rakyat kedua buah negara tersebut akan hidup merempat seperti yang berlaku terhadap Iraq. Kita berasa ketidakadilan telah berlaku di sini di mana Perancis juga melakukan ujian nuklear di tanah bekas jajahannya di Mururoa, yang jauh lebih tidak bermoral tetapi Perancis hanya dikenakan tindakkan kecaman antarabangsa yang antaranya termasuklah Amerika.

Sebagai sekutu AS, Perancis seharusnya tidak perlu bimbang. Ia tidak bermusuh dengan China ataupun AS. Jika dilihat tindakkan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya terhadap India dan Pakistan adalah jauh lebih buruk daripada itu. Malah Amerika dan Jepun telah menyatakan pendirian beliau akan mengenakan sekatan ekonomi yang keras terhadap India dan Pakistan.


4.6 PENARIKAN DANA KEWANGAN

Disamping itu Jepun dan AS telah menarik balik pinjaman dana kewangan yang berjumlah berbillion dolar terhadap Pakistan dan India yang masing masing hanya cuma mempunyai dana simpanan AS$1 bilion dan AS$30 bilion. Para penganalisa ekonomi berpendapat bahawa Pakistan dan India akan menghadapi masaalah ekonomi yang amat teruk apabila sekatan ini dilakukan sehinggakan negara tersebut tidak akan mampu menyelenggara kelengkapan senjata nuklearnya itu sendiri.

Berbalik kepada perbincangan mengenai isu agama, kalau selama ini Amerika Syarikat menjangka bahawa Islamic bomb pertama akan muncul di Iran, Libya atau Iraq, tetapi ternyata Islamic bomb muncul di negara sekutunya mereka iaitu Pakistan. Malah lebih dari itu apa yang menghairankan perancang rancangan nuklear Pakistan, Abdul Qadeer Khan mengatakan bahawa negaranya mampu mengeluarkan senjata nuklear dalam masa beberapa hari sahaja berbanding berbulan-bulan yang sepatutnya berlaku.


4.7 PELUCUTAN SENJATA NUKLEAR

Kuasa-kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat adalah hipokrit. Amerika serta kelab ekslusif nuklear yang lain sepatutnya melucutkan atau melupuskan senjatanya dahulu sebelum meminta negara-negara lain berbuat demikian. Mereka menghalang ujian nuklear India dan Pakistan dengan memberi alasan bahawa kedua-dua negara itu miskin dan perlu menggunakan sumber mereka untuk untuk pembangunan rakyat, sedangkan Perancis dan China mengadakan ujian nuklear, Amerika tidak begitu memberi tekanan yang kuat atau cuba menghalang, seolah-olah Perancis dan China selaku kuasa besar dan anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu berhak menjadi kuasa nuklear.

Begitu juga program bom nuklear Israel. Negara Zionis itu boleh memusnahkan bukan sahaja Iran dan Iraq, tetapi Makkah dan Madinah dengan menggunakan bom nuklear. Itu adalah tidak rahsia terbuka yang diketahui umum. Amerika tidak menghalang dengan menerima bahawa Israel berhak memiliki senjata nuklear kerana " keselamatan" Israel, seolah-olah negara lain tidak mempunyai hak keatas keselamatan negara masing-masing.

Kalau hendak dikirakan keselamatan Palestin sudah lama dipijak-pijak oleh Israel. Oleh itu antara sedar atau tidak sedar bahawa bangsa Israel yang mana tidak mempunyai tanah air di bumi ini telah menggunakan kekuatan yang dimiliki oleh sebuah negara yang kuat(Amerika) untuk kepentingan serta matlamat peribadi.

Rasionalnya ungkapan ini ialah sebagaimana yang kita tahu kebijaksanaan serta kekuatan wang ringgit yang diperolehi oleh orang Israel boleh mempengaruhi pucuk pimpinan presiden Amerika itu sendiri. Malah orang yang berkuasa menurun dan menaikkan mata wang sesebuah negara di dunia (yang boleh menyebabkan krisis ekonomi yang teruk atau memiskinkan sesebuah negara tersebut) ini termasuklah Amerika adalah terletak di tangan orang Israel (Geoge Soros), maka tidak hairanlah bahawa keputusan orang Israel yang menentukan apakah tindakkan yang harus dilakukan oleh Amerika apabila timbul sesuatu isu yang melibatkan bangsa Israel itu sendiri.

5.0 RUMUSAN

Oleh itu pada keseluruhannya bolehlah dirumuskan di sini bahawa tekanan yang berbeza dikenakan diantara Perancis dan India adalah seperti di bawah:

Isu agama itu sendiri di mana Amerika membuat keputusan atas pengaruh yang diperolehi dari bangsa Israel yang telah bermusuhan dengan Islam sejak zaman dahulu lagi (musuh tradisi).

Perancis adalah sekutunya yang kuat dan mempunyai kepentingan ekonomi dua hala. Jika permusuhan diantara kedua-dua negara, ianya akan merugikan Amerika Syarikat itu sendiri yang mempunyai pelaburan perdagangan dua hala yang besar.

Kepentingan perdagangan dan ekonomi di antara Amerika dan India adalah kecil berbanding dengan Perancis oleh itu sekatan ekonomi yang dilakukannya tidak akan memberi kesan ke atas ekonomi Amerika itu sendiri. Tetapi matlamat penting yang ingin di ketengahkan ialah ianya akan memberi pengajaran kepada India yang mana tidak mahu mengikut telunjuknya dan seterusnya memberi amaran serta menakutkan negara-nagara lain yang ingin cuba berjinak-jinak atau membina senjata nuklear.

4) India secara tradisinya menentang Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) 1996, dengan menganggapnya sebagai diskriminasi dan cubaan oleh lima kuasa nuklear yang diiktiraf, iaitu Britian, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

India juga menentang Perjanjian Pembatasan Nuklear (NPT) 1968 yang mengetatkan peraturan pemindahan teknologi bagi dwiguna iaitu (boleh digunakan untuk membina senjata nuklear) kepada negara buka senjata nuklear yang tidak menandatangani perjanjian. Oleh kerana India tidak termasuk dalam lima negara kuasa nuklear, pengujian nuklear India tidak diiktiraf dan seterusnya diberikan tekanan ke atas India sebaik sahaja India membuat pengujian.

6) Selain daripada itu negara kelab nuklear ini juga tidak mahu negara Asia seperti India (sedang membangun) memiliki senjata nuklear. Ini akan menyebabkan ancaman kepada negara-negara blok Asia dan akan menjejaskan kepentingan negara maju seperti Amerika Syarikat. Sebagai contoh, apabila India menjalankan ujian nuklearnya secara tidak langsung Pakistan akan merasa terancam kerana sejak dari dahulu lagi kedua-dua buah negara ini telah bermusuhan disebabkan perebutan wilayah Kashmir.


Pada masa yang sama Amerika Syarikat adalah sekutu kepada Pakistan. Bagi menggelakkan negara sekutunya diancam oleh India, Amerika Syarikat telah mempengaruhi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia membekukan bantuan dan pinjaman kewangan kepada New Delhi.


BIBLIOGRAFI

AFP. Utusan Malaysia 20 Julai 1998, India Tuntut Status Negara Nuklear.

AFP. Utusan Malaysia 30 Julai 1998, Pakistan di Dakwa Rancang Serangan India.

Datuk Abdullah Ahmad. Utusan Malaysia 14 Jun 1998, Bom Nuklear Islam.

Dr. Syed Husin Ali. Massa 11 November 1995, Ujian Nuklear Ketiga Perancis: Pemusnah Penting.

Dr. Muhamat Omar. Massa 9 Disember 1995, Misteri Radioaktif.

Karim Sulaiman. Berita Mingguan 24 May 1998, Senjata Nuklear : Tindakan Perlu Adil - Pengharaman Perlu Menyeluruh.

Mohd. Rashid Darham. Dewan Masyarakat November 1996, PPUNM Alat Kuasa-Kuasa Besar.

Prof. Dr. Sulaiman. Berita Harian 29 May 1998, Ujian Nuklear Sekadar Menunjukkan Kekuatan.

Ismail Awang. Dewan Masyarakat September 1997, Etika dan Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Sejagat Dalam Mambangunkan Sians dan Teknologi Nuklear.

Prof. Madya Dr. Mustafa Daud. Berita Harian 28 May 1998, India, Pakistan di Ambang Perang Nuklear.

Reuters. Utusan Malaysia 18 Jun 1998, Nuklear : Siapa Selepas India dan Pakistan.

Reuters. Utusan Malaysia 22 Jun 1998, AS Eksport Teknologi Nuklear ke India.

Saroji Mokhtar. Utusan Malaysia 29 May 1998, Nuklear : Sikap Kuasa Besar Dikesali.

Sharifah Sharina Syaed Aswad. Dewan Masyarakat Ogos 1997, Peranan Teknologi Nuklear Dalam Pembangunan Sesebuah Negara.

Ziton Nasir. Dewan Siswa September 1996, 10 Tahun Selepas Tragedi Chornobyl.

Zin Mahmud. Tamadun Julai 1998, Ujian Nuklear di India dan Pakistan: Antara Maruah Negara dan Penderitaan Rakyat.

Zin Mahmud. Massa 30 September 1995, Perancis Takut Pada Jerman.

Sumber

No comments:

Post a Comment