Monday, April 26, 2010

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.


Sunday, April 25, 2010

Sakit belakang kronik

SAKIT cakera diskogenik adalah punca sakit belakang yang sering berlaku tapi tidak diketahui umum. Sakit cakera diskogenik antara penyebab utama sakit belakang kronik yang jarang dibincangkan.

Kajian mendapati insiden penyakit ini di kalangan pesakit tulang belakang yang kronik ialah 35 peratus. Walaupun penyakit ini peratusnya tinggi berbanding penyakit tulang belakang lain, diagnosisnya jarang ditemui dalam rawatan atas beberapa sebab.

Antaranya ialah pesakit selalunya datang dengan beberapa masalah penyakit tulang belakang pada masa sama. Oleh itu rawatan diberi kepada pesakit akan difokus pada penyakit lain yang jelas diagnosisnya terlebih dulu.

Tambahan pula gejala sakit cakera diskogenik juga mirip kesakitan yang berpunca daripada cakera tergelincir. Dengan kata lain, rawatan diberi mungkin tersasar jika penyakit ini tidak dikenal pasti. Kebiasaannya diagnosis penyakit cakera diskogenik dilakukan secara ‘penyisihan’ selepas penyakit tulang belakang yang lain disahkan negatif.

Makanan beralkali baik

MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.


Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.

Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.

Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.

Cara atasi cirit-birit

KEADAAN kanak-kanak yang mengalami cirit-birit memang menyedihkan. Keadaan ini bukan saja membuat si kecil berasa tidak sihat dan kurang selesa, malah hilang selera makan yang boleh menyebabkan berat badan susut mendadak.


Masalah ini menjadi antara punca utama kematian bayi dan kanak-kanak kecil di seluruh dunia, terutama di negara miskin. Bahkan masalah cirit-birit juga dikaitkan dengan banyak faktor seperti kekurangan zat, kemiskinan dan kebersihan.

Walaupun masalah biasa, cirit-birit pada kanak-kanak kecil tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi seperti kekurangan air, keradangan paru-paru (pneumonia) dan pereputan tisu akibat bakteria (sepsis).

Bayi yang mengalami cirit-birit mungkin muntah terlebih dulu sebelum cirit. Apabila kanak-kanak mengalami cirit-birit, najis dikeluarkan adalah lembut dan mengandungi banyak air.

Dua keadaan ini menyebabkan bayi atau kanak-kanak kecil cepat mengalami masalah kekurangan air (dehidrasi) yang boleh berlaku dalam masa beberapa jam saja.

Keadaan ini lazimnya berpunca daripada jangkitan bakteria (E coli, Shigella, Salmonella, Campylobacter); virus (Rotavirus) yang mengakibatkan masalah kekurangan air (kekeringan atau dehidrasi) pada pesakit kecil ini, kata Perunding Paediatrik dan Penyakit Berjangkit, Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Kamarul Azahar Mohd Razali.

Sakit punggung

JIKA anda seorang wanita berumur 40 tahun ke atas dan sering mengalami sakit pada punggung, anda perlu baca artikel ini kerana anda mungkin mengalami penyakit artritis sendi pinggul.


Apa itu penyakit artritis sendi pinggul? Sendi pinggul (sendi sakroiliak) adalah sepasang sendi besar yang terletak pada kiri dan kanan punggung. Sendi ini menyambungkan tulang pinggul (pelvik) dengan tulang sakrum pada bahagian punggung.

Fungsinya ialah menyokong dan menstabilkan tulang pelvik dan tulang belakang ketika kita melakukan pergerakan. Ia juga berfungsi sebagai penyerap gegaran pada tulang pelvik dan tulang belakang.

Sakit pada sendi pinggul selalunya disebabkan oleh artritis yang biasanya disabitkan dengan proses penuaan. Penuaan ini pula disabitkan oleh permukaan sendi yang haus dan proses keradangan disebabkan penggunaan yang melampau.

Sebab lain boleh berlaku ialah kecederaan, kanser, penyakit artritis lain seperti ankilosing spondilosis atau reumatoid artritis. Struktur belakang yang tidak seimbang dan panjang kaki yang tidak seimbang juga diketahui sebagai penyebab kesakitan pada sendi pinggul.

Insiden sakit sendi pinggul ialah 22.5 peratus di kalangan penghidap sakit pinggang yang kronik. Kebanyakan pesakit adalah wanita berumur 40 tahun ke atas. Ini kerana faktor hormon dan fungsi serta aktiviti harian mereka menyebabkan penggunaan sendi yang lasak.

Aktiviti berkenaan menyebabkan regangan dan penggunaan ligamen yang terlampau di keliling tulang pelvik, menyebabkan banyak ligamen tercedera dan lemah.

Keadaan ini menyebabkan pergerakan abnormal pada sendi ini dan seterusnya keradangan atau artritis.

Mudah diserang kanser

ANTARA cabaran besar dalam penjagaan kesihatan ialah mengajak orang menukar gaya hidup dan memperbaiki tabiat pemakanan demi kebaikan diri sendiri. Walaupun semua orang tahu kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari tiga atau empat kali seminggu dan melebihkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan untuk kekal sihat tetapi tidak ramai yang mengamalkan saranan ini.
Berbanding lelaki, wanita lebih ramai menghidap kanser dan apa yang menyedihkan ialah kebanyakan jenis kanser ini boleh dicegah melalui sedikit perubahan gaya hidup, kata Ketua Penyelidik Program Promosi Kesihatan Di Tempat Kerja Untuk Pencegahan Kanser, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mirnalini Kandiah.

Antara kanser yang paling kerap berlaku di Semenanjung Malaysia ialah kanser payudara diikuti kanser kolorektal. Di kalangan wanita kes paling banyak direkodkan ialah kanser payudara diikuti kanser pangkal rahim, kolorektal, ovari dan kelenjar tiroid. Manakala kanser utama di kalangan lelaki ialah kanser kolorektal, paru-paru, nasofarinks dan hati.

Wednesday, April 21, 2010

Mencegah penularan wabak H1N1

MENCEGAH dan kesedaran. Langkah itu perlu untuk mengawal influenza A (H1N1) daripada merebak. Sikap acuh tak acuh hanya menyumbang kepada peningkatan kes. Walaupun catatan kes baru H1N1 masih perlahan namun tiada siapa boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.

Setiap langkah pencegahan mesti agar wabak yang pernah menggemparkan negara itu dapat dibendung. Bersama Pakar Perubatan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr Abd Rahman Mohd Ali, Mingguan Malaysia mengupas isu ini lebih lanjut.

“Orang ramai perlu faham kenapa wabak ini cepat merebak. Ia merebak melalui air liur dan hingus misalnya apabila kita batuk atau bersin. Walaupun kadar kematian kes H1N1 masih rendah, kita perlu ingat kadar berjangkit selesema H1N1 tinggi dan mudah berbanding penyakit-penyakit lain. Justeru itu, bilangan kes boleh meningkat dengan cepat.

Ia mudah berlaku dalam komuniti apabila orang ramai duduk setempat berkelompok dalam jarak yang dekat dan padat,” kata beliau.

Pada pendapat Dr. Abd Rahman, cuaca negara yang panas ketika ini mempengaruhi penyebaran wabak ini. Walaupun ada peningkatan kes, masih belum ada gelombang kedua H1N1 kerana ia masih virus yang sama.

Tuesday, April 20, 2010

Ingatan Untuk na

Berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikan manfaat di dunia dan akhirat.
Ingatlah, berkat itu amat perlu dalam pengajian ilmu Islam, dengan wujud keberkatan, kefahaman mudah diperoleh, ingatan lambat luput, amalan menjadi mudah, hati menjadi tenang.

Tanpa adab, berkat hilang dan susut, kefahaman tidak menjelang tiba, lupa adalah sindrom biasa dan fikiran sentiasa merasa serabut, hati gersang dan kering.

Sumber

Thursday, April 15, 2010

Cantik Kan...

Bila agaknya na akan menjadi seperti di atas?.....

Tuesday, April 13, 2010

"...."

Banyak sungguh peristiwa berlaku....kita hanya merancang, Allah tentukan... na masih di rumah, belum lagi jejak kaki ke UPM, na ketepikan research na seketika....kudrat na amat diperlukan di rumah...baru-baru ni, mak jatuh di tandas, sampai sekarang mak terasa sakitnya....Pengalaman menjaga anak kak ika menerbitkan perasaan sayang...dan mungkin memahami perasaan seorang ibu...penat nyer...tapi terasa "berbaloi-baloi".....:)

sekarang na di rumah bersama kak ika....yang lain berada di rumah mak bang, sepupu na meninggal dunia.....jenazahnya dari Kedah telah sampai di Melaka....usia arwah lebih muda dari diri na...Allah menyayangi arwah...dan yang pasti, kematian akan na rasai jua......Tidak mampu na terfikir bila pula giliran na? bagaimana na ingin hadapi bila orang kesayangan na "pergi" dulu?....ermm...

Tuesday, April 6, 2010

Politik Na :Tembelang 1 Malaysia dan Apco Terdedah ( kedua dan terakhir )

APCO DAN MODUS OPERANDI

Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington? Fungsi APCO di Washington

Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

Politik Na :Tembelang I Malaysia dan Apco Terdedah

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam telah menyahut cabaran supaya beliau membuat penjelasan berhuung dakwaan beliau 1 Malaysia ciptaan Najib Razak sebagai ilham dari One Israel. Berikut adalah ucapan pendedahan Anwar di parlimen semalam. - MSO

Bahagian Pertama.

TERIMA kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.

Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

Semoga Na dan Semua tidak Tergolong dalam Golongan Ini

Na dapat daripada MSO blog...hehehe

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

Bahana Kencing Tikus

BANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti kuman kencing tikus baru-baru ini.


Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun, Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.

Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

Sunday, April 4, 2010

Alhamdulillah...Ini yang kita Nak!

PENGUNJUNG berketurunan Islam menunaikan solat di luar surau kerana keadaan surau yang penuh semasa hari perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, 4 April. - Utusan/MOHD. NAIM AZIZ

H1N1 Kembali.....

JASIN 3 April - Murtaza Samat, 29, terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri dan ibu mertuanya dalam tempoh selang beberapa hari sahaja akibat serangan selesema babi atau virus influenza A (H1N1).

Rabu lalu, kakitangan swasta itu kehilangan ibu mertuanya, Maimunah Dimah, 54, disusuli isterinya, Sumarni Mat Nor, 30, semalam.

Thursday, April 1, 2010

Ayat-Ayat Ruqyah

Definisi Ruqyah

Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas karena disengat binatang, kesurupan, dan yang lainnya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah terkadang disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah yaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.” (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi)

Adapun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri, hal. 4)

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah (sumber)



Lihat blog ini sebagai contoh....