Thursday, January 7, 2010

Na Ubati Sakit Kepala dengan....


Salam..sejak Cik Migrain datang ni, na  meletakkan seketika "quantum load" ketepi dan menarik beberapa buku yang dipinjam dari Lib UPM untuk dibaca. Best sangat rasa nya....Ok, sekarang na membaca buku " Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran" karangan Dr.Danial Zainal Abidin (BP 188 D183). Ok, untuk episod yang pertama ni, na nak kongsikan istilah-istilah yang terdapat di dalam buku ini melalui kaca mata na...


1. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat

2.Apa itu takwa?

Sahabat Omar bin Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab berkenaan maksud takwa. Ubai berkata,

"Pernah kah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, " Apakah yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata,

"Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, " Itulah takwa." Daripada jawapan ini dapat disimpulkan, takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandas Quran dan Sunnah.

3.Maksud Hikmat

-Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan hikmat sebagai Quran.

-Imam Mujahid mentafsirkannya sebagai ilmu, kefahaman serta Quran.

-Imam Abu Malik berpendapat hikmat adalah sunah.

-Imam Ibrahim an-Nakh'ii berkata, hikmat ialah kefahaman,

-Imam Malik hikmat ialah kefahaman yang mendalam berkenaan agama Allah

(kesemua pendapat ini disebutkan di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa)

will be continue.....insyaallah

No comments:

Post a Comment