Thursday, March 24, 2011

MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam. Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.

Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.

Baca selanjutnya .

Suruhanjaya Sumpah Laknat
RAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.

Saya nak tanya beberapa soalan kepada persoalan dan cadangan Rahim Tamby Chik ini. Apakah perlunya suruhanjaya itu ditubuh dan apakah perlunya siasatan ke atas video berkenaan. Biasanya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara yang ada kepentingan umum. Dalam kes video lucah itu apakah ianya merupakan kepentingan umum?

Video itu bersifat peribadi yang tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Ia tidak perlu ditubuhkan. Kalaulah cadangan Rahim itu hendak diambil kira, maka banyak lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan. Bukan soal pengecut di sini tetapi keperluan dan kemunasabahannya.

Saya nak sebut beberapa suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan kalau mengikut versi ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment