APABILA ritma denyutan jantung anda tidak tetap atau dikenali sebagai pemfibrilan atrium (atrial fibrillation - AF), ia memberi isyarat anda perlu berhati-hati. Ini kerana, berbanding jenis strok lain, AF menyebabkan risiko diserang strok yang lebih parah iaitu lima kali ganda. Pesakitnya mungkin lumpuh atau meninggal dunia.
Dengan AF, risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung.
Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk di atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok.
Dua kajian dijalankan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2003 dan tahun ini menunjukkan ramai pesakit tidak menunjukkan gejala AF yang jelas. Ketika episod AF, sebilangan mereka mengalami sensasi debaran atau kelajuan di dada manakala pesakit lain mungkin pitam, pengsan atau pening.
Perunding Kanan Pakar Pulmonari dan Penjagaan Kritikal HKL, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, berkata dalam kedua-dua kajian, kebanyakan pesakit mengadu sesak nafas disebabkan kadar denyutan jantung mereka yang laju dan tidak tetap.
Hasil kajian terbabit, kira-kira lima peratus pesakit yang menghidap AF pernah diserang strok.
“Strok memberi kesan terhadap berjuta-juta pesakit dan keluarga mereka di seluruh negara setiap tahun. Dianggarkan 15 juta orang di seluruh dunia menderita strok setiap tahun dengan lima juta meninggal dunia.
“Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko diserang AF. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah kepada penyakit ini tetapi ia lebih banyak dihidapi individu berusia 60 tahun ke atas.
“Bagi pesakit yang menghidap AF, risiko mendapat strok lebih tinggi. Mereka yang mengalami gejala tertentu perlu berjumpa doktor untuk memastikan mereka tidak menghidap AF,” kata Dr Jeyaindran ketika ditemui dalam program anjuran Bayer HealthCare bertemakan ‘Strok: Dengar Kata Jantung Anda’ di ibu negara, baru-baru ini.
Program sempena Hari Strok Sedunia 2011 bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai AF, gangguan ritma denyutan jantung paling lazim serta risikonya terhadap strok.
Jabatan Ubat-Ubatan HKL terbabit dengan banyak percubaan klinikal antarabangsa dalam pemfibrilan atrium dan menarik minat penyelidik berkaitan AF apabila mereka menjadi salah satu pusat terbesar dengan pesakit paling ramai dalam percubaan kritikal. Ini menyebabkan lebih banyak percubaan kini dijalankan di HKL.
Di Malaysia, strok penyebab kematian ketiga terbesar selepas penyakit jantung dan kanser. Ia punca utama kecacatan parah, dan setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat negara ini menderita akibat penyakit itu. Kadar AF di Malaysia masih belum diketahui tetapi kejadian ini dijangka meningkat apabila populasi mengalami peningkatan usia dan faktor risiko AF yang sudah dikenal pasti tidak ditangani.
APAKAH AF?
Apabila ritma denyutan jantung tidak normal.
Degupan jantung yang tidak teratur.
Kadar degupan jantung sangat pantas iaitu 350-700 seminit.
Atrium tidak mengecut dengan efektif.
INDIVIDU/PESAKIT TERDEDAH AF
Darah tinggi
Diabetes
Paru-paru
Tiroid
Buah pinggang
Sesak nafas
Obes
SEBAB TERJADI AF
Mereka yang mempunyai sejarah sakit jantung.
individu yang minum arak/alkohol dan pneumonia.
GEJALA AF
Jantung berdebar
Lesu
Sakit dada
Pening kepala
Pengsan
Sesak nafas
FAKTOR RISIKO AF
Usia: lazimnya semakin usia bertambah, risiko AF meningkat.
Gender: AF lebih banyak dihidapi lelaki berbanding wanita.
Keadaan jantung:
masalah injap jantung.
serangan jantung.
kegagalan jantung berfungsi.
Faktor lain:
Diabetes.
Darah tinggi.
Matlamat merawat AF ialah mengembalikan ritma denyutan jantung yang normal dan tetap serta mengurangkan risiko serangan strok. Lazimnya ia dapat dilakukan dengan pengambilan ubat atau penggunaan rangsangan elektrik.
Jika dua usaha itu tidak membuahkan hasil, rawatan AF akan memfokuskan perlindungan daripada darah beku yang mungkin bergerak dari jantung ke otak, seterusnya mengelakkan strok. Untuk mengurangkan risiko strok, doktor boleh memberikan ubat untuk mencairkan darah atau antikoagulan yang berupaya mengurangkan risiko strok jika diambil dengan betul.
Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Azhari Rosman, berkata antikoagulan dengan warfarin berkesan mencegah strok pada pesakit yang menghidap AF dan ia rawatan standard sejak separuh abad lalu.
Bagaimanapun, terdapat banyak had dalam penggunaannya seperti pesakit perlu mengawal ketat diet mereka kerana warfarin bertindak balas dengan banyak jenis makanan lazim serta ubatan lain.
Pengambilan warfarin juga memerlukan pesakit ke hospital dengan kerap bagi menjalani pemantauan serta mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk mendapatkan kesan antitrombotik yang stabil.
“Kini terdapat beberapa antikoagulan oral baru yang berpotensi memberikan pesakit AF perlindungan lebih baik terhadap strok tanpa kesulitan. Satu antikoagulan jenis ini kini berada di pasaran dan dua lagi dalam perancangan yang mana satu daripadanya hanya perlu diambil sekali sehari,” katanya.
Risiko terjadinya pembekuan darah lebih tinggi jika anda menghadapi penyakit/masalah:
Denyutan jantung tidak seragam.
Darah beku terbentuk di saluran darah.
Darah beku di paru-paru.
Injap jantung tiruan; sama ada mengguna jenis mekanikal atau - bioprosthetik (sumber semula jadi)
Penyakit injap jantung.
Warfarin menghalang pembentukan darah beku yang baru dalam saluran darah dan menyekat darah beku yang sudah terbentuk daripada semakin membesar. Bagaimanapun, warfarin tidak berupaya melarutkan darah beku yang sudah terbentuk.
Vitamin K jejas kesan warfarin
Vitamin K membantu proses pembekuan darah. Oleh itu, vitamin K dalam makanan boleh menjejaskan kesan warfarin.
Makan makanan mengandungi terlalu banyak vitamin K boleh mengurangkan kesan warfarin.
Makan makanan mengandungi terlalu sedikit makanan vitamin K boleh menambahkan kesan warfarin.
Pastikan pengambilan jenis sayuran yang mengandungi vitamin K yang konsisten setiap hari.
Kandungan vitamin K yang tinggi:
Asparagus, bayam, brokoli, kailan, daun kucai, daun bawang, daun pasli, kacang soya, daun salad, kacang pistachio, ketumbar dan sawi hijau.
Kandungan vitamin K yang sederhana:
Minyak zaiton, kacang buncis, kacang pis, kubis merah, epal hijau dan kiwi.
Sumber
Sunday, October 23, 2011
Sunday, October 16, 2011
Pembedahan Sendi Lutut
PEMBEDAHAN menggunakan artroskop berkembang dengan ketaranya seiring perkembangan teknologi kamera beresolusi tinggi, fiber optik dan skrin monitor berdefinisi tinggi. Teknologi ini dapat menghasilkan gambar lebih jelas dan tepat ketika pembedahan artroskopik. Ini membantu pakar bedah ortopedik melihat ke dalam sendi lutut lebih jelas, seterusnya melakukan diagnosis dan rawatan lebih tepat dan cekap.
Penciptaan implan dan peralatan artroskop berteknologi tinggi turut memudahkan dan mempercepatkan pakar bedah ortopedik melakukan pembedahan untuk merawat masalah di dalam sendi lutut. Pembedahan artroskopik sendi lutut satu kaedah pembedahan secara memasukkan kamera bersaiz pensil ke dalam rongga sendi lutut melalui satu tebukan kecil pada kulit, yang mana kamera itu berfungsi sebagai mata kepada pakar bedah ortopedik untuk melihat di dalam rongga sendi dan seterusnya imej dalaman sendi lutut itu dapat dipapar pada monitor.
Peralatan artroskop untuk sebarang prosedur pembedahan pula dimasukkan ke dalam rongga sendi lutut melalui satu tebukan lain.
Pembedahan secara artroskopik teknik terkini untuk merawat kebanyakan masalah sakit di dalam sendi lutut. Antara masalah sendi lutut yang biasa dirawat secara pembedahan atroskopik ialah:
Meniskus koyak
Menisektomi kaedah pembedahan membuang sebahagian meniskus yang terkoyak sehingga meniskus yang stabil dan normal dikekalkan. Meniskus ialah satu struktur rawan di dalam sendi lutut yang terletak antara hujung tulang femur dan tibia yang berbentuk baji berfungsi sebagai penyerap hentakan, kusyen dan penstabil sendi lutut.
Koyak bersaiz kecil pada meniskus boleh dipulih menggunakan peralatan artroskop untuk melegakan gejala sakit disebabkan meniskus koyak.
Membaik pulih meniskus
Membaik pulih meniskus satu prosedur membetulkan meniskus rosak atau koyak.
Dengan itu, anatomi asal meniskus dapat dikembalikan seterusnya jika berjaya, prognosis jangka panjangnya adalah lebih baik. Bagaimanapun, membaik pulih meniskus tidak semestinya boleh dilakukan kerana bekalan darahnya terhad dan proses sembuh yang panjang.
Rekonstruksi ACL
Ligamen krusiat depan atau ACL satu ligamen penting dalam lutut untuk kestabilannya dan pesakit yang ACL cedera selalu mengadu lutut mereka longgar. Oleh itu, ramai memilih rawatan secara pembedahan. Majoriti pembedahan rekonstruksi ACL dibuat secara artroskopik.
Membuang plika
Plika ialah baki tisu ketika perkembangan fetus. Jika tisu plika terlalu besar dan tebal, ia menyebabkan geseran kepada permukaan sendi ketika pergerakan. Sakit yang terhasil daripada iritasi plika dikenali Sindrom Plika dan plika terbabit perlu dibuang.
Prosedur pembedahan boleh dilakukan secara artroskopik.
Hirisan tisu lateral
Jika tisu lateral sendi lutut terlalu ketat sehingga menyebabkan tulang tempurung tertarik ke lateral atau terkeluar daripada alur, tulang paha akan menghasilkan rasa sakit ketika sendi lutut dibengkokkan. Satu prosedur biasa dilakukan untuk melonggarkan tisu bahagian lateral sendi lutut ialah hirisan kapsul dan ligamen menggunakan artroskop.
Patahan mikro
Patahan mikro kaedah rawatan merangsang pembentukan tisu rawan di kawasan permukaan sendi yang rosak. Dalam prosedur ini, dengan bantuan artroskop, permukaan tulang ditebuk sehingga tembus ke tulang sumsum. Sel sumsum akan keluar ke permukaan sendi rosak dan menutup permukaan sendi rosak dengan pembentukan tisu parut rawan.
Implantasi autologus chondrocyte (ACI)
Prosedur itu membabitkan teknologi pembiakan sel rawan di makmal. Secara artroskopik, sedikit tisu rawan diambil daripada permukaan sendi yang tidak menampung beban dan dikulturkan (dibiakkan). Selepas sel rawan cukup jumlahnya, ia diletakkan kembali ke dalam lutut pada permukaan sendi rosak.
Pemindahan tulang rawan/OATS
Ia prosedur membabitkan pemindahan rawan yang diambil daripada permukaan sendi sihat ke permukaan sendi yang rosak rawannya. Rawan ini diambil berbentuk silinder kecil bersama sedikit tulang di permukaan sendi yang tidak menampung beban ketika pergerakan, dan dipalamkan ke dalam lubang yang dibentuk pada permukaan sendi rosak.
Prosedur ini boleh dilakukan menggunakan artroskop. Artroskopik sendi lutut boleh dilakukan bersama bius am, bius kawasan atau bius setempat. Pesakit yang menjalani pembedahan artroskopik sewaktu diberi bius setempat atau bius kawasan, boleh menonton secara langsung pembedahan dilakukan pada skrin monitor.
Tempoh pembedahan artroskopik sendi lutut berbeza bergantung kepada jenis prosedur. Selepas pembedahan, lutut dibalut dengan pembalut. Bergantung prosedur dilakukan, doktor mungkin atau tidak mungkin membenarkan anda berpijak atau berjalan di atas kaki yang dibedah.
Pesakit perlu bekerjasama dengan jurufisioterapi untuk mendapatkan balik kekuatan kaki dan pergerakan sendi lutut sepenuhnya. Tempoh rehabilitasi juga bergantung jenis prosedur dilakukan.
Komplikasi pembedahan lutut secara artroskopik termasuk jangkitan kuman, bengkak dan pembekuan darah dalam salur darah kaki.
Namun, komplikasi jarang berlaku selepas pembedahan secara artroskopi kerana luka pada kulit adalah kecil dan membolehkan proses rehabilitasi dilakukan lebih awal berbanding pembedahan secara konvensional. Tempoh penyembuhan juga lebih cepat berbanding cara pembedahan tradisional.

Sakit Bagai Dicucuk
Sakitnya pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau terkena tusukan pada kaki dan tangan. Kadangkala kesakitan dialami tidak tertanggung hingga menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian.
Itu antara penderitaan yang sering dialami pesakit diabetes. Dianggap ibu segala penyakit, diabetes bukan saja boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta dan gangren kaki, malah kerosakan saraf atau painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN). Edisi ketiga Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 menunjukkan penularan diabetes meningkat kepada 14.9 peratus. Berbanding satu dekad lalu, kadar penularan diabetes hanya 8.3 peratus. Cukup membimbangkan apabila diabetes di Malaysia didapati meningkat hampir dua kali ganda dalam dekad lalu iaitu kadar lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa.
Ia selari dengan pertambahan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk. Daripada jumlah itu, 50 peratus pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam enam hingga 10 tahun lalu didapati mengalami pDPN. Biarpun berterusan menanggung kesakitan, 58 peratus pesakit tidak menyedari kesakitan dialami mereka berpunca daripada diabetes. Disebabkan kesakitan saraf dihadapi pesakit dianggap peribadi, sukar untuk mengenal pasti pDPN, sekali gus menimbulkan cabaran dalam proses rawatan.
Malah, cabaran untuk mendiagnosis pDPN turut menyebabkan pesakit belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan. Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru dalam pengurusan kesakitan, pakar penyelidik mendapati mereka tidak lagi perlu menanggung penderitaan ini.
Kesedaran terhadap kesakitan neuropati atau penyakit saraf periferal begitu kurang. Sistem saraf periferal atau peripheral nervous system (PNS) ialah satu daripada dua cabang utama sistem saraf.
Satu lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang membentuk otak dan saraf tunjang. Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria (seperti mata dan telinga), serta organ badan lain, otot, saluran darah dan kelenjar.
Ketua Jabatan Perubatan dan Profesor Bahagian Neurologi, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Goh Khean Jin berkata, pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak saraf mereka rosak.
Menurutnya, banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf dan ia sebahagian daripada gangguan, penyakit atau keadaan. “pDPN satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan (diabetes). Gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.
“Disebabkan kesakitan perkara yang begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN sering kurang dilaporkan dan kurang dirawat.
“Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Mereka yang berdepan masalah pDPN biasanya menderita tanpa rawatan. “Untuk mendiagnosis neuropati periferal, pesakit perlu menjalani beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh mana kerosakan saraf,” katanya.
American Diabetes Association mengesyorkan pemeriksaan tahunan terhadap semua pesakit neuropati diabetes. Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.
“Kesan neuropati periferal akibat diabetes sangat buruk dan menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian. Pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup mereka.
“Semua data penyelidikan menunjukkan peningkatan kes diabetes global dan juga tempatan. Lama-kelamaan penularan penyakit ini menyebabkan kerosakan saraf yang pasti menimbulkan komplikasi.
“Oleh itu, penting untuk membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh komplikasi diabetes,” katanya.
Menurutnya, pada April lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat diabetes.
Garis panduan itu menyebut, pregabalin adalah satu-satunya rawatan Tahap A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan keberkesanan pregabalin dalam usaha merawat kesakitan saraf akibat diabetes.
Beberapa ujian klinikal yang menilai pregabalin mendapati pesakit yang mengambil pregabalin kurang mengalami kesakitan berbanding mereka yang mengambil plasebo.
Sesetengah pesakit berasa lega dalam masa secepat satu minggu, manakala yang lain mungkin mengambil masa lebih lama. Sementara itu, Penasihat Perubatan Pfizer, Dr Gene Lee berkata, Pfizer komited untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesakitan itu dan menggesa pesakit membincangkan pilihan rawatan dengan doktor mereka.
“pDPN tetap keadaan yang kurang mendapat diagnosis di banyak negara di dunia. Sebahagian besarnya disebabkan kurang kesedaran dan kefahaman mengenai keadaan dan hakikat bahawa hanya ada beberapa pilihan rawatan yang terbukti."
Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf manusia mempunyai dua komponen utama:
sistem saraf pusat — termasuk otak dan saraf tunjang
sistem saraf periferal — saraf yang membawa dari otak dan saraf tunjang kepada semua bahagian badan. Satu sistem saraf khusus yang banyak membentuk sistem saraf periferal yang bertanggungjawab untuk pelbagai fungsi penting.
Saraf khusus termasuk:
motor saraf yang membawa mesej dari otak ke badan dan bertanggungjawab bagi menggerakkan bahagian badan (contohnya tangan, kaki)
saraf deria yang membawa maklumat dari organ sistem saraf pusat dan ia diproses menjadi sensasi (misalnya, sentuhan, perubahan suhu, dan getaran)
saraf yang mengawal autonomi fungsi termasuk kadar jantung, tekanan darah, pernafasan, penghadaman dan fungsi pundi kencing
Sakit neuropati
Sakit neuropati biasanya terjadi akibat kerosakan sistem saraf pusat. Ia dicirikan oleh luka atau kekurangan keupayaan sistem saraf pusat untuk menunjukkan kesakitan. Sakit neuropati sukar dikenal pasti dan merawat disebabkan beberapa cabaran seperti:
Tiada ujian diagnostik yang boleh menentukan dan mengesahkan gejala
Persepsi kesakitan semata-mata subjektif dan kesakitan masih tidak terukur
Perbezaan antara diagnosis yang pasti, mungkin dan mungkin tidak jelas
Sakit — tidak statik, ia berubah dalam cara yang dinamik dan tidak dapat diramal
Tanda dan gejala boleh berubah
Gejala pDPN
Kebas atau tidak sensitif kepada kesakitan atau suhu
Rasa pedih dan mencucuk
Terlalu sakit atau kekejangan
Terlalu peka sentuhan walaupun cahaya
Hilang keseimbangan
Lemah otot dan hilang refleks
Gejala biasanya lebih teruk pada waktu malam.

Friday, October 14, 2011
Dengar, Adakah Anak Anda Berdehit?
PERNAHKAH anda mendengar orang yang merungut tentang penyakit asma mereka? Atau ternampak seseorang yang bernafas menggunakan ubat sedut (inhaler)? Meskipun asma bukan penyakit luar biasa, namun ia masih misteri dalam dunia perubatan moden.
Sehingga hari ini, puncanya masih belum diketahui dan tiada ubat untuk menyembuhkannya. Oleh kerana asma merupakan penyakit keturunan yang diwarisi dalam keluarga, kanak-kanak akan cenderung mendapat asma jika mempunyai anggota keluarga yang menghidapnya.
Setiap kanak-kanak mempunyai enam peratus kecenderungan mendapat asma. Namun, ia meningkat kepada 30 peratus jika salah seorang daripada ibu atau bapa menghidapnya, dan 70 peratus jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan penghidap asma.
Secara amnya, asma adalah keadaan saluran pernafasan ke paru-paru yang mengecil atau tersumbat buat sementara waktu lalu mengakibatkan gejala seperti batuk, berdehit, pendek nafas dan sesak dada.
Pesakit yang menghidap asma sering menyamakan serangan asma seperti bernafas melalui penyedut minuman di dalam mulut sambil menutup hidung!
Melihat anak anda tiba-tiba tercungap-cungap untuk bernafas adalah pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa, kerana kanak-kanak lebih mudah mendapat serangan asma kerana saluran pernafasan mereka lebih sempit berbanding orang dewasa.
Semua serangan asma memerlukan perhatian dan rawatan perubatan segera. Begitupun, ibu bapa boleh belajar mengenali tanda-tanda amaran awal serangan, seperti:
Batuk. Adakalanya, batuk merupakan satu-satunya gejala serangan asma. Jika anak anda kerap batuk, terutama sekali pada waktu malam dan tanpa sebarang penyakit lain yang boleh menjadi punca, segeralah membuat pemeriksaan doktor. Jika batuk itu berterusan selama 2 minggu atau lebih tanpa sebab nyata, maka besar kemungkinan si anak sedang diserang asma.
Bernafas. Jika anak anda sukar bernafas, dengar dengan teliti kerana ini mungkin menandakan dia akan diserang asma. Dengarkan sebarang bunyi berdehit, bunyi nafas yang kuat dan cepat, dan perhatikan sama ada dia bernafas dengan hidung kembang, atau jika dia kerap berdehem. Kanak-kanak penghidap asma juga sering berdehit apabila bernafas secara normal.
Simptom lain. Periksa sama ada anak anda menunjukkan gejala fizikal lain seperti muntah, berpeluh dan kulit pucat yang boleh menandakan serangan asma. Dia juga mungkin akan mengadu rasa sesak atau tidak selesa di dada.
Pencetus asma
Walaupun asma seringkali diwarisi daripada ahli keluarga, namun kanak-kanak boleh juga mendapat asma daripada pendedahan faktor-faktor persekitaran yang dikenali sebagai asma alahan. Pencetus-pencetus yang boleh mengakibatkan serangan asma mungkin berbeza antara individu.
Bagi sesetengah kanak-kanak, asma menjadi lebih buruk apabila menyedut asap rokok, bau atau udara tercemar, wap cat dan semburan aerosol.
Bahan-bahan ini mudah merengsa bahagian atas dan bawah saluran pernafasan lalu menyebabkan kanak-kanak berdehit, batuk, dan hidung atau mata berair. Asma juga boleh dicetuskan oleh cuaca, pendedahan kepada udara sejuk atau udara terlalu panas.
Antara pencetus dalam rumah yang lazim boleh mencetuskan serangan asma termasuk:
Bulu haiwan peliharaan, bulu burung, kelemumur, air kencing atau air liur haiwan peliharaan.
Hama debu dalam rumah.
Kulat dan spora.
Tahi dan bangkai lipas.
Asap tembakau.
Minyak wangi, semburan rambut, losen wangi.
Bahan pencuci, racun serangga, wap cat.
Elakkan perengsa
Cara terbaik untuk membantu kanak-kanak penghidap asma adalah dengan mengelakkan pencetus asma mereka. Namun, kadang-kadang pencetus itu tidak boleh dielak dan hanya boleh diuruskan dengan pengambilan ubat.
Kanak-kanak yang bergejala ringan tidak berterusan, iaitu gejala waktu siang kurang daripada seminggu dan gejala waktu malam kurang daripada dua kali sebulan serta akan sihat pada waktu-waktu lain, tidak perlu mengambil ubat untuk jangka panjang.
Kanak-kanak ini hanya akan menggunakan ubat asma apabila diserang asma. Ini dikenali sebagai ubat penyelamat atau pelega (bronkodilator seperti agonis beta tindakan singkat (SABA) dan antikolinergik) kerana ia bertindak cepat untuk membuka saluran pernafasan bagi membenarkan pernafasan.
Kanak-kanak yang mengalami gejala asma waktu siang lebih dari sekali seminggu, gejala malam lebih dari dua kali sebulan dan mengalami serangan asma yang mengganggu tidur serta aktiviti lebih daripada sekali sebulan akan memerlukan rawatan jangka panjang, iaitu ubat pencegah dalam bentuk sedutan kortikosteroid.
Ubat ini perlu diambil setiap hari bagi mencegah keradangan dan serangan asma. Sekiranya masih tidak terkawal walaupun dengan mematuhi pengambilan ubat sedutan kortikosteroid, maka satu ubat pengawal akan ditambah dalam bentuk agonis B2 tindakan lama atau antileukotriene.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mengikuti terapi jangka panjang perlu kerap berjumpa doktor untuk menilai gejala dan kawalan asmanya serta untuk menyelaras dos ubat dari semasa ke semasa.
Ubat asma paling kerap adalah semburan alat penyedut yang ditekup pada mulut dan ditekan untuk melepaskan kabut ke dalam paru-paru apabila menarik nafas. Kanak-kanak tidak digalak menggunakan ubat sedutan teknik ini kerana ia memerlukan kordinasi.
Mereka perlukan alat corong dengan topeng mulut. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan untuk memudahkan kanak-kanak bernafas. Terapi penyedutan merupakan jenis ubat pilihan berbanding ubat makan, kerana ubat yang disedut boleh sampai terus ke paru-paru, dengan hanya sedikit atau tiada kesan sampingan.
Bukan mudah bagi seisi keluarga jika mempunyai anak yang menghidap asma. Namun demikian, dengan langkah berjaga-jaga dan pengurusan yang betul, anda sekeluarga boleh hidup dalam keadaan yang hampir normal.
Ramai kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya daripada asma atau kurang mengalami serangan yang teruk apabila lebih besar. Doktor percaya, saluran pernafasan kanak-kanak akan lebih luas apabila mereka lebih besar dan ini memudahkan udara keluar dan masuk lantas mengurangkan kekerapan mereka diserang asma.
Sementara itu, jangan pandang remeh tentang penyakit asma dan sentiasa pastikan ubat anak anda tidak jauh daripada anda. Asma yang tidak dikawal boleh menyebabkan serangan yang lebih teruk dan boleh membawa maut jika tidak segera diberi rawatan kecemasan yang betul.

Wajib bahasa Melayu...Na Cukup Setuju!!!
Kerajaan keluar pekeliling urusan rasmi penjawat awam mesti guna bahasa kebangsaan
DURIAN TUNGGAL: Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.
Beliau berkata, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.
“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.
Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.
Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish.
“Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing.
“Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan.
“China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain,” katanya.
Sempena majlis itu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) China, Profesor Wu Zongyu dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa sekali gus menerima hadiah wang tunai RM50,000, watikah penghormatan negara dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Exco kerajaan negeri mewakili Ketua Menteri, Datuk Gan Tian Loo dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Muhyiddin juga mengumumkan penyediaan dana kerajaan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM2 juta untuk menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.
Setiap penulis yang menghasilkan buku jenis berkenaan yang diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran sebanyak RM20,000 selain bayaran royalti yang biasa diterima. DBP akan menentukan karya yang layak diterbitkan berdasarkan manuskrip dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis berjaya.
Sementara itu, Rais berkata, menteri, timbalan menteri serta pemimpin pada peringkat negeri digalak bertutur dalam bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan di samping berusaha memberi pesanan ringkas mengenai kepentingan masyarakat mempertahankannya sebagai bahasa rasmi negara.

Wednesday, October 12, 2011
Cara Rasullah Menjaga Kesihatan Diri
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)
Oleh Ustaz Zawawi Yusof
p/s- dapat dari facebook....
Monday, October 10, 2011
Rahsia Kening
Ramai buat perubahan pada alis untuk tampil menawan
Wanita amat mengambil berat soal kecantikan dan penampilan diri terutama untuk menambah kejelitaan wajah kerana ia memberikan tarikan tersendiri terhadap mata yang memandang. Tidak mustahil mengapa ramai yang sanggup membelanjakan wang untuk mendandankan diri demi menambah aura wajahnya. Di samping penjagaan kulit wajah dan mengenakan solekan, ramai wanita menganggap mencukur atau membentuk kening adalah cara untuk tampil kemas, seksi dan menarik. Bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik. Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan sejak zaman berzaman hingga ke hari ini.
Wanita juga dilihat semakin berani untuk mencuba mencukur kening mereka hingga tinggal garisan halus ibarat kehilangan keningnya. Dengan cara itu, mereka lebih mudah melukis bentuk dan mewarnakan kening sama mengikut gaya solekan yang ingin dikenakan sebelum keluar rumah.
Malah, proses mencukur kening yang dilakukan sekadar untuk merubah keadaan fizikal sebenar terbahagi kepada beberapa jenis mengikut wajah untuk mendapatkan kesan rapi yang lebih anggun dan menawan.
Sebagai contoh, wanita yang berwajah petak perlu membentuk keningnya secara melengkung bagi menghilangkan pandangan pada rahang pipi sekali gus elakkan kening berpotongan membulat atau bersegi bagi melembutkan penampilan tulang rahang yang agak besar.
Selain itu, untuk mereka yang memiliki bentuk wajah panjang, kening yang dicukur adalah sebaiknya rata dan panjangkan pada ekor bagi impak keseimbangan pada bentuk wajah.
Berbeza pula dengan wanita berwajah bulat, mereka digalakkan tajamkan sedikit bahagian puncak kening untuk membuat bentuk wajah menjadi sedikit bujur dan bagi si gadis yang memiliki wajah berbentuk hati adalah lebih cantik jika kening itu lebih pendek untuk memberikan kesan penampilan dagu yang serata dengan muka.
Tidak hanya itu, evolusi melukis mahupun mencantas kening juga sentiasa merubah ikut aliran seperti kening tebal dan nipis. Apapun jenis atau bentuk kening yang dipamerkan, wanita seharusnya arif mengenai tujuan mereka menghias diri jangan sampai keterlaluan dan tidak saja melanggar ajaran agama, malahan dipandang pelik pada pandangan umum.
Dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan kini ramai dilihat wanita mencabut bulu kening dan bagaikan fenomena yang kononnya ingin mengikut aliran fesyen.
Sedar atau tidak sebenarnya mencabut bulu kening atau alis hukumnya haram kerana ia dianggap mengubah ciptaan Allah. Bagaimanapun, merapi kening masih boleh dilakukan atas alasan tertentu.
“Mencabut bulu kening hingga mengubah bentuk asal kejadian Allah adalah haram. Namun, jika seseorang itu terasa aib dengan keadaan keningnya yang berselerak atau bercantum, mereka hanya dibenarkan untuk mencukur sedikit bahagian yang tidak diingini untuk kelihatan rapi dan kemas.
“Allah suka pada yang cantik. Bagaimanapun di dalam Islam, untuk kelihatan cantik ada tata tertibnya. Mencabut semua bulu kening dan kemudian membentuknya semula adalah berdosa kerana dikira mengubah kejadian Allah,” jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menjelas lanjut, Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan menjelaskan, perkara itu adalah berdasarkan hadis diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu mengubah ciptaan Allah.
Jelasnya, hadis itu jelas membuktikan bahawa seseorang wanita atau lelaki yang mencabut bulu kening sempurna atau sebaliknya membuat atau melukis bulu kening yang baru selepas itu supaya menepati cita rasa sendiri untuk kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan haram di sisi Islam.
Di samping itu, tokoh agama itu turut berpendapat melukis kening sementara seperti tatu yang banyak diamalkan adalah satu lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebelum keputusan untuk melakar kening diambil oleh wanita.
“Melukis kening tidak membawa kepada kesalahan jika bahan yang digunakan tidak menyekat air dari terkena kulit. Andai kata tatu yang disapu pada alis kening adalah bersifat gel, maka ia perlu di elak jauh dari terkena kulit sebegitu juga dengan peralatan atau bahan yang mengandungi najis.
“Begitu juga dengan meletakkan minyak pada bulu kening supaya lebat dan hitam bagi individu yang mempunyai bulu kening yang jarang dan tipis, ia tidak haram dilakukan. Bagaimanapun, seseorang isteri perlu mendapatkan izin suami terlebih dulu untuk berbuat demikian.
“Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah. Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah kerana itu sikap diwarisi daripada syaitan.” jelasnya sebelum menamatkan perbualan.
Bagaimanapun, walaupun menyedari tentang hukum dan kesalahan yang melanggar syariah Islam masih ramai wanita yang melihat merapi kening sebagai perkara penting untuk menambah seri bahkan menjadikannya sebagai rutin amalan walaupun tidak mempunyai masalah yang mengaibkan penampilan mereka.
INFO
SEHINGGA kini, ramai enggan mencukur atau membuang kening. Sama ada mereka bertindak sedemikian kerana mematuhi hukum syarak mahupun memang minatnya adalah lebih kepada bentuk kening yang lebih tebal menghiasi wajah dan penampilan harian mereka.
Namun tidak semuanya yang bernasib baik dan memiliki bentuk kening yang tersusun rapi dan tebal. Penampilan wajah yang sudah disolek mungkin nampak kurang menyerlah kerana bentuk kening yang tidak seberapa jelas. Justeru, untuk menyelamatkan keadaan itu, anda boleh cuba melakukan beberapa teknik melakar kening menggunakan warna yang betul tanpa perlu mencukur.
Solekan melakar bentuk kening
MULAKAN dengan menyapu krim asas untuk mendapatkan sapuan solekan yang lebih sekata dan tahan lama.
SAPU dan ratakan bedak asas ke seluruh kulit. Seeloknya gunakan span kemudian diikuti dengan bedak.
GUNAKAN pembayang mata warna asas seperti coklat gelap untuk disapukan ke kening mengikut bentuk dengan menggunakan berus kening. Lakarkan perlahan-lahan agar nampak sekata. Jangan sesekali lukis kening dengan warna hitam kerana ia akan menimbulkan tekstur yang tidak asli.
BAGI memberikan kesan yang lebih cantik dan asli, sebarkan warna menggunakan berus bersesuaian dengan teliti.
SELESAI mewarnakan kelopak mata, jangan lupa untuk turut mengenakan maskara bulu mata atau menambahkan bulu mata palsu sebagai penyeri. Kening yang dilukis tadi pasti membuatkan anda tampak lain dan lengkap untuk menjalankan aktiviti.
Rahsia Di Sebalik Bulu Kening (bagi na, jangan percaya)
Bulu kening bertemu di tengah (bersambung)
Gemar mengambil tahu hal remeh.
Emosional.
Kuat berfikir dan cemburu
Perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
Gemar membantah
Bulu kening tidak teratur dan liar
Cepat terburu-buru
Kurang berhemah
Sering terbabit dalam pertengkaran kerana kerap campur tangan dalam urusan orang lain.
Bulu kening lurus
Gagah
Suka berdebat
Bulu kening melengkung
Antara individu yang suka menghiburkan orang lain.
Bulu kening tipis
Tahap keyakinan diri yang rendah
Ragu-ragu dengan kebolehan sendiri
Bulu kening tebal
Orang yang gemarkan aktiviti lasak dan mengembara
Sukar untuk setia pada pasangannya
Banyak berceloteh

Sunday, October 9, 2011
B17 Aprikot Bantu Terapi Kanser
Jika disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status. Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia d imana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.
Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.
Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.
Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.
Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan. Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.
Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.
Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Sayed Zainal Husin, mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi yang dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menurutnya, dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.
Prof Madya Dr syed Zainal, merupakan penaung produk Apricon Farmas Health.
Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui oleh saintis-sainstis di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.
Pandangan pakar & saintis mengenai Vitamin b17
Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia
“Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser”
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman.
“Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali”
Namun katanya, biji aprikot mentah yang diambil dan dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dari luar negara ke Malaysia. Ia boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan negatif terhadap tubuh bahan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk Aprikot Vitamin B17 di mana biji aprikot tersebut diproses terlebih dahulu dengan penyelidikan klinikal dan teknologi farmaseutikal yang tinggi supaya bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.
Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health yang merupakan produk pertama di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.
Produk ini mengandungi 100 peratus kapsul biji aprikot dimana biji aprikot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi dimana pemprosesannya dijamin bersih dan selamat serta bebas dari sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 yang tinggi.
Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia,Dr Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain.
Syarikat TK Farmas Solution & Industries merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan terdiri dari kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang perubatan, menghasilkan produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.
Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberi kesan memuaskan. Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu merawat penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.
Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang. Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.
Sumber
Baru2 ni, na ada terjumpa seseorang yang menjual biji Aprikot...

Friday, October 7, 2011
Suhu Panas Rosakkan Ubat
Apabila pulang dari klinik atau farmasi, pasti pada bungkusan ubat yang dibeli itu tertera aturan penyimpanan iaitu perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Peringatan tersebut mempunyai sebab. Ini kerana ubat-ubatan mudah rosak jika dibiar terdedah kepada suhu yang terlalu panas. Dalam satu kajian oleh sekumpulan pakar dari Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan, Universiti Butler, Indiana, Amerika Syarikat, mendapati suhu udara melebihi 30 darjah Celcius boleh merosakkan bahan aktif di dalam ubat.
Ahli farmasi yang turut serta dalam kajian ini, Dr. Amy Peak, memberitahu, beberapa ubat-ubatan yang tidak tahan pada udara panas ialah insulin, hormon tiroid, ubat berkaitan dengan aerosol dan inhaler. Walaupun ada pengeluar ubat yang mendakwa produk mereka boleh bertahan dalam suhu lebih 30 darjah Celcius, tetapi seeloknya ia disimpan di dalam kotak yang jauh daripada suhu panas. Apabila anda membawa ubat-ubatan ketika bercuti atau mengembara, simpanlah ubat di dalam kabin, bukannya di ruang penyimpanan kargo. Jangan sekali-kali meninggalkan ubat di dalam kereta yang diparkir di kawasan lapang kerana kepanasan dalam kereta boleh mencecah sehingga 71 darjah Celcius.
EKSTRA: Lelaki dan perempuan menggunakan kaedah berbeza untuk menangani tekanan dan mengekspresi emosi. Lelaki pada umumnya sering berdepan gangguan perilaku, penyalahgunaan atau antisosial sedangkan wanita pula lebih kerap mendapat sindrom cemas atau berdepan kemurungan apabila tertekan.

Kerap Hamil Jejas Tulang
Wanita disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun. |
Memiliki zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga. Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.
“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.
“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.
Sumber
Jobs Ikon Teknologi Era Baru
RANGKAIAN kedai Apple Inc. di seluruh dunia dipenuhi foto dan jambangan bunga daripada orang ramai sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Jobs |
JOBS (kiri) dan Wozniak (kanan) sewaktu memperkenalkan salah satu produk ciptaan mereka pada tahun 1984 |
JOBS (kanan) bersama Stephen Wozniak membuka syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976. |
“Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” |
Impian menjadi sami
Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun dia tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya, sebaliknya dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS. Ia sebuah kawasan yang dikelilingi ladang aprikot.
Pencinta seluar jean jenama Levi’s itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di California, AS dan bersekolah di Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Kemudian, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon. Namun, tempoh pengajiannya di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester sahaja kerana Jobs mengambil keputusan mengembara ke India bagi mendalami ilmu agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke. Pada waktu itu, usia Jobs baru saja mencecah 19 tahun. Dalam memastikan proses kerohanian itu berjalan dengan sempurna, Jobs sanggup mengikuti amalan ritual keagamaan tersebut seperti mempraktikkan diet ketat dengan berpuasa dan menikmati makan buah saja. “Secara tidak langsung, minat mendalam terhadap agama ini telah mendorong saya untuk menjadi sami di biara Jepun berbanding melibatkan diri dalam dunia komputer. “Tetapi, guru saya, Kobun Chino telah menyedarkan saya bahawa anutan ini masih boleh diteruskan walaupun pada masa yang sama saya mengusahakan bisnes komputer,” jelas Jobs yang kembali ke Silicon Valley pada tahun 1974 dengan membawa agama Buddha.
Penglibatan dunia komputer
Menyusuri penglibatan Jobs dalam dunia komputer dan gajet, segala-galanya berpunca selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik.
Persahabatan yang terjalin itu telah membawa Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa panjang. Hasil perbincangan yang dilakukan maka mereka berdua sepakat melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976. “Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” jelas Jobs yang memperoleh modal perniagaan sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada menjual microbus iaitu salah satu komponen komputer, manakala Woz menjual kalkulator.
Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666 (RM2,026). Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980. Namun, jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama.
Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT pada tahun 1986. “Firma NeXT lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer. Kami turut memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW),” ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad. Sebahagian besar pakar IT dan penganalisis ekonomi di serata negara menyifatkan jenama Apple Inc., terus kukuh sehingga kini meskipun hampir bankrap pada tahun 1990, disebabkan kebijaksanaan dan etika kerja yang dipamerkan Jobs. Perkara itu diakui oleh pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., Azli Paat, yang menyatakan bapa kepada empat cahaya mata itu seorang yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan tinggi. Jelas Azli, Jobs bijak mencipta telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad, yang ideal dengan perkembangan teknologi serta trend semasa.
Fenomena iPhone
Buktinya, kemunculan telefon pintar iPhone pada empat tahun lalu telah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, permintaan dan pembelian terhadap telefon itu amat menggalakkan sehingga mengatasi jualan produk telefon lain.
“Walaupun bukan mudah untuk mencipta telefon pintar ini tetapi, Apple sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Prinsip utama sebelum mencipta produk saya elak bertanyakan kehendak pengguna sebaliknya, lebih cenderung menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk masa depan,” terang Jobs dalam satu temu bual.
Populariti penjualan iPhone dan iPad sekali gus menyenaraikan Apple Inc., sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion). Malah, penganalisis Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu setiap tahun penjualan iPhone khususnya memperlihatkan peningkatan yang drastik. Biarpun telah meletakkan jawatan CEO Apple, pada bulan Ogos lalu tetapi, Jobs masih kekal sebagai pengerusi di syarikat berkenaan. Ini disebabkan khidmat nasihat dan idea kreatif Jobs tetap diperlukan bagi memastikan keluaran produk terbaharu Apple, berkualiti dan terbaik. Namun, kelmarin bukan sahaja Apple malah, seluruh dunia merasai kehilangan seorang genius yang juga dianggap ikon teknologi era baru.
Sumber
Tuesday, October 4, 2011
Video Untuk Kaum Na- Hijjab
Jika kita sudah memakai tudung, kenalah fikir untuk menyempurnakan penutupan aurat kita pula......:)
Monday, October 3, 2011
Ambil Antibiotik, Elak Berjangkit- Pneumonia
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Pencegahan
LEE (bukan nama sebenar) mengalami batuk-batuk. Seperti orang lain, pada mulanya dia hanya membiarkan saja. Selepas lima hari batuk lelaki berusia 30-an ini masih tidak pulih, malah bertambah teruk, dia mula mengambil ubat batuk yang dibeli di farmasi.
Tabiat merokok yang menjadi amalannya sedari zaman remaja tetap diteruskan. Walaupun orang di kelilingnya menyarankan agar dia berhenti, namun dalam hatinya berkata, "arghhh, mana mungkin peneman setia yang satu ini ditinggalkan."
Hampir dua minggu mengalami batuk berkahak dan ubat yang dibeli tidak menunjukkan kesan, Lee terus berjumpa dengan doktor di klinik biasa.
Doktor memberinya ubat berserta antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa lima hari. Mungkin dengan pemakanan ubat yang betul, batuk yang dialaminya berkurangan selepas dua hari.
Yakin dengan kesihatan diri, Lee tidak menghabiskan antibiotik seperti yang dipreskripsi oleh doktor. Pada fikirannya, dia sudah sembuh. Lagi pun dia tidak rasa penyakitnya serius, sekadar batuk biasa saja.
Beberapa hari selepas itu, penyakit batuk-batuknya datang kembali. Bukan setakat batuk, kadangkala dia juga merasa seperti sesak nafas dan sakit di bahagian dada. Dia juga seperti rasa mahu demam.
Risau dengan keadaan yang dialami, Lee mendapatkan pandangan doktor pakar. Alangkah terperanjat apabila doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan paru-paru yang serius. Disebabkan jangkitan yang dialami tidak dirawat dengan baik, bahagian paru-parunya juga mengumpul cecair menyebabkan ia bengkak dan menjadi radang.
Sebenarnya masalah yang dialami oleh Lee merupakan perkara biasa yang berlaku. Ramai yang tidak jelas mengenai pneumonia dan menganggap ia menyerang kanak-kanak dan warga emas sahaja. Hakikatnya, mereka yang masih muda turut berisiko.
Pensyarah dan Pakar Perubatan Respiratori, Prof Madya (K) Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin dari Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, jangkitan paru-paru atau istilah yang lebih tepat lagi pneumonia berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman yang berpunca daripada bakteria, virus, fungus atau parasit pada bahagian paru-paru.
"Bakteria adalah punca yang paling biasa seseorang diserang pneumonia. Antara bakteria yang dikenal pasti sering mengundang masalah ini adalah streptococcus pneumoniae, klebsiella pneumoniae dan haemophilus pneumoniae. Satu lagi bakteria atypical yang menyerang bayi, kanak-kanak dan warga emas pula dinamakan mycoplasme pneumoniae," kata beliau.
Jelas beliau, pneumonia di kalangan kanak-kanak dan warga emas yang disebabkan jangkitan bakteria memerlukan rawatan antibiotik sekitar lima hingga 10 hari. Jika sistem imunisasi badan mereka kuat, hampir 70 peratus daripada kes tidak memerlukan rawatan di hospital. Begitu juga dengan orang dewasa.
Selain bakteria, virus turut dikenalpasti sebagai punca pneumonia seperti influenza, parainfluenza dan pelbagai lagi. Menurut beliau, biasanya pneumonia yang disebabkan virus mengambil masa tidak lama iaitu sekitar tiga hingga empat hari dan andai berpanjangan, ia pasti berpunca daripada bakteria.
Risiko
Pneumonia sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak kira usia. Walaupun ia lebih biasa menyerang bayi, kanak-kanak dan warga emas, namun golongan muda juga tidak terlepas daripada dijangkiti masalah ini terutama mereka yang mengalami masalah paru-paru kronik (COPD), asma penghidap penyakit kronik lain seperti kanser, leukimia dan sebagainya.
Menurut Prof Madya Dr. Nor Adina, 30 peratus daripada pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah yang berlaku serius.
"Sebenarnya, pneumonia boleh mengancam nyawa andai tidak dirawat dari peringkat awal dan peratus kematian dianggarkan sehingga 12 peratus," katanya.
Tambah beliau, tabiat merokok memburukkan keadaan pneumonia seseorang. Perokok katanya, lebih terdedah kepada COPD menyebabkan paru-paru mereka menjadi lemah.
Jelas beliau, lain individu lain simptom yang dialami oleh mereka. Ada yang mengalami batuk berkahak kuning atau hijau, ada yang batuk sehingga berdarah, sakit di bahagian dada, sesak nafas, demam dan berpeluh ketika malam.
Biasanya serangan pneumonia didiagnos melalui beberapa cara. Bagi pesakit yang mengalami simptom, doktor akan melakukan pemeriksaan sinar-X bagi mengesan sebarang keganjilan pada paru-paru. Selain itu, ujian kahak juga boleh dilakukan. Namun, ujian ini jarang dijalankan dan menurut Dr. Nor Adina, hanya 50 peratus daripada ujian mampu memberi keputusan yang tepat.
"Biasanya doktor akan memberi rawatan berdasarkan kepada simptom dan juga sejarah pesakit," katanya.
Namun seandainya ia tidak berkesan, pemeriksaan selanjutnya menggunakan CT scanner akan dijalankan.
Pneumonia dan tibi
Ramai yang keliru antara jangkitan paru-paru atau pneumonia dengan tibi.
"Tibi sebenarnya merupakan sebahagian daripada jenis-jenis jangkitan pneumonia. Biasanya pneumonia yang berpanjangan kita klasifikasi sebagai tibi melihat kepada simptom dan sejarahnya," kata beliau.
Rawatan tibi katanya mengambil masa yang panjang iaitu melebihi enam bulan. Ia berbeza dengan pneumonia dari segi jenis ubat yang diberi. Biasanya ia merangkumi lima jenis antibiotik yang perlu diambil sepanjang tempoh itu.
Rawatan tibi kata beliau kadangkala memberi kesan sampingan kepada pesakit seperti muntah, sakit perut, kuning.
Pencegahan
Prof Madya Dr. Nor Adina berkata, setiap individu perlu menjaga kesihatan mereka dengan teliti. Amalan kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum melakukan sebarang aktiviti adalah asas kepada kesihatan menyeluruh.
"Selain itu bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan disahkan pneumonia, sila pakai topeng bagi menghalang jangkitan kepada orang lain walaupun ketika itu bukanlah musim wabak tersebut berlaku," katanya.
Jelas beliau, kesilapan kebanyakan masyarakat adalah hanya mengambil langkah berjaga-jaga ketika penyakit tersebut heboh diperkatakan. Sebaliknya, penyakit berjangkit seperti itu tidak mengenal musim atau masa.
Pesakit perlu mengambil ubat seperti yang disarankan doktor dan bukan berhenti selepas merasa batuk semakin pulih.
Vaksin pneumokokal boleh diambil sebagai langkah pencegahan daripada penularan penyakit ini.
Kronik
Penyakit pneumonia yang tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan kuman pneumonia agresif dan mengundang keadaan seperti pengumpulan air di dalam atau luar bahagian paru-paru.
"Sebenarnya paru-paru kita memang menghasilkan cecair sebanyak 5cc setiap hari sebagai pelincir semula jadi organ itu. Namun bila ia dijangkiti pneumonia, penghasilan cecair menjadi lebih banyak daripada biasa dan menyebabkan ia terkumpul di bahagian tersebut," katanya.
Bila keadaan ini berlaku, doktor akan memasukkan tiub bagi mengeluarkan cecair dari paru-paru. Seandainya ia tidak berkesan, maka langkah selanjutnya iaitu pembedahan perlu dilaksanakan.
Menurutnya, doktor akan memeriksa keadaan paru-paru itu sendiri sama ada terdapat kelainan seperti radang (bengkak). Jika ada, bahagian yang terjejas akan dibuang melalui pembedahan.
Menurut Prof Madya Dr. Nor Adina, paru-paru masih boleh berfungsi sepenuhnya walaupun ia dibuang sehingga 60 peratus.Namun individu tersebut mungkin sukar melakukan aktiviti lasak lain kerana merasa sukar bernafas.
"Bagi mereka yang bekerja biasa yang memerlukan hanya duduk di dalam pejabat, mungkin tidak rasa kesannya," kata beliau.
Kayap Melibatkan Urat Saraf
Oleh ZUHAYATI YAZID
Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.
Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama dua atau tiga hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan.
Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.
Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom penyakit kayap.
Menurut Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris, jika terdapat simptom tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera.
"Serangan kayap ini sangat sakit kerana ia melibatkan urat saraf selain membahayakan kesihatan,'' ujarnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
Katanya lagi, keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti mata.
Ular dalam tubuh
"Sebab itu, bagi pesakit yang terkena kayap di bahagian mata, kita akan rujuk kepada pakar mata untuk memastikan tidak ada perkara-perkara serius yang berlaku kepada pesakit tersebut. Kayap boleh membuatkan seseorang itu buta jika tidak dirawat," katanya.
Menurut Dr. Mohd. Noh, serangan kayap biasanya dikesan melalui kesan tompokan kemerah-merahan pada kulit dan menggelembung serta berisi air.
Bagaimanapun terdapat juga yang mengandungi nanah serta menyebabkan kulit menjadi hitam-kehitaman serta menjalar berselerak ke bahagian badan yang tertentu.
Menurutnya, pesakit yang mendapat kayap akan mengadu sakit yang mencucuk-cucuk atau kebas di atas lingkaran tersebut.
Malah pesakit juga boleh merasai mereka seperti diserang sakit jantung jika lingkaran itu merebak. Beliau memberitahu, gelembung-gelembung berair juga akan timbul di atas lingkaran tadi.
Dalam tempoh seminggu gelembung itu akan pecah dan kering lalu mengeruping.
Terang beliau lagi, kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.
"Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah.
"Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus,'' ujarnya .
Katanya lagi, serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.
Malah kajian membuktikan sebanyak 55 peratus kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, manakala 20 peratus di bahagian muka serta 15 peratus berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala lima peratus berlaku di bahagian sulit dan punggung.
Ditanya mengenai rawatan, beliau memberitahu, pesakit yang datang bertemu akan diberikan ubat mematikan kuman serta ubat tahan sakit.
"Biasanya ubat anti virus perlu dimakan selama tujuh hari bagi memastikan kuman tersebut betul-betul hilang ,'ujarnya yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perubatan kulit.
Tegasnya lagi, sekiranya pesakit dalam keadaan yang kritikal ia akan diberikan suntikan, bagaimanapun, yang penting ialah diagnosis penyakit harus dipastikan terlebih dahulu.
Rawatan segera sangat diperlukan bagi mengurangkan kesan buruk kayap khususnya yang terkena pada mata dan mengurangkan kesan sakit.
Ditanya mengenai kepercayaan bahawa penyakit ini disebabkan oleh ular dalam tubuh pesakit, beliau menjelaskan adalah tidak benar, begitu juga kepercayaan kononnya bila lingkaran bertaut pesakit akan mati.
"Semua itu adalah karut, hakikatnya keadaan itu berlaku kerana ia berpunca daripada urat saraf yang terdapat di badan pesakit tersebut," katanya
Comel atau jelik?
Oleh Saadiah Ismail
Pembedahan pintasan gastrik bantu turunkan berat badan

Bertubuh gemuk atau obesiti bukan perkara menggembirakan kerana banyak implikasi bersarang dalam minda empunya diri tidak saja penampilan kurang menarik, malah selalu rasa rendah diri, malu, selain terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan seperti sukar bergerak dan berpenyakit. Semua insan mengidamkan susuk tubuh langsing dan sempurna, namun tidak semua pula yang mampu memiliki ukuran seperti seorang model. Sama ada faktor genetik, penyakit, gagal mengawal diet, masalah obesiti boleh menghantui diri. Jika kanak-kanak obes, ia masih boleh diterima lagi kerana nampak comel, namun apabila kegemukan itu kekal sampai ke usia dewasa ia nampak jelek, apatah lagi untuk bergaya dengan fesyen menarik.
Dengan pengumpulan lemak menimbun di bahagian tertentu pada tubuh boleh memberi gangguan dan mencederakan organ dalaman serta mengakibatkan kematian. Malah telinga juga kena tebal apabila menerima ejekan dan kutukan yang mempersendakan saiz tubuh badan yang luar biasa serta penampilan dipertikaikan setiap masa.
Dalam hal ini mental dan fizikal perlu mantap. Obesiti turut mengehadkan kegiatan aktiviti sosial. Paling melemaskan fikiran, banyak gejala akibat obesiti termasuk jangka hayatnya pendek. Itulah hakikat perlu dihadapi apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.
Sesetengah orang yang tidak sabar dengan cemuhan pastinya melakukan pelbagai cara untuk menurunkan berat badan seperti mengambil pil pelangsingan. Bukan satu atau dua produk dicuba, lebih kerap mengunjungi pusat gym dan diet, namun hasilnya gagal temui untuk mendapatkan susuk tubuh diidamkan.
Namun, zaman ini, ada rawatan alternatif boleh diaplikasikan yang mampu mengurangkan masalah obesiti, antaranya pembedahan pintasan gastrik, selain mengekang risiko penyakit berbahaya.
Objektif utama pembedahan ini dilakukan bukan saja bertujuan untuk cantik semata-mata, tetapi lebih kepada kesihatan tubuh badan.
Perunding Kanan Pembedahan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Chin Kin Fah, berkata obesiti adalah masalah kritikal dan peningkatannya semakin yang ketara di negara ini ia terbukti apabila statistik 2008 menunjukkan, empat daripada 10 mereka yang berusia 18 tahun ke atas berhadapan dengan masalah itu.
“Dengan timbunan lemak pada perut sebenarnya lebih berbahaya berbanding lemak yang bertimbun di punggung dan peha. Ia lebih mudah berlaku kepada lelaki berbanding wanita kerana faktor biologi. Secara umumnya, taburan lemak dalam tubuh badan manusia terbahagi kepada dua iaitu Android (apple shape) dan Gynoid (pear shape).
"Lemak yang menyebabkan masalah buncit pula sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit atau yang biasa disebut lemak subkutaneous (subcutaneous fat). Kedua, lemak yang tersimpan di rongga perut mengelilingi organ dalam perut disebut lemak visceral (visceral fat).
"Hasil kajian turut menunjukkan lemak visceral atau lemak yang disimpan dalam rongga perut dianggap lebih berbahaya kerana berkait rapat dengan masalah metabolisma seperti resistensi insulin, penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung," katanya.
Banyak kajian yang dijalankan menjelaskan pemilik lemak berlebihan di perut ternyata berisiko dua kali ganda mati pada usia muda. Penelitian yang membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Kesihatan New England mendapati, lebihan lemak di bahagian perut bakal mengganggu kesihatan individu.
Pengambilan makanan secara berlebihan, suka makan makanan segera, tidak bersenam, kurang aktiviti fizikal dan masalah hormon menjadikan mereka semakin gemuk dengan lemak paling ketara berkumpul di perut.
Dr Chin berkata, langkah pertama bagi mengurangkan berat badan ialah melalui pemakanan dan senaman. Ini adalah cara yang terbaik, selamat dan kurang kesan sampingannya.
Namun, kaedah ini tidak berhasil kepada sesetengah individu yang morbid obes kerana kesannya terlalu perlahan.
“Justeru, teknologi pembedahan bariatrik boleh menjadi antara satu alternatif bagi mengatasi masalah obesiti . Prosedur pembedahan bariatrik yang biasanya dilakukan terdiri daripada Gastric Bypass Surgery, Sleeve Gastrectomy dan Gastric Banding (Lap Band),” katanya.
Mereka yang menjalani pembedahan ini mampu mengurangkan jangka hayat hidup dan menghidap penyakit barah payudara, barah rahim, diabetes, penyakit jantung, sesak nafas, masalah ortopedik, pergerakan yang terhad dan masalah emosi.
"Selain itu, mereka yang menjalani pembedahan ini juga akan menghadapi kesan seperti muntah akibat makan terlalu banyak. Pesakit juga dinasihatkan supaya minum 30 minit sebelum dan selepas makan. Selain itu, kurang selera makan dan perubahan deria rasa. Selepas pembedahan, pesakit disarankan supaya mengambil pil multivitamin setiap hari sepanjang hayat. Kebanyakan pesakit merasa cepat kenyang dan tidak merasa lapar kerana kapasiti perut sudah menjadi kecil daripada sebelumnya.
"Rambut gugur pula disebabkan kekurangan pengambilan protein, lebihan kulit dan malnutrisi yang disebabkan pengambilan yang tidak mencukupi atau masalah penyerapan di usus akibat pembedahan," katanya.
Dr Chin berkata, tempoh masa pembedahan adalah bergantung kepada tahap Indeks Jisim Tubuh (BMI) seseorang dan lazimnya pembedahan pintasan gastrik mengambil masa empat jam manakala laparoscopic sleeve gastrectomy, selama dua jam.
Dengan menggunakan kaedah ini, pakar bedah hanya menebuk beberapa lubang kecil di perut untuk melakukan pembedahan. Kaedah ini mengurangkan rasa sakit dan komplikasi luka yang terdedah dan ia lebih cepat sembuh.
Pada kebiasaannya pesakit dapat pulang ke rumah dan kembali melakukan rutin harian selepas tujuh hari pembedahan dilakukan. Parut akibat pembedahan juga sangat kecil sehingga orang lain tidak menyedari yang pesakit pernah melakukan pembedahan.
Di PPUM, pesakit obesiti akan dirujuk kepada Pegawai Dietetik bagi mendapatkan kaunseling pemakanan dan perlu mengubah gaya hidup supaya dapat menurunkan berat badan berlebihan.
Beliau berkata, kos pembedahan pintasan gastrik ini berharga antara RM20,000 hingga RM25,000 manakala bagi laparoscpic sleeve gastrectomy ialah bergantung kepada BMI pesakit.
INFO: Pembedahan pintasan gastrik
Pintasan gastrik jenis pembedahan dilakukan untuk mengurangkan berat badan bagi individu berhadapan masalah itu yang gagal turun berat badan biarpun sudah melalui pelbagai jenis rawatan lain sebelum ini. Purata kehilangan berat badan yang lebih boleh dicapai individu melalui pembedahan teknik ini ialah sebanyak kira-kira 70 peratus. Justeru bagi individu obes yang tidak mampu bersenam, ini mungkin pilihan terbaik. Bagaimanapun, disebabkan ia berisiko tinggi, tidak semua orang obes boleh melaluinya. Sebelum melakukan pintasan gastrik, individu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dulu.
Selepas melalui operasi pembedahan, individu perlu mengubah cara pemakanan. Antaranya makan secara perlahan-lahan selain kunyah lumat sebelum ditelan. Makan dalam keadaan tergesa-gesa atau malas mengunyah, perlu dielakkan. Jangan biasakan lagi tabiat makan banyak sekiranya anda jenis begitu sebelum melalui pembedahan. Sebaliknya ambil makanan dalam bentuk cecair dan agak cair seperti bubur, secara berperingkat mengikut arahan doktor.
Jangan minum sambil makan kerana ia akan menolak makanan masuk terus ke dalam perut dan menyebabkan banyak makanan boleh diambil. Jika mahu, minum sebelum makan atau tunggu sejam selepas makan baru meneguk minuman.
Siapa yang perlu lalui pembedahan ini:
Individu yang menghadapi obesiti. Morbid obes iaitu BMI 37 bagi yang tidak menghidap penyakit dan BMI 32 jika ada penyakit
Obesiti teruk hingga mengakibatkan mudah mengidap penyakit lain seperti sesak nafas, susah bergerak atau dikhuatiri mengidap penyakit lain lebih serius sama ada daripada fizikal atau sosial.
Serius terhadap keputusan diambil dan mempunyai semangat tinggi untuk menurunkan berat badan.
Memahami dengan jelas risiko akibat pembedahan dilalui.
Mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu menjadi pilihan terakhir selepas ikhtiar lain termasuk bersenam, dan pengambilan ubat kurus sebelum itu, gagal dilakukan.
Kebaikan pembedahan:
Keperluan insulin turun mendadak
Mengurangkan masalah refluks
Tekanan darah berkurangan
Kurang keperluan terhadap hormon tiroid
Sakit sendi berkurangan
Masalah kencing bocor bertambah baik
Subscribe to:
Posts (Atom)