Thursday, June 23, 2011

Tidur mengiring ke kiri elak keguguran

WANITA hamil yang tidur mengiring di sebelah kiri pada hari-hari terakhir sebelum proses bersalin dapat mengurangkan risiko kematian bayi.

Kajian yang dijalankan di Universiti Auckland, New Zealand menjelaskan bahawa wanita yang tidur mengiring pada sebelah kanan pula berisiko dua kali ganda untuk mengalami masalah tersebut.

“Wanita mengandung yang tidur dalam keadaan terlentang mahupun mengiring ke kanan dalam tempoh yang lama mengakibatkan pengaliran darah kepada bayi terbatas.

“Namun, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa risiko kematian bayi adalah berkait rapat dengan rutin tidur yang lebih lama daripada biasa dan juga kekerapan tidur pada waktu siang,” kata Tomasina Stacey dari Jabatan Obstetrik dan Ginaekologi.

Pengkaji menjelaskan bahawa wanita mengandung tidak perlu risau kerana kadar risikonya amat kecil iaitu 3.39 daripada 1,000 kelahiran bagi mereka yang tidur mengiring dan 1.96 bagi yang tidur mengiring ke kiri.

Stacey bagaimanapun menjelaskan kajian yang disiarkan dalam British Medical Journal (BMJ) itu merupakan sebuah hipotesis baharu dan perlu dikaji secara lebih mendalam lagi.

Sumber

No comments:

Post a Comment