Thursday, May 19, 2011

Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun



Gambar yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.

PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.

Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.

Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.

"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.

Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis. Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP

Sumber

6 wanita Osama




























3 balu, 3 janda

Lulusan PHD, berketurunan mulia, gadis hantaran antara suri Osama bin Laden

PEPATAH manusia mati meninggalkan nama cukup tepat menggambarkan apa yang berlaku kepada pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, yang dilaporkan maut dalam serangan tentera Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu di Pakistan.

Statusnya sebagai musuh nombor satu Amerika dan didakwa Washington sebagai perancang utama serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 sudah cukup menjulang namanya dalam sejarah untuk tempoh cukup lama. Namun masih ada sesuatu lain yang ditinggalkan Osama dan pastinya turut melakar sejarah tersendiri dan menarik untuk diikuti - enam wanita yang pernah menjadi suri hatinya biarpun hanya tiga kekal menemaninya ke saat akhir. Lebih menarik lagi, perkahwinannya itu turut dikurniakan lebih 20 cahaya mata biarpun angka sebenarnya tidak diketahui.

Pemimpin kelahiran Arab Saudi berusia 54 tahun itu meninggalkan zaman bujangnya pada usia semuda 17 tahun apabila mengahwini Najwa Ghanem, sepupunya pada tahun 1974. Perkahwinan yang diatur keluarga itu akhirnya menemui noktah pada 2001, sebelum serangan 11 September dilancarkan.

Namun perkahwinan 27 tahun itu diserikan kehadiran 11 anak termasuk Abdullah, yang kini menerajui firma pengiklanan di Jeddah, Arab Saudi; Saad, yang mungkin maut dalam serangan Amerika di Pakistan pada 2009; Omar, seorang ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi mengahwini wanita Britain, Jane Felix-Browne pada 2007 dan Mohammed, dipercayai anak kesayangan Osama, yang mengahwini anak perempuan orang kanan al-Qaeda, Mohammed Atef. Mohammed terbunuh dalam serangan Amerika pada 2001.

Najwa kemudian bermadu dengan Khadijah Sharif yang sembilan tahun lebih tua daripadanya pada tahun 1983 dan mereka memiliki tiga anak. Khadijah berpendidikan tinggi dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad. Mereka kemudian bercerai ketika menetap di Sudan pada 1990-an dan Khadijah dilaporkan kembali ke Arab Saudi. Menurut pengawal peribadi Osama, Khadijah yang memohon untuk bercerai kerana tidak sanggup lagi hidup susah dengan pemimpin al-Qaeda itu.

Isteri ketiga Osama pula bukan calang-calang sebaliknya diatur sendiri oleh Najwa. Khairiah Sabar yang mengahwini Osama pada 1985, juga wanita berpendidikan tinggi dengan kelulusan peringkat doktor falsafah dalam undang-undang Islam. Namun, tidak diketahui sama ada wanita itu selamat dalam serangan pada 2001 ke atas kem al-Qaeda di Afghanistan. Anak lelaki pasangan itu, Hamza pula dilingkari pelbagai laporan yang ada mendakwanya mati dibunuh dalam operasi ketenteraan Amerika minggu lalu, manakala satu lagi laporan media mendakwa dia berjaya memboloskan diri. Hamza ditampilkan dalam video al-Qaeda sebagai remaja dan dilatih untuk memimpin pertubuhan yang diasaskan oleh bapanya. Dia juga pernah disebut dalam autobiografi bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, yang diterbitkan selepas kematiannya, sebagai merancang pembunuhan wanita itu.

Kuota memiliki isteri dalam Islam cukup buat Osama apabila dia mengahwini Siham Sabar sebagai isteri keempat pada tahun 1987 dan memilik empat anak termasuk Khalid yang pada awalnya disangka Hamza. Siham juga dikatakan berketurunan Nabi Muhammad. Siham kekal di Afghanistan dengan Osama selepas serangan 11 September dan tidak diketahui sama ada dia atau anaknya selamat dengan kempen ketenteraan Amerika pada 2001 di negara itu.

Tidak lama selepas Khadijah meninggalkan Osama pada tahun 1990-an dan kembali ke Arab Saudi, Osama memenuhkan semula kuota empat isteri dengan mengahwini seorang wanita lain di Khartoum, Sudan. Namun tidak banyak diketahui mengenai perkahwinan kelimanya kerana ia dibatalkan dalam masa 48 jam!

Perkahwinan keenam Osama terjadi apabila pemimpin itu dihadiahkan dengan seorang gadis, Amal Ahmed al-Sadah, 17, sebagai isteri pada 2000 iaitu ketika Osama berusia 44 tahun, sebagai tanda memeterai perjanjian antara Osama dan satu puak yang dilihat berpotensi merekrut anggota al-Qaeda di Yaman.

Perkahwinan Osama dengan Amal itu juga dilaporkan diatur oleh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Sheikh Mohammed Rashed Saeed Ismail. Menggambarkan Amala, Sheikh Mohammed Rashed, berkata: “Berasal dari keluarga sederhana Yaman, Amal boleh hidup susah dengan Osama dalam gua di kawasan pergunungan dan menjadi seseorang yang boleh Osama bentuk.

“Amala juga tidak kisah mengahwini lelaki sebaya bapanya dan amat percaya menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami akan memberinya tempat di syurga.”

Amal yang berwajah cantik, tinggal bersama-sama Osama di Abbottabad, Pakistan sejak 2005 sehinggalah ke saat kematiannya. Malah, dia dikatakan sanggup bergadai nyawa menjadi perisai Osama daripada serangan komando Amerika, yang menyebabkannya turut cedera ditembak pada kakinya.

Anak pertama mereka dilahirkan sejurus selepas serangan 11 September 2001 yang dinamakan Safiya, sempena nama seorang tokoh wanita yang membunuh perisik Yahudi. Safiya dilaporkan berada dalam kediaman berkenaan ketika serbuan yang meragut nyawa bapanya. Tidak diketahui sama ada pasangan itu mempunyai anak lain. Namun, berita kematian Osama disambut kini menebarkan berita mengenai ramainya lelaki, khususnya di Yaman yang sudi mengahwini janda Osama ini andai Amal kembali ke negara asalnya.

Setakat rencana ini ditulis, Amal dilaporkan masih dalam tahanan Pakistan dan menjadi sasaran pihak berkuasa Amerika untuk ditahan. Sudah pasti nasibnya selepas ini akan diekori rapat ramai yang bukan saja mahu mengetahui kesudahan dirinya. Biar apa yang dilabelkan Amerika dan dunia kepada Osama, cuma wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya yang lebih mengenali pemimpin al-Qaeda itu.

Sumber

Sunday, May 15, 2011

Hebatnya Seorang Guru

Esok Hari Guru....bila terkenangkan pengorbanan guru...na tersenyum, sudah tentu mula-mula na terbayangkan wajah abah dan mak. Abah dan mak adalah bekas pengetua.  Mereka masih lagi guru kepada na sehingga kini....{sungguh memahami anak perempuan seorang ni :)..heheh.}

Dalam hidup ini, selain mak abah...ramai lagi guru memberi impak yang besar dalam hidup na, momentum paling besar apabila na berada di peringkat Matrikulasi. Sebagai pelajar yang sederhana, guru-guru na berjaya membentuk na....bukti yang kukuh : Na mendapat markah tertinggi @ kedua tertinggi dalam ujian Kimia sedangkan na adalah kumpulan kedua terakhir dalam kuliah tersebut. Bukti terbesar ialah na mampu dapat A dalam subjek fizik,walhal subjek itulah yang paling teruk keputusan nya dalam SPM na. percaya tak, hanya seorang guru telah menukar na menjadi orang yang cemerlang!.....na perolehi cgpa 3.24 ( siapa sangka pelajar yang sederhana@ boleh dikatakan x pandai...boleh perolehi cgpa sebegitu...)

Bermula daripada itu, ..na lanjutkan pelajaran dalam bidang fizik, na bertemu ramai guru @ lebih sinonim dengan gelaran pensyarah. Selagi lagi mereka berjaya menghasilkan momentum kepada na....na berjaya menghabiskan Ijazah na dengan kelas kedua tertinggi (cgpa 3.26). Kemudian na  berjaya mendapat sijil Master dalam Fizik jugak. Alhamdulillah.Na bersyukur kerna Allah sentiasa menemukan na dengan para pendidik yang hebat!...

Pengalaman yang dialami telah  mengajar  na, jika na menjadi pendidik kelak (mungkin) na akan cuba melakukan apa yang telah guru2 na buat. Ia benar2 membuka mata na sesungguhnya pengaruh pendidik ke atas pelajar2 adalah besar sama ada baik atau buruk. Jika salah caranya, percayalah pelajar macam na akan terus di takuk lama dan jika betul caranya, pelajar macam na akan terus berkembang dan mencapai kejayaan tanpa diduga....:)

Kesan stres terhadap daya kerja

PELBAGAI kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan teruk sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Malah, ia boleh menjadi penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.

Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.
Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki.

Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan. Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi 'lelaki sejati', iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya.

Banyak kes yang dirawat di hospital melibatkan pesakit yang tidak membiasakan diri menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi. Kadang-kadang masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporak-perandakan perkahwinan itu sendiri.

Bagi penghidap stres, mereka bimbang, masyarakat akan memandang serong terhadap mereka dan tidak mahu dilabel kurang siuman. Ujar Dr. Nor Hamidah, sebab itu masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Cara guna enjin carian

APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?
Heri, Alor Setar

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin. Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas. Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.


Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.

Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet. Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain. Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

Wednesday, May 11, 2011

Penawar khusus dalam ayat suci

“SERATUS peratus menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Perubatan ini tidak menggunakan sebarang perantara seperti jin, syaitan, makhluk halus atau khadam,” tegas lelaki berwajah serius di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu Gombak, Selangor itu.

Namun, dia tenang dan mesra menerangkan konsep rawatan di premis yang dipenuhi orang ramai tersebut. Dalam pemerhatian Kosmo!, orang yang datang ke tempat itu sedang sabar menunggu giliran bertemu ahli terapi di pusat itu bagi sesi rawatan dan perubatan masing-masing.

“Ramai yang bertanya berkenaan hal-hal di sebalik cara rawatan. Sesungguhnya saya memang tidak berminat atau berhajat untuk berdamping dengan ‘benda-benda’ halus. Banyak masalah kalau berdamping dengan benda-benda yang ghaib ini,” tegas Perunding Kesihatan dan Terapis yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid.

Menurutnya, dalam Islam, komponen yang paling penting untuk berubat cara Islam adalah dengan memanfaatkan ayat suci al-Quran yang disertai dengan doa.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Haji Lokman, 52, berkata rangkaian ayat al-Quran yang berbeza-beza boleh digunakan bagi mengubati jenis-jenis penyakit tertentu.

Sudah berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang rawatan Islam, Lokman mengakui tidak pernah berguru dan tidak ada orang yang mengajarnya. Katanya, ilmu perubatan itu dianugerahkan oleh Allah SWT kepada dirinya.

Di pusat rawatan itu, kehadiran ratusan pesakit dalam sehari adalah perkara biasa. Tanpa membuat temu janji lebih awal, mungkin seseorang pesakit perlu menunggu lama.

Lokman berkongsi cerita, ketika dia berusia 40 tahun, dirinya terdetik untuk mencari sesuatu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pada ketika itu, dia banyak melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa sunat, solat tahajud, solat taubat, membaca al-Quran setiap hari dan sentiasa berzikir.

“Paling jelas, setiap kali saya balik dari menunaikan ibadah haji atau umrah, ada merasakan peningkatan di dalam diri saya dari segi keimanan dan ilmu perubatan ini,” ujarnya jujur.

Monday, May 9, 2011

Seminggu Menjaga Anak Buah..


Na rasalah na dapat merasai perasaan seorang ibu...:)

Sunday, May 8, 2011

Tumit kaki sakit

PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.

Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.

Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

(Kudis Buta): Skabies lumrah di asrama

PERNAHKAH anda berasa gatal pada seluruh badan dan bernanah di anggota tertentu seperti tangan dan kaki? Jika jawapannya ya, anda mungkin terkena skabies, yang lebih dikenali sebagai kerapu atau kudis buta.

Jangan ambil mudah kerana ia boleh menjangkiti sesiapa saja. Skabies ialah jangkitan hama jenis Sarcoptes Scabiei iaitu hidupan sangat kecil dan hanya berukuran 1/3 milimeter panjang dan membenamkan dirinya ke dalam kulit yang boleh menyebabkan gatal semakin teruk.

Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lut sinar mahupun mikroskop.

Penyakit ini berjangkit apabila duduk berdekatan, berpegangan tangan dan tidur dengan orang lain yang membawa jangkitan. Kebiasaannya ia berlaku di asrama, sekolah, kolej dan boleh jadi di mana-mana disebabkan telur membiak dalam kulit dan menetas menjadi kutu betina dan hidup selama 30 hari.

Organ utama terbabit ialah kulit disebabkan hama skabies betina masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan buangannya (debris) seperti telur dan najis. Keadaan ini mencetuskan tindak balas alergi selain menyebabkan kesan gatal dan reaksi imunologi pada kulit.

Skabies betina mampu mengeluarkan 90 telur sepanjang hidupnya selama sebulan. Selepas tiga hingga empat hari, telur menetas dan larva bertukar menjadi skabies dewasa dalam tempoh dua minggu dan kitaran ini berulang semula.

Antara tanda awal gejala kudis buta:

•Gatal kulit terlampau, terutama waktu malam

•Timbul bintik merah dan bernanah pada kedua- dua tapak tangan dan kaki

•Timbul keruping berwarna kuning keperangan secara beransur-ansur di kawasan dijangkiti

Nota: Kegatalan disebabkan reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan biasa dijangkiti:

•Celah jari

•Tapak tangan

•Pergelangan tangan

•Kemaluan

•Punggung

•Sekitar pusat

•Ketiak

•Siku

•Kaki dan buku lali

Bagaimana ia merebak?

Petua untuk bakal ibu

SETIAP pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:

Usah pandang ringan kesihatan mulut

KESIHATAN gigi ditentukan oleh gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara seseorang individu menjaga giginya. Sikap suka bertangguh melakukan pemeriksaan berkala dan hanya berjumpa doktor ketika gigi sudah bermasalah hanya memberi kesan terhadap kesihatan badan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, jangan pula menyangka kerap memberus gigi mengikut cara yang betul sudah memadai. Kebanyakan masyarakat juga mengatakan masalah gigi adalah masalah ringan dan ia tidak akan mengakibatkan pelbagai penyakit kronik lain. Kerana itu, rata-rata mengambil langkah mudah serta acuh tidak acuh menjaga kebersihan gigi dan mulut.

Hakikatnya, kesihatan mulut yang menjadi pintu masuk makanan dan pintu keluar pertuturan sangat penting kerana ia boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit lain. Jika tidak diberi penjagaan teliti, ribuan bakteria yang hidup dalam mulut boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit periodontal atau gusi.

Penyelidik juga berpendapat bahawa periodontitis (keradangan gusi) mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, diabetes dan pneumonia.

Menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Doktor How Kim Chuan, kebanyakan penyakit kronik dan berbahaya boleh berpunca daripada masalah kuman yang membiak di dalam mulut.

“Banyak penyakit boleh disebabkan bakteria yang berada di dalam mulut. Ramai tidak menyedari hakikat ini kerana kekurangan pendedahan terhadap kepentingan kesihatan mulut dan gigi.

“Melihat kepada kaitan antara periodontitis dan penyakit sistemik, pencegahan boleh menjadi langkah yang penting dalam usaha mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan.

“Bunyinya remeh tetapi ia benar-benar berlaku. Beberapa pesakit yang tidak menjaga kesihatan gigi dan mulut terpaksa menjalani pembedahan akibat dijangkiti kuman di paru-paru, limpa dan sebagainya.

“Justeru, masalah kesihatan mulut tidak boleh dipandang ringan,” katanya pada pelancaran ubat kumur Listerine Total Care.

Menurut Dr How, gusi yang sihat sepatutnya memiliki ciri berikut: berwarna pucat, tekstur pejal dan sepatutnya berada dalam kedudukan yang rapat dengan gigi.

“Seandainya gusi anda tidak menunjukkan ciri sedemikian, ia mungkin tanda keradangan gusi tetapi usah bimbang kerana keadaan ini boleh diatasi dengan mengambil langkah penjagaan gigi yang baik. “Kita perlu memberus gigi dua kali sehari dan diikuti penggunaan ubat kumur antiseptik yang berkesan menembusi plak bakteria. Bagaimanapun ia hanya membantu membersihkan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhannya. “Jika terdapat kotoran kekal seperti tar dan karang gigi, ia tidak boleh dicuci dengan hanya memberus gigi. Kotoran kekal itu perlu dibuang tetapi ia hanya boleh dilakukan oleh doktor gigi.

 “Ramai juga tidak tahu bahawa mulut atau lidah manusia turut mempunyai pelbagai kuman tersembunyi. Inilah sebabnya kebanyakan orang hanya memberus gigi tanpa membersihkan lidah. Jadi, untuk mendapatkan mulut yang sihat, kita seharusnya menggunakan ubat kumur antiseptik di mana sedikit sebanyak ia turut mencuci keseluruhan mulut” katanya.

Haid : Buang darah, mukus, sel mati

Oleh NORAINON OTHMAN

RAMAI wanita berbeza pendapat mengenai kedatangan haid. Ada yang seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan proses itu daripada pengetahuan orang sekeliling, terutama lelaki, kerana menganggap ia hal perempuan.

Isu haid jarang dibincangkan, apalagi secara terperinci, oleh wanita. Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula.

Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap dari masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.

Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).

Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari.

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Natasha Ain Mohd Nor berkata, ramai wanita menganggap pengaliran haid yang banyak sebagai aliran normal.

Bagaimanapun, kehilangan darah bulanan yang banyak akan membawa kepada anemia yang menyebabkan kelemahan atau keletihan. Menurutnya, jumlah darah dan cecair yang hilang dari badan akibat haid biasanya antara empat hingga 12 teh sudu bagi setiap kitaran.

Tubuh lazimnya melepaskan bahan anti gumpal untuk memastikan darah haid tidak berketul apabila keluar. Bagaimanapun, apabila haid mengalir dengan banyak, bahan anti gumpal tidak cukup masa untuk bekerja menyebabkan darah haid yang keluar berketul.

Jika banyak ketulan darah berbanding pada waktu haid yang biasa, anda patut berjumpa doktor untuk mengesan penyebab ketidaknormalan kedatangan haid berkenaan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah normal jika darah haid yang keluar berwarna gelap atau kehitaman. Ia perkara normal yang berlaku apabila darah lebih lama tidak keluar dari tubuh dengan cepat. Aliran haid kadangkala banyak dan kadangkala sedikit.

Warna darah haid ialah hitam, perang, coklat, merah gelap, merah terang dan merah jambu. Darah haid berbau kurang enak selepas terdedah kepada udara dalam tempoh tertentu.

Menukar tuala wanita dua kali sehari kerana pengaliran haid yang banyak ialah perkara normal. Namun, jika anda terpaksa menukar tuala wanita sehingga lima atau enam kali sehari, ia bukan perkara yang perlu dipandang remeh.

“Ramai wanita biasa berdepan aliran haid yang banyak pada setiap bulan dan menganggap ia perkara normal. Kehilangan darah secara berlebihan sewaktu haid boleh menyebabkan anemia yang membuatkan anda rasa lemah dan pucat.

“Anda perlu berjumpa doktor jika kedatangan haid yang banyak menyebabkan tubuh lesu, pening lalat dan pucat. Selain itu, perhatikan warna kuku jari.

“Jika warnanya pucat iaitu tidak merah jambu seperti normal, ia tanda ada masalah dengan haid anda. Haid yang tidak sekata iaitu selalu keluar dalam aliran yang banyak juga petanda yang sepatutnya disedari wanita itu bahawa dia perlu bertemu doktor bagi menangani masalah itu. Banyak faktor yang menyebabkan masalah haid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu bertajuk Tubuh Anda dan Haid di bengkel media anjuran Bayer Healthcare, di Port Dickson, baru-baru ini.

Masalah atau perubahan kitaran haid berpunca daripada beberapa faktor, antaranya stres, emosi melampau (suka atau sedih), perubahan berat badan, aktiviti fizikal yang keterlaluan atau makan angin.

Sebab bagi masalah haid