Menangis na bila melihat erti ayat dibaca....mereka yang na maksudkan anggota badan kita yang akan menjadi saksi di Hari Kiamat kelak. Semakin tahu sesuatu ilmu itu, semakin na melihat kekurangan diri....
Ya Allah, jauhilah kami dari api neraka Mu, jauhilah kami daripada melakukan perkara mendatangkan KemurkaanMu, Jika sesuatu itu telah Kau tetapkan berlaku, berikan kami kekuatan dan ruang untuk kami tidak rasakan bebanan itu kepada diri kami.
Ya Allah, hanya Kau mengerti hambaMu ini, berikan kekuatan dan elakkan diri ini menghadapi sesuatu yang tidak mampu untuk dihadapi ...Jika Kau tetapkan ia berlaku , ia tetap berlaku...hambaMu ini tidak sesekali menafikan nya, tetapi Ya Allah berikanlah aku ganti yang lebih baik daripada apa yang berlaku....berikan aku sebab untuk tidak lagi memikirkan nya, berikan aku ketenangan Ya Allah...Jika yang berlaku itu telah dijangka oleh hambaMu ini Ya Allah, Aku bermohon Ya Allah...supaya jangkaan aku ini adalah terbaik...dan lebih baik, memberi kebaikan dan turunkan rahmatMu kepada suasana tersebut...amenn..
Monday, August 23, 2010
Sunday, August 22, 2010
Cool :)
Bila na tengok video ni, na tak anggap pasangan dalam video ni pakwe makwe, tapi suami isteri...wah..bertuah na kalu suami na mcm tur nanti:)
Friday, August 20, 2010
Thursday, August 19, 2010
Khasiat Buah Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Wednesday, August 18, 2010
Ikan kap legenda(Two Tone) mati di Britain
Dasyatnya ikan ini sebab sukar ditangkap yang menyebabkan ramai kaki pemancing meluangkan masa hampir 60 jam seminggu untuk menangkapnya. Ikan ini juga merupakan faktor penceraian berlaku di Britain..hahahaha
Bestnya, ramai pemancing berkabung dengan kematiannya...kita?..tak pasti lagi kan...:)

Tuesday, August 17, 2010
Kombinasi solat tarawih, puasa alternatif amalan hidup sihat
Oleh Badli Shah Alauddin
Aktiviti fizikal sederhana berkesan kurangkan lemak terkumpul, lambatkan proses penuaan .
KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing.
Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan.
BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.

Jangan jadi manusia rugi
Oleh RAMLI ABDUL HALIM
SEMACAM menjadi suatu tradisi pada setiap kali Ramadan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur.
Tidak hairanlah kalau pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula.
Juallah apa sahaja, termasuk celur pucuk ubi kayu atau pucuk ubi keledek, acar pisang butir banyak, celur jantung pisang, ikan kering bakar dan pelbagai jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa.
Sekali gus bulan Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.

Bila diharam berpuasa?
Oleh: RAMLI ABDUL HALIM
BERMULA 1 Ramadan, umat Islam yang akil baligh, berakal dan tidak mengalami sebarang keuzuran mula berpuasa sehinggalah Ramadan melabuhkan tirainya dan Syawal menyingkap tabirnya.
Tahun ini merupakan tahun ke 1413 umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan jika didasarkan kalendar Hijrah yang mula dipergunakan pada tahun 622 sebagai tahun mula diwajibkan berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan.
Kalendar Hijrah didasarkan kepada tahun penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang mana jarak antara Mekah dengan Madinah mengambil masa 14 hari perjalanan.
Madinah atau nama asalnya Yathrib merupakan perhentian tradisi yang terpenting bagi laluan perdagangan dari Mekah ke Syria dan sebaliknya.
Orang Yahudi dan orang Arab beragama Yahudi menguasai Yathrib sejak sebelum Masehi lagi.
Pada abad ke-5 Masehi barulah orang Khazraj dan Aus berpindah dari Selatan Tanah Arab ke Yathrib dan telah menguasainya.
Sebagaimana orang Yahudi dan orang Arab beragama Yahudi yang merupakan orang agama, orang Khazraj dan Aus juga menerima tempias itu kerana pergaulan mereka dengan orang Yahudi dan orang Arab beragama Yahudi.
Justeru itu selepas menguasai Yathrib sedikit sebanyak orang Khazraj dan Aus faham tentang ketuhanan, kenabian, kerasulan, wahyu dan hari akhirat.
Jadi tidak hairanlah apabila datang dakwah Islamiah ke Yathrib mereka mudah menerimanya.
Kerana itulah apabila kota kelahiran baginda tidak sesuai lagi menjadi pangkalan dakwah dan dengan perintah Allah, maka Rasulullah SAW telah memilih berhijrah ke Yathrib yang kini dikenali dengan Madinah bagi melancarkan tugas-tugas kerasulan baginda.

Panduan senaman ketika berpuasa
SENAMAN boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit sekali senaman.
Berbeza dengan hari biasa, senaman dilakukan lebih kerap dan memerlukan 30 minit sehingga satu jam. 2. Dalam tempoh 30 minit, individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat dimulakan dengan memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal, berjalan kaki atau berjoging dengan menyelaraskan tahap penggunaan tenaga mengikut latihan.
3. Lakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha. Bagi setiap otot, latihan boleh dijalankan dalam satu atau dua set dan setiap satu set, sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot.
4. Senaman boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai. Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, pastikan makanan benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurangnya setengah hingga satu jam selepas makan.
5. Elakkan berbuka dengan makanan berat contohnya nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman. 6. Senaman kardiovaskular 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan. Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama 10 hingga 15 minit.
Sumber

Kedudukan puasa ketika haid
Usah lengah mandi wajib
SEBAGAI umat Islam, semua wajib mengetahui istilah puasa bermaksud menahan diri daripada perkara yang membatalkan seperti makan dan minum atau memasukkan sesuatu di dalam rongga badan bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Namun, kesangsian terhadap sah puasa sering kali menjadi tanda tanya di kalangan wanita apabila timbul permasalahan membabitkan hukum khususnya apabila datang haid.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184 bermaksud, puasa yang diwajibkan ialah beberapa hari tertentu, maka sesiapa di antara kamu sakit atau musafir boleh berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa (qada) sebanyak hari yang dibuka itu pada hari-hari lain.

Friday, August 13, 2010
Pelbagai Soalan dan Jawapan
Cara membayar fidyah
1. Bagaimanakah cara yang menepati syarak bagi seseorang itu membayar fidyah?
JAWAPAN:
Fidyah merupakan denda atau tebusan yang dikenakan kepada seseorang kerana meninggalkan sesuatu fardu atau kerana melanggar syarat-syarat ibadat tersebut.
Cara membayar fidyah yang menepati syarak ialah dengan membayar satu cupak beras untuk satu hari bersamaan dengan 675 gram (g) bersamaan dengan 15 tahil.
Fidyah akan berganda sekiranya puasa tidak diqada sehingga melangkaui tahun. Seperti contoh tiga hari puasa yang ditinggalkan 2 tahun lepas kiranya : 3 cupak beras x 2 tahun = 6 cupak beras.
Bagi puasa yang ditinggalkan wajib diqada mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

Wednesday, August 11, 2010
Selamat Menyambut Bulan Mulia- Ramadhan
Salam...Hari ini adalah hari pertama kita semua berpuasa, alhamdulillah Allah masih membenarkan na untuk menyambut bulan mulia ini. Banyak sudah blog na jenguk, semua perkatakan mengenai Ramadhan. So, na cuma nak ucapkan Selamat Berpuasa semua....dan na cuma ingin mengingatkan diri na juga dimana bila masa kita berbuka terutamanya bersama kawan-kawan, awasi masa! Banyak na tengok, bila berbuka dengan kawan-kawan...pukul 8 baru nak solat maghrib!....alangkah indahnya kita makan ala kadar kemudian terus solat maghrib....Indah bukan, kita berpuasa dan masa yang sama kita menjaga waktu solat....:)
p/s- ingatan untuk na jugak, Al-Quran jangan lupa dibaca:)

Misi Selamatkan Burung di Mini MAHA 2010@Ganu
Telah ditakdir, ketika hari akak na bertugas di booth Veterinar, seekor burung layang-layang ( rasanya, maybe burung walit) telah cedera, bahunya patah...ni gambar2 dimana misi menyelamatkan burung tersebut.
Tahniah Dr SITI....hehehe
Monday, August 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)