Saturday, May 29, 2010

Wah...Na nak Berkongsi dengan Semua...

Salam...alhamdulillah na berjaya melepasi VIVA Master na, cuma masih dalam mencari kekuatan untuk menyiapkan kesemua pembetulan....huhu, Ok, na nak berkongsi dengan semua di mana hari ini hari jadi na, terima kasih kepada semua yang memberi ucapan...terutamanya kepada kenalan SEKOLAH,kenalan RESEARCH dan SEDARA MARA NA. Tengok ni.

Ok seterusnya, RFC...Macam sedapkan....insyaallah, na memang nak rasa produk RFC, kawan na kata sedap dan na dengar ayamnya adalah ayam organik, Allahu'alam, Tgk di bawah :)

Friday, May 21, 2010

Kenali jenis kulit

BERAPA kerap anda menukar produk pencuci muka? Adakah anda selalu memilih produk kecantikan yang salah berasaskan kepada jenis kulit muka?

Ramai golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang mampu memberi kesan mujarab.

Lebih-lebih lagi apabila komen seorang jurujual terhadap jenis kulit yang dimiliki berbeza dengan jurujual yang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma.

Kulit muka boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu, kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Justeru, perlu diingat bahawa jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.

Oleh itu, haruslah ingat bahawa jenis kulit anda pada masa sekarang tidak semestinya sama lima tahun lalu atau lima tahun yang akan datang. Anda perlu melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa.

Best di Hari Jumaat

"Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people" (Eleanor Roosevelt or Hyman Rickover?)
(Blog Supervisor na)

Wednesday, May 19, 2010

Ayat -Ayat Best dalam Facebook Na

Wajarkah Kita Berbangga?












LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Ia Mengingatkan Na Sesuatu.....

Na ada terbaca satu entry dari satu blog....selalu gak na jengah blog ini....ia selalu dalam ingatan na bila ada talian internet...:). oK..oK...Sepatutnya na kena buat "correction" tapi na cuba menenangkan jiwa raga dengan membuat kerja lain dulu:).Sebab apa?...sebab selepas VIVA, Cik Migrain telah datang mengucapkan TAHNIAH....

Ok, kita mula semula, selepas na membaca entry tersebut, ia mengingatkan na sesuatu.....Na teringat ...errr...bukan pengalaman na Ok...ini kisah orang lain di mana na boleh simpulkan : kita kena tahu kemampuan diri sendiri dan mana yang lebih utama.

Na melihat di mana orang yang na kenal, aktif sana sini...tapi akhirnya kecundang dalam akademik.....sebab apa?...sebab mereka tak tahu tahap kemampuan mereka, tak tahu walau sibuk mana pun selagi mana masih memegang status PELAJAR, prioriti terpenting adalah AKADEMIK! ....Bila tamat pengajian, results adalah TERPENTING.....

Setiap orang mempunyai tahap kemampuan masing-masing, ada orang mampu melakukan semua, ada orang tak boleh.....jika mampu?...harus berfikir juga, adakah penilaian untuk semua yang dilakukan sama rata atau "sengit sebelah"= tak seimbang?....Jika tidak seimbang, kita kena fikirkan yang mana satu keutamaan yang harus diberikan "perhatian lebih"......

Na selalu bercakap dengan adik na, dia aktif dalam sukan...persatuan....Na cakap..kalu dia keluar Universiti, ada orang lain yang akan menggantikan dia...mungkin lebih baik...then orang akan lupa.....kalu dia tidak menganggap akademik adalah KEUTAMAAN, dia yang akan kecewa! ....Alhamdulillah, setakat ni cgpa adik na tak pernah jatuh 3.0.....

Amat malang bagi seseorang bila tak tahu sejauh mana kemampuan diri. Menganggap diri nya pandai, padahal ponter tidak pula mencapai 3.0.....tapi meletakkan keutamaan lain selain AKADEMIK sebagai TERPENTING! entah mengapa? Ada jugak orang macam tur na jumpa...Semoga Allah menolongnya.....

Na cukup percaya bila kita meminta pandangan Allah sebelum melakukan sesuatu,....Pasti kesudahan nya adalah indah...walau dalam kesakitan....Mendapat restu dariNya adalah penting selain ibubapa..... KerestuanNya akan menjamin proses yag akan kita lalui diberkati, tidak menyusahkan orang dan tidak akan "menolak" kita jauh dari jalan sebenar...Percayalah....

Percayalah....kita sendiri tahu kemampuan diri...Jika Allah memberi peluang, kita kena berusaha...DAN bila berstatus STUDENT...AKADEMIK adalah KEUTAMAAN!

Kisah Lucu Mengenai ViVA

Salam, semalam na berjumpa dengan adik sekolej, dengan tersenyum na katalah dengan dia...adik, akak dah lepas viva semalam...cuma ada correction lah kena buat...Dengan muka selamba adik ni menjawab....Yeke akak, plat aper?...ahaaa?...dia terus bertanya, negeri mana?...na menjawab err..akak ni dari Melaka...Ooooo.....then terus dia bertanya, ME...ker akak?...masa tur na ingat dia nak tanya pasal motor na ker? Na menjawab MBG.....buat seketika na terpinga-pinga.....memang tak da kena mengena dengan tajuk besar ni!!

Then, na teringat...Ya Allah,....mesti adik ni ingat kereta VIVA....hehehe, dengan tersenyum na mengetuk biliknya...dan menerangkan apa yang sebenarnya ingin na sampaikan....ehhehe...

Buat pengetahuan semua..VIVA= ORAL EXAMINATION....

Friday, May 14, 2010

Mencari Ketenangan...disebalik keresahan ini

Ya Allah, ampunkan dosa- dosa kami....ampunkan kami....segala keresahan adalah tanda betapa banyaknya dosa na....tak termampu untuk menghitungnya...semakin hari semakin dekat tarikh keramat itu....semakin itulah na merasakan kekurangan yang banyak sangat dalam perlaksanaan na. Astagfiruallah...apa nak jadi ni?.....masih berbaki 2 hari...untuk ana betulkan segalanya....Na tidak kesali apa yang berlaku, tetapi insan lemah ini mula terasa goyah...entah mengapa na tidak terasa kehadiran mana-mana yang mampu menangani keresahan ini. Ada baiknya...

Dalam ujian ini, na cuma mempraktikkan apa yang na tahu....Na takkan buat , merasa, berfikir seolah olah tiada ilmu Allah di dada....ini ujianNya....Ujian yang tak seberapa tetapi hampir membuat na terasa ermm....Nauzubillah......untuk menyerah kalah....maknanya na sudah give up....untuk mengharapkan keajaiban?...merenung kepada kerak2 dosa...seakan tiada harapan....tetapi na tak lupa Allah itu Maha Pe ngampun, Pengasih....

 Buat terbaik, biarlah Allah menghitungnya.....Jika keputusan akhirnya tidak memihak kepada na, akan na ajar diri na ia TERBAIK untuk diri ini....

Kadang-kadang menyesal kerna tidak menjadi INSAN KESAYANGAN di sisiNya.....

Saturday, May 8, 2010

Tip-tip dalam Islam Mencantikkan Wajah

1. Bacalah doa ketika melihat wajah di cermin.

2. Sentiasa dalam keadaanberwudhuk

3. Mengamalkan zikruallah- Beristigfar, laila haillaanta subhanaka....[ habiskan]

p/s- na dapat dalam FB na ( 1/8/2012)

Friday, May 7, 2010

Terfikir di hari Jumaat.....

Doa untuk Hari Ini

Sebelum na menunaikan solat Zuhur, na  mendapat tiga doa untuk sama- sama diamalkan daripada program SEMANIS KURMA :

1. Jika Allah menguji kita dengan KEHILANGAN , cthnya hilang kesihatan, hilang anak, hilang kasih sayang
Bacalah SURAH AL HAJ, AYAT 70.

2. Untuk pastikan ilmu diberkati, mudah mengingati sesuatu, Bacalah SURAH Toha, Ayat 15

3. Amalkan Doa Nabi Sulaiman, SURAH Ambiya, ayat 79

Thursday, May 6, 2010

Tenaga nuklear efektif, jimat: PM

Najib ajak orang ramai beri pandangan gunakan sumber baru jana elektrik


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai masa depan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia, khususnya penggunaan nuklear. Beliau berkata, penggunaan tenaga nuklear adalah efisien dan kos efektif tidak boleh dipertikaikan, tetapi kerajaan perlu mengkaji sama ada ia pilihan tepat sebagai sumber baru tenaga di negara ini. "Adakah sebarang alternatif yang belum dipertimbangkan yang benar-benar boleh meletakkan Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau," tanya beliau dalam blog www.1malaysia.com.my semalam.

Najib berkata, ia kerana kerajaan sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan terhadap penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik.

Wednesday, May 5, 2010

Dosa-Dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-