Hasrizal Abdul Jamil Anak muda yang tidak sabar-sabar mahu berkahwin, berpotensi tinggi untuk tidak sabar-sabar mahu keluar daripada perkahwinan yang sama. Nabi SAW kata sabar itu seperti mentari, bukan saja-saja. Tolonglah adik-adik, kenapa mudah sangat ke 'situ'? Kalau kalian adik kandungku, mahu sahaja kulempang kalian agar membuka mata menguruskan realiti kehidupan...
( daripada Facebook Na )
Tuesday, March 30, 2010
Sunday, March 21, 2010
Sel tidak terkawal
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
2010/03/14
RAMAI peserta forum, baik wanita mahu pun lelaki, menggelengkan kepala dan mengerutkan dahi apabila ditunjukkan gambar kanser membabitkan bahagian peranakan wanita kerana semuanya tampak mengerikan. Malah, ada ketumbuhan dalam rahim yang saiznya mengalahkan seorang bayi.

Malah risiko bagi sesetengah kanser berganda jika ada ahli keluarga terdekat seperti emak, bapa atau adik-beradik menderita akibat penyakit berbahaya itu.Di negara kita, kanser wanita didahului dengan kanser payudara (21 peratus), kolon (10 peratus), pangkal rahim (9.8 peratus), perut (7.6 peratus), paru-paru (tujuh peratus), ovari (4.4 peratus) dan rahim (3.8 peratus).Kanser adalah sel badan yang terhasil terlalu cepat dan tidak terkawal sehingga menyebabkan bonggol sel dipanggil ketumbuhan yang boleh bersifat benigna (tidak merebak) atau malignan (boleh merebak ke bahagian badan yang lain).Uniknya, sel kanser yang merebak (berpindah ke organ lain melalui aliran darah atau cecair limfa), ia akan singgah dan membiak (membahagi dengan cepat) membentuk koloni baru pada organ tempat persinggahan itu.Keunikan kedua, koloni kanser ini boleh mencuri nutrien yang dibawa dalam darah dengan membentuk salur darah baru supaya nutrien tadi dapat disalurkan terus ke sel kanser untuk ia tumbuh lebih besar.Keadaan ini akan menekan tisu dan saraf berhampiran yang menyebabkan rasa sakit. Perkara sama berlaku pada kanser peranakan wanita seperti kanser pangkal rahim, ovari, rahim dan faraj.
Anak pintar......Tips mendapatkan anak pintar..:)
Oleh Hazirah Che Sab zeehan@bharian.com.my
2010/03/21
Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu
BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.
“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.
"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Pengalaman OooOoo Pengalaman....
3 am....na terjaga setelah memberi susu kepada anak buah na ke-3, inilah pengalaman pertama na...terpaksa berjaga, menukar lampin, "blup"kan beberapa kali.....jika dulu ketika kelahiran siti nurfahana....kak kedua na menjaga sementara na sesekali hujung minggu balik menjenguknya, kini tugas na sepenuhnya menjaga farhana dan baby fahmi.....
Abah mak paling penat tetapi itulah kasih sayang ibubapa.....diharapkan selepas berpantang kak ika kembali sihat.....3 jam diperlukan untuk menjahit...bayangkan....kekadang terpaksa juga mengangkat Farhana....sekarang Farhana demam, selsema dan batuk.bila diperiksa suhunya antara 37-38.....kami membawa farhana ke klinik doktor Rahimah, bukit katil...ada jugak info untuk na coretkan sebagai panduan na kelak:
1. mata Farhana berakhir....na sangkakan sebab panas...rupanya hingus menutup lubang air mata....
2. boleh memberi anak-anak kecil vitamin, jika baby dapat susuan badan...boleh bermula dari 4 bulan....jika dari susuan tin 9 bulan.....
3. jika anak demam....mandikan dengan air suam...
4. dalam kes na, Farhana ada astma...so kena kurangkan kelajuan kipas atau aircond waktu malam....dalam rumah na, boleh "kelemasan" kalu kurangkan kelajuan kipas...selalunya kelajuan biasa 4-5.na "reduce"kan kepada 3....so na letak kain batik sebagai "gebau"@ selimut supaya Farhana tidak terasa sejuk...., kalu baby lak, pakaikan bedung
5. Muhammad Fahmi ada kalanya sentiasa kembung, rupanya kami tak "blupkan" @ sedawakan dalam temph lama...p/s- .kalu anak2 kembung, urutkan belakang baby, insyaallah...angin akan keluar...pakai kan minyak "YUHYI" di perut dan kaki selepas mandi atau ketika kembung.....
Na diuji lagi....batuk yang dialami sudah menjangkau lebih 1 bulan, doktor Rahimah kata kalu orang ada asma, memang susah nak baik, mak abah lak risau pengalaman dulu berulang....ada ubat, tapi malas nak makan....kononnyer ubat batuk lelah tur tak mengantuk....tapi na terasa mengantuk..mengganggu semua jadual harian na...so na stop dulu pengambilan ubat :)
Planning na untuk kembali ke UPM rabu depan....berat hati na melangkah pergi...viva kekawan 30hb, na? masih samar...tapi cukup "clear" memang banyak soalan akan timbul...na pula, "fail" untuk memastikan research na ada dalam jadual harian na sehingga kini,......agak2 kena supervisor ada sebelah na, baru nak berjalan gamak nyer!

Thursday, March 11, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Post ke 101 Na : Gelagat Sang Tupai
GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain baru-baru ini. ( Sumber )
Friday, March 5, 2010
Nasihat Untuk Na
no need to be worry.
prepare good complete but simple slide
make sure your presentation is fluence.
revise the part that you think that might be your weak point, in case they ask, then you can answer.

Monday, March 1, 2010
Penanda Aras Sebelum "Tsunami' Akhlak di Negara Ini!
Penduduk marah, dakwa ditipu
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
HULU SELANGOR 28 Feb. – Beberapa hari selepas insiden yang meragut nyawa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, penduduk di Taman Batu 30 di sini melahirkan rasa marah dan kecewa kerana ditipu oleh ibu dan teman lelaki kanak-kanak malang tersebut.Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri.Namun, insiden yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah pada Khamis lalu akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan.

Bengkak ginjal undang maut
LAZIMNYA, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi.
Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.
Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya.
Jom Ke Negeri Na....
Segala-galanya ada di Melaka
Oleh MOHAMAD BAKRI DARUS
PENGUNJUNG ke Melaka akan disambut dengan slogan, Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Slogan itu jelas tertera di pintu gerbang ketika memasuki negeri itu di Lebuh Raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.
Benarkah apa yang ada di seluruh Malaysia ada di Melaka? Secara amnya, banyak produk pelancongan ditawarkan kepada pengunjung baik dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat beli-belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan sebagainya.
Melaka juga bercirikan 1Malaysia, kata seorang peserta rombongan ketika berkunjung ke Melaka baru-baru ini. Dia menegaskan, pendapatnya itu berdasarkan nilai-nilai yang ketara di mata kasarnya.
Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum.
Dari zaman pedagang Cina dan India, hinggalah ke zaman Kesultanan Melaka kemudian ke zaman penjajahan seterusnya era sebelum dan selepas merdeka.
Kini, keluarga Baba Nyonya, Portugis dan Chitti hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kelompok komuniti Melayu, Cina dan India. Nilai kepelbagaian itu jelas mempunyai kuasa tarikan untuk pelawat domestik dan pelancong asing.

Subscribe to:
Posts (Atom)