Sunday, November 29, 2009

Nabi Ayub Vs IbLis


Para malaikat memuji akan sikap dan keperibadian Nabi Ayub as yang
suka beribadah dan mengingat Allah SWT. Hidupnya penuh dengan rasa
kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang dibahagikan oleh Allah SWT
kepadanya. Iblis mendengar pujian para Malaikat tersebut yang membuat hatinya menjadi panas kerana ia telah bersumpah dengan Allah untuk menggoda setiap anak cucu Adam. Oleh sebab itu ia tidak rela melihat manusia yang berada di permukaan bumi ini beriman, beribadah dan beramal soleh.

Kemudian Iblis menjumpai Ayub untuk melihat sendiri tentang apa yang
diperkatakan oleh malaikat itu. Ternyatanya memang benar bahawa Nabi
Ayub as memang patut menerima pujian tersebut. Nabi Ayub hidup dalam
keadaan yang serba mewah dengan harta kekayaan yang banyak, hidup
rukun dengan anak dan isterinya. Namun begitu Nabi Ayub tidak terlena
dengan kekayaan dan anak isterinya itu, siang malam bibirnya tidak
lepas dari mengingat Allah SWT bersujud dan bersyukur kepada Nya,
serta memiliki rasa kasih sayang yang tinggi terhadap sesama makhluk.

Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Ayub as tetapi gagal, namun ia
tidak berputus asa untuk menggoda Nabi Ayub. Kemudian ia pergi
menghadap kepada Allah dan ia berkata: “Wahai Tuhan, sesungguh Ayub
menyembah dan bertasbih kepada Mu bukan lantaran ia ikhlas dan tulus
kerana cinta dan taat kepada Mu. Ia melakukan itu hanya kerana takut
kehilangan semua kesenangan duniawi yang Engkau berikan kepadanya. Di
samping itu ia masih mengharapkan agar kekayaannya bertambah berlipat
ganda. Untuk itu ia menyembah Mu, andai kata ia ditimpa musibah
sehingga hartanya menjadi musnah tentu ia akan berpaling daripadaMu.”

Thursday, November 26, 2009

Bulan Zulhijjah.....

LEBIH 2.3 juta umat Islam dari seluruh dunia kini berkumpul di Mekah menjelang Hari Wukuf di Padang Arafah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Hujan lebat luar biasa di kota suci itu tidak menjejaskan umat Islam untuk meneruskan ibadah mereka sementara seorang pegawai keselamatan Arab Saudi mengawal jemaah yang sedang menunaikan solat di Masjidil Haram, semalam.

Artikel dari Ustaz Zaharuddin mengenai Bulan Zulhijjah

All Swine Flu Articles


These are articles about Swine Flu. There have three main topic which are Swine Flu Basics, Swine Flu Prevention and Swine Flu Management.

Bagi negara kita, Selsema Babi ,Influenza A(H1N1) masih belum reda, Boleh ikuti perkembangan semasa melalui laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, influenza A(H1N1).

p/s -Sebenarnya dah lama na simpan semua pasal H1N1...kebanyakan sumber suratkhabar, tapi semua di blog satu lagi tur...mungkin na pernah diuji dengan ujian di mana 50% diri na di dunia dan 50% di alam kekal dulu menyebabkan na begitu peka dengan H1N1

[na negative H1N1, cuma simptom ajek yang sama dgn simpton H1N1]

Wednesday, November 25, 2009

Bisikan Sudah Bermula

Na bukan lah sempurna, cuma ingin berkongsi dengan semua....supaya
na dapat perbaiki diri na sendiri...masih lagi mencari perasaan BERTUHAN......supaya na menjadi HAMBANYA yang SOLEHAH...lama prosesnya dan tidak
akan berhenti......


Apa padahnya bila kita sudah berjanji tetapi tidak tunaikan?...kalu na ...na memang marah tersangat lah marah! .....lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kerja kita....

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

2. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

3. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Tuesday, November 24, 2009

Jagalah 7 Sunnah Rasul


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Monday, November 23, 2009

Posting Pertama na


Salam, entah kenapa na inginkan kelahiran ketiga blog ini setelah na mempunyai dua blog sebelum ini?. Satu blog yang benar-benar rahsia dan kedua nya berbentuk akademik yang berkisarkan dunia 'study' na, hehehe. Apakah kelainan blog ini? Yang pertama nya, ia untuk semua di mana ia bukan rahsia, walau mungkin bahan-bahan ini akan sama na letak dalam blog rahsia na...kedua mungkin dari sini na dapat respon dari semua orang. Mungkin selepas ni, ada orang mempertikaikan kenapa na perlu tambahkan kerja sedangkan thesis belum siap...hehehe, jawapan nya...na akan cuba membahagikan masa....insyaallah

Apa yang sama antara ketiga-tiga blog yang na ada? Template nye...:). Semoga ia memberi manfaat.