Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Di antara sumber kebahagiaan anak Adam itu tiga perkara, manakala di antara punca kecelakaan anak Adam itu juga tiga perkara. Tiga sumber kebahagiaan mereka adalah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Manakala punca kesengsaraan mereka pula adalah isteri yang jahat, tempat tinggal yang buruk dan kenderaan yang tidak menyenangkan.
Menurut Abdul Aziz( Pensyarah di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Abdul Aziz Abdul Samad ) ,
1. Isteri yang solehah yang disebutkan dalam hadis itu bermaksud patuh dan taat kepada perintah Allah, Rasul malah perintah daripada para suami juga perlu ditaati isteri selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat agama.
2. Manakala yang dimaksudkan dengan tempat tinggal yang baik pula ialah di dalamnya dilakukan aktiviti ketaatan kepada Allah dan Rasul. Contohnya solat, membaca al-Quran, melaksanakan ibadat dan begitu juga dengan wirid. Di samping itu juga rumah yang baik juga adalah rumah yang dikunjungi oleh tetamu. "Rumah yang di dalamnya tidak ada bacaan al-Quran seumpama tanah perkuburan. Oleh kerana itu, isteri yang baik daripada keluarga yang baik mereka akan melakukan ketaatan di dalam rumah-rumah mereka.
3. "Sementara itu, kenderaan yang baik pula bermaksud, kenderaan yang digunakan kepada ketaatan kepada Allah ataupun kenderaan tersebut bergerak kepada jalan-jalan kebaikan bukan sebaliknya," kata Abdul Aziz pada slot pertama seminar tersebut.
"Sebenarnya, apabila kita memahami ilmu, kita akan sedar sebenarnya ada panduan yang jelas berkaitan kebahagiaan. Ini kerana ilmu yang datang kepada kita adalah berpandukan kepada al-Quran manakala dijelaskan menerusi hadis. "Sekiranya kita berpandukan kepada al-Quran dan hadis, walau hebat mana cabaran duniawi itu, kita tidak akan mudah diperdayakan oleh kesenangan di dunia semata-mata," ujar Abdul Aziz.
Artikel lengkap, Klik di sini
No comments:
Post a Comment