Showing posts with label Na di Ganu. Show all posts
Showing posts with label Na di Ganu. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Na bercuti di Terengganu Lagi

Salam, la ni na berada di Terengganu, hampir seminggu na di sini. Banyak jugak tempat yang dapat pergi..hehehe. Semalam na, adik dan dak nung (kak na) pergi ke Stadium Terengganu di Gong Badak sempena HARI PELADANG DAN PERTERNAK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011. Sempat jugak na amik gambar di bawah cahaya matahari yang terik. Lihat gambarnya di sini.

Sebelum itu, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, na sempat menangkap gambar dalam kereta..masyaallah indah sungguh lanskap di Terengganu. Contohnya di Jambu Bongkok Marang, dengan kelebihan kamera Olympus, ini hasilnya

Dalam tempoh percutian ini na sempat juga berkunjung ke Pantai Kelulut, Marang ( Lihat gambar di sini ), Pantai Cherating Pahang (Lihat gambar di sini ) dan Pantai Penunjuk Kijal Terengganu  (Lihat gambar di sini ).

Masyaallah indah sungguh ciptaan Allah :). Okey, na harap dapat pergi ke pantai lain pula.....

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Mulia- Ramadhan

Salam...Hari ini adalah hari pertama kita semua berpuasa, alhamdulillah Allah masih membenarkan na untuk menyambut bulan mulia ini. Banyak sudah blog na jenguk, semua perkatakan mengenai Ramadhan. So, na cuma nak ucapkan Selamat Berpuasa semua....dan na cuma ingin mengingatkan diri na juga dimana bila masa kita berbuka terutamanya bersama kawan-kawan, awasi masa! Banyak na tengok, bila berbuka dengan kawan-kawan...pukul 8 baru nak solat maghrib!....alangkah indahnya kita makan ala kadar kemudian terus solat maghrib....Indah bukan, kita berpuasa dan masa yang sama kita menjaga waktu solat....:)

p/s- ingatan untuk na jugak, Al-Quran jangan lupa dibaca:)

Flora di Mini MAHA 2010 @ Ganu- Part 2








Flora di Mini MAHA 2O10 @ Ganu

Ini sebahagian flora yang sempat ditangkap...







Misi Selamatkan Burung di Mini MAHA 2010@Ganu

Telah ditakdir, ketika hari akak  na bertugas di booth Veterinar, seekor burung layang-layang ( rasanya, maybe burung walit) telah cedera, bahunya patah...ni gambar2 dimana misi menyelamatkan burung tersebut.






 


Tahniah Dr SITI....hehehe

Unggas di Mini MAHA 2010-Part 3

Unggas di Mini MAHA 2010-Part 2