Wednesday, August 24, 2011

Jadual Imam Syafie -Mencari Malam Lailaturqadar

Na mendengar dalam rancangan Ihya' Ramadhan dihoskan oleh Ustaz Don. Hari ni bila buka facebook na, ustaz dah postkan dalam fb :)

Tuesday, August 23, 2011

Rahsia menghindari sel kanser


Serangan kanser memberi kesan besar kepada kehidupan pesakit. - Gambar hiasan


BERBICARA mengenai penyakit kanser atau barah, ia sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa gentar dan takut. Tiada manusia yang waras mahu penyakit ini menghampirinya.
Namun siapa mampu menolak jika ditakdirkan menghidapinya. Hanya tuhan yang mengetahui mengapa seseorang diuji dengan penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kematian.
Perubatan moden merupakan pilihan utama rawatan bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser walaupun ada sesetengah pesakit memilih untuk berubat secara tradisional.
Pembedahan, kemoterapi dan radioterapi merupakan antara rawatan yang diterima oleh pesakit kanser.
Walaupun ketiga-tiga jenis rawatan itu kedengaran menakutkan, namun kesemuanya perlu dilalui dengan harapan sel kanser yang berada di dalam tubuh akan mati.
Dr. R. Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.
Namun beliau percaya, ia bukan sesuatu yang perlu sentiasa dibimbangi kerana setiap penyakit ada ubatnya.
''Sebenarnya alam semula jadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita," katanya yang terkenal dengan kaedah rawatan penyakit kronik melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berasal dari daerah Coimbatore, Dr. Subramanian telah 30 tahun mengamalkan kaedah rawatan tersebut bagi merawat pesakit-pesakit kanser di hospitalnya.
Beliau berada di Kuala Lumpur bagi menyampaikan ceramah untuk pesakit dan bekas pesakit kanser bertajuk Kesihatan Optimal Cara Semulajadi Dengan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Menurut beliau, setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia.
Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.
''Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul.
"Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang makan dan nikmati rasa makanan yang kita makan.
"Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita,'' ujarnya.
Beliau menyarankan agar makan apabila perlu dan apabila lapar.
"Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja," katanya.
Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.
Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh.
Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.
Justeru di hospitalnya, setiap pesakit diajar melakukan enema kerana ia salah satu rawatan yang penting bagi mengatasi sembelit.
''Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari, Jika tidak boleh cara semula jadi, lakukan enema.
''Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah," katanya.

Sumber

Friday, August 19, 2011

Doa Melembutkan Hati

Na tahu ni dari Ihya' Ramadhan yang dihoskan oleh Ustaz Don Daniyal di TV Al Hijrah. Sayang sekali Melaka tak dapat siaran nya :(. La ni na bercuti lagi di Terengganu...( mak abah bagi duduk lagi di sini).

Tahukah anda bahawa ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar dimana ketika itu dibaca oleh adiknya.


Kalu untuk anak2:

Baca dan hembuskan di ubun2 anak2 ketika mereka sedang tidur..

Dahsyatnya murka Allah

ALLAH SWT menyebut tentang api neraka yang menyala-nyala disediakan khas untuk orang kafir dengan menyifatkan neraka itu dengan gambaran yang terlalu takut kepadanya, sehinggakan kanak-kanak menjadi beruban.

Seterusnya Allah meneruskan khabar-Nya dengan menakut-nakutkan dan mengancam mereka bahawa mereka tidak akan selamat daripada seksaan yang menimpa mereka di dunia sebagaimana yang telah menimpa orang yang mendustakan para rasul sebelum mereka.

Contoh seksaan: Bumi yang bergoncang kuat, ribut taufan yang membinasakan tanaman dan ternakan, sehinggakan tidak ada lagi orang yang tertinggal dan menyalakan api. Kemudian, Allah SWT memberikan pelbagai contoh ujian dan cubaan yang telah menimpa umat sebelum mereka kepada mereka.

Kaum Thamud dibinasakan dengan panahan petir yang memusnahkan mereka. Kaum Ad dibinasakan dengan angin yang amat sejuk dan kencang yang dikenakan kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari secara terus menerus.

Firaun dan kaumnya pula dibinasakan dengan cara ditenggelamkan ke Laut Merah. Seterusnya Allah SWT menarik perhatian mereka ke arah kudrat-Nya yang memaksa dan kurniaan-Nya yang besar terhadap sekelian hamba-Nya.

Mereka diminta melihat burung yang kadang-kadang mengembangkan sayapnya di udara dan kadang-kadang mengatupkannya kerana dimudah dan diajarkan oleh Allah SWT apa yang diperlukannya.

Firman Allah SWT: Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?

Ibn Abbas berkata: "Adakah kamu merasa aman azab Allah yang menguasai seluruh langit."
Muqatil berkata: "Ia memberi maksud bagaimana bumi yang di bawah akan dinaikkan ke atas untuk mengikut kamu."

Ibn Kathir berkata: "Allah bersifat Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya. Dan Dia mampu untuk menyeksa mereka dengan sebab kekufuran mereka dan juga maksiat yang telah dilakukan oleh mereka. Akan tetapi kerana sifat rahmat dan kasih sayang-Nya terhadap makhluk maka Dia memaafkannya atau menangguhkan seksaan agar mereka bertaubat."

Al-Sabuni berkata: "Adakah kamu merasa aman dan selamat hai masyarakat yang ingkar perintah Tuhan-Mu yang bersifat Maha Tinggi lagi Agung daripada hukumannya yang boleh meranapkan kamu di dunia ini sehingga ke dalam bumi selepas ia menjadikan kamu menguasai penjuru bumi untuk berjalan, berkelana dan mencari rezeki."

Firman Allah SWT: Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?
 
Al-Sabuni berkata: "Apakah kamu merasa aman daripada hukuman Allah Yang Maha Tinggi lagi perkasa dimana Dia boleh menghantar batu, merejam kamu daripada langit sebagaimana dilakukannya kepada kaum Luth dan tentera bergajah."

Maka ketika itu kamu pasti mengetahui secara nyata dan jelasnya azab Allah SWT bagaimana peringatan yang Aku memberi ancaman kepada kamu dan telah menghukum golongan pendusta. Ini merupakan satu ancaman dan amaran yang amat keras.

Ibn Kathir menyebut: "Allah berkuasa mengutuskan ribut taufan dan angin yang kencang berserta dengannya batu-batu kerikil yang akan memusnahkan kamu."

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.

Ibn Kathir berkata: "Di mana terdapatnya mereka yang telah ingkar di kalangan umat-umat yang terdahulu sedangkan hukuman-Ku amat dahsyat."

Al-Sabuni berpendapat: "Orang-orang kafir pada zaman dahulu telah mengingkari rasul-rasul mereka. Ini seperti kaum Nuh, kaum 'Ad, Kaum Samud dan seumpamanya. Mereka semua mengingkari kepada utusan Allah. Ini merupakan satu bentuk menghiburkan Rasulullah SAW dengan apa yang dilakukan oleh kaum musyrikin."

Ingatlah apa yang diberi amaran terhadap mereka, pasti akan terkena ke atas mereka jika mereka tidak mengambil iktibar dan peringatan yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Sumber

Dosa mengundang bencana

ALLAH memberi peringatan kepada umat manusia agar tidak melakukan dosa dan maksiat yang boleh menimbulkan kekacauan serta fitnah dalam masyarakat.

Umat Islam diseru supaya saling bekerjasama dan bantu membantu dalam usaha mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa.

Tatkala Allah turunkan bala bencana akibat perbuatan berdosa itu, ia bukan sahaja menimpa orang yang melakukan dosa itu tetapi juga kepada masyarakat seluruhnya.

Ini bermakna kita bukan sahaja diwajibkan menjauhi diri dari perbuatan yang dilarang oleh Allah tetapi juga berkewajipan mencegah perbuatan itu daripada merebak dalam masyarakat.

Berjuang membanteras maksiat dan menentang kezaliman bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan kesungguhan, kekuatan diri serta pengorbanan yang bukan sedikit.


Ingatlah bahawa orang yang tidak menghalang kezaliman dan kerosakan dengan membiarkannya terus berleluasa tanpa sebarang pencegahan mereka ini wajar dipersalahkan kerana Islam merupakan satu sistem hidup yang tidak membenarkan kezaliman, kerosakan, kemungkaran itu berkembang.

Lebih-lebih lagi jika didapati mereka hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri mengharapkan Allah menyelamatkan mereka dari bala bencana dengan alasan mereka adalah orang yang baik-baik.

Marilah kita bersama-sama menghindari dan mencegah perbuatan mungkar yang berdosa di sisi Allah kerana orang yang melakukan dosa, maksiat dan kezaliman adalah mereka yang mengundang bencana dan malapetaka.

Perbuatan mereka bukan sahaja Allah balas ke atas dirinya sahaja tetapi juga kepada kaum kerabat serta masyarakatnya. Ketika di dunia mereka ditimpa bencana sebagai balasan perbuatan ingkar mereka sedang di akhirat apatah lagi berat azab seksanya.

Kesimpulan
Setiap perbuatan dosa akan dihitung dan mendapat balasan daripada Allah sama ada balasan ketika hidup di dunia mahupun di akhirat nanti. Bentuk balasan atau musibah yang mereka terima pula bukan sahaja menimpa individu yang melakukan dosa tersebut bahkan orang yang tidak melakukannya juga terpalit sama ditimpa bencana.

Bagi mengelak berlakunya perbuatan dosa yang mengundang bencana kepada masyarakat umumnya hasil daripada dosa yang dilakukan oleh orang tertentu, maka umat Islam telah dipertanggungjawabkan dengan turut sama berganding bahu mencegah dan membanteras perkara fasiq dan mungkar daripada berlaku.
Sesungguhnya umat yang menggalakkan kemungkaran berleluasa maka umat itu akan menanggung dosa.

Sumber

Siapa layak dapat al-qadr?

UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).

Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa.

Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.
Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja.

Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.

Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang.

Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah.
Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”

Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu. Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa.

Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari.

Sumber

Tuesday, August 9, 2011

Tips untuk Membeli Ikan...

Salam...na dah balik ke Melaka, dan hari ini temankan abah membeli ikan di kampung Sempang. Memang fresh!..tips untuk membeli ikan ( apa yang na tahu ler ):

1. Pastikan mata ikan jernih ( itu tandanya ikan memang baru), kalu mata dah merah tanda nya ikan itu sudah lama.

2. Tengok insang ikan, kalu ia masih baru, warna insang merah betul..dan sebaliknya.

3. Selalunya  peniaga akan letak bahan untuk mencantikkan ikan (seakan baru), kalu tak mau tertipu tengok matanya @ sentuh perut ikan.Kalu ia masih baru, perut ikan akan kenyal bila ditekan...

Ahaa..inilah ikan caru abah beli...sedapnya digoreng:)