Salam, la ni na berada di Terengganu, hampir seminggu na di sini. Banyak jugak tempat yang dapat pergi..hehehe. Semalam na, adik dan dak nung (kak na) pergi ke Stadium Terengganu di Gong Badak sempena HARI PELADANG DAN PERTERNAK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011. Sempat jugak na amik gambar di bawah cahaya matahari yang terik. Lihat gambarnya di sini.
Sebelum itu, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, na sempat menangkap gambar dalam kereta..masyaallah indah sungguh lanskap di Terengganu. Contohnya di Jambu Bongkok Marang, dengan kelebihan kamera Olympus, ini hasilnya.
Dalam tempoh percutian ini na sempat juga berkunjung ke Pantai Kelulut, Marang ( Lihat gambar di sini ), Pantai Cherating Pahang (Lihat gambar di sini ) dan Pantai Penunjuk Kijal Terengganu (Lihat gambar di sini ).
Masyaallah indah sungguh ciptaan Allah :). Okey, na harap dapat pergi ke pantai lain pula.....