Tuesday, November 30, 2010

Pendedahan Wikileaks: Amerika pandang hina pemimpin dunia

WikiLeaks anggap Washington bersikap hipokrit dalam hal-ehwal antarabangsa.

WASHINGTON: Laman web pembocor maklumat WikiLeaks semalam menyiarkan ratusan ribu dokumen diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Washington memandang rendah hingga menghina pemimpin dunia.

Paling serius, kabel itu juga menunjukkan Amerika mengarahkan operasi pengintipan terhadap diplomat asing di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa. "Pembocoran maklumat itu adalah 'sejarah diplomatik Amerika' meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan"

Julian Assange
Pengasas WikiLeaks Semua wakil tetap Majlis Keselamatan termasuk Russia, China, Perancis dan Britain menjadi sasaran intipan termasuk Setiausah Agung, Ban Ki-Moon.

Amerika menyifatkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy terlalu mudah tersinggung dan mempunyai gaya kuku besi; Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin digelar Batman manakala Robin ialah Presiden Dmitry Medvedev dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dirujuk sebagai ‘Hitler’.

Selain itu, pemimpin Itali, Silvio Berlusconi, suka berparti dan tidak cekap sebagai seorang pemimpin moden Eropah; pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pula dikatakan suka dengan seorang jururawat Ukraine yang montok dan mengiringinya ke mana saja manakala Canselor Jerman, Angela Merkel tidak suka mengambil risiko dan tidak kreatif.

Sementara itu, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, disifatkan ‘amat lemah dan tidak suka mendengar fakta tetapi mudah dipengaruhi sesiapa yang melaporkan komplot terhadapnya meskipun sukar dipercayai manakala pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, disifatkan ‘lelaki tua yang gendut’ dan mengalami trauma fizikal dan psikologi.

Akhbar The New York Times, The Guardian, akhbar Jerman Der Spiegel, akhbar Perancis Le Monde dan akhbar Sepanyol El Pais menyiarkan bahagian pertama dokumen berkenaan dan berkata susulan akan dibuat pada hari berikutnya.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyifatkan pembocoran maklumat itu sebagai ‘sejarah diplomatik Amerika’ yang meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan itu.

WikiLeaks mula menyiarkan 251,287 maklumat, 15,652 daripadanya dianggap ‘sulit’ dari 274 kedutaan Amerika di seluruh dunia di laman webnya sendiri http://cablegate.wikileaks.org

Dalam satu pengenalan, ia menyifatkan Amerika sebagai kuasa besar hipokrit dengan dua sikap berbeza ketika berada di khalayak dan ketika ‘di balik tabir’.

“Maklumat itu menunjukkan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan PBB; ‘menutup sebelah mata’ dalam isu rasuah dan hal asasi dengan ‘negara rakan’ rundingan ‘belakang pintu’ dengan negara yang sepatutnya berkecuali; melobi untuk korporat Amerika dan kaedah yang diambil diplomat Washington untuk merebut peluang.

Dokumen juga mendedahkan pertelingkahan nuklear Pakistan hingga kepada gesaan pemimpin Arab Saudi agar Iran diserang.

Maklumat yang dibocorkan itu juga mendedahkan usaha kerajaan China menggodam laman web Google, rancangan menyatukan Semenanjung Korea selepas kejatuhan Korea Utara dan kenyataan Raja Arab Saudi bahawa Amerika perlu mengebom Iran untuk menghentikan program nuklearnya dengan berkata: “Potong saja kepala ular itu”.

Ia memperincikan kenyataan tertutup yang boleh mencetuskan skandal termasuk kata-kata Presiden Yaman kepada tentera Amerika, ‘Kami akan terus kata bahawa bom itu kepunyaan kami dan bukan anda’ ketika membincangkan serangan rahsia Amerika ke atas al-Qaeda. – AFP/Agensi

Sumber

Sunday, November 28, 2010

Manfaat khazanah uranium

NUKLEAR sering diberikan konotasi negatif. Kita menggambarkan kemusnahan dan peperangan. Minda pantas berimaginasi letupan besar yang meranapkan sebuah kota besar sehingga ia menjadi padang jarak padang tekukur. Mayat-mayat tak berdosa yang bergelimpangan bagai daun di makan ulat.

Peristiwa bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada tahun 1945 lazim menjadi rujukan.

Penerima-penerima Anugerah Nobel Keamanan semasa berhimpun dalam satu upacara memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi pengeboman Hiroshima 14 November lalu juga melaungkan ritma negatif tentangnya: “Tolak senjata nuklear.”

Selain malapetaka di Hiroshima, insiden kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika Syarikat (AS) pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986) dan Tokai Mura, Jepun (1999) bagai menghitamkan lagi noda nuklear. Peristiwa Chernobyl menyaksikan seramai 350,400 orang yang mendiami kawasan berhampiran reaktor nuklear itu terpaksa dipindahkan dari kawasan yang tercemar dengan sinar radioaktif.

Saturday, November 27, 2010

Bisikan...di awal pagi....

Awal pagi sebegini ...diiringi dengan lagu sami Yusuf...asma Allah, masyaallah sayu rasanya di hati . Kerdilnya diri ini.....banyaknya kekurangan diri ini bila berfikir mengenainya.... Ada kalanya tak mampu diri ini memikirkan apakah seterusnya?....setiap benda baru ada kesusahannya...hanya usaha, tawakal beriringan restu Nya serta abah mak mampu memastikan diri ini boleh di dimensi baru nanti. Walau belum ada tanda-tanda ke dimensi baru nanti, diri ini mula memikirkan cabaran2 , agak gentar, cukup tak yakin....Allah telah tentukan semuanya,insyaallah....diri ini cukup percaya bila kita mulai berusaha....detik2 itulah Allah akan turunkan pertolonganNya....

Percayalah, untuk memulakan sesuatu adalah amat payah....

Thursday, November 25, 2010

Bank- bank Islam

Sesungguhnya antara dosa besar adalah riba...di sini adalah senarai bank-bank Islam untuk kita semua bagi mengelakkan kita terjebak dalam riba.


1 Affin Islamic Bank Berhad
2 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
3 Alliance Islamic Bank Berhad
4 AmIslamic Bank Berhad
5 Asian Finance Bank Berhad
6 Bank Islam Malaysia Berhad
7 Bank Muamalat Malaysia Berhad
8 CIMB Islamic Bank Berhad
9 EONCAP Islamic Bank Berhad
10 Hong Leong Islamic Bank Berhad
11 HSBC Amanah Malaysia Berhad
12 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
13 Maybank Islamic Berhad
14 OCBC Al-Amin Bank Berhad
15 Public Islamic Bank Berhad
16 RHB Islamic Bank Berhad
17 Standard Chartered Saadiq Berhad

source

7 Things Your Teeth Say About Your Health

Some messages coming out of your mouth bypass the vocal chords. Turns out that your teeth, gums, and surrounding tissues also have plenty to say -- about your overall health.


"Your mouth is connected to the rest of your body," says Anthony Iacopino, dean of the University of Manitoba Faculty of Dentistry and a spokesperson for the American Dental Association. "What we see in the mouth can have a significant effect on other organ systems and processes in the body. And the reverse is also true: Things that are going on systemically in the body can manifest in the mouth."

Sexless After 40? Don't Be!

So stay attuned to the following warning messages, and have worrisome symptoms checked out by a dentist or doctor.

Sunday, November 21, 2010

Urat kaki bersimpul


MEMANG kasihan melihat sesetengah orang terutama wanita hamil, khususnya yang berbadan besar, mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak ‘mengerikan’, juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.


Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.

Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.


Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.

Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.


Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.

“Pada peringkat awal, pesakit yang mengalami masalah urat kaki bersimpul biasanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.

“Sesetengah pesakit boleh mengesan masalah mereka kerana urat kaki bersimpul ini ada kalanya timbul dan simpulan urat boleh dilihat dengan jelas, terutama pada individu berkulit cerah.

“Masalah ini biasanya berlaku pada individu berumur antara 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap dialami wanita (70 peratus). Oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling salur darah tidak mendapat cukup oksigen dan kulit menjadi hilang warna atau menjadi pucat.

“Jika injap pada pangkal paha rosak, simpulan urat yang besar dan biru boleh dilihat pada paha tetapi ia lebih jelas pada belakang betis. Pada peringkat lebih teruk, kulit menjadi pucat dan bengkak pada buku lali,” katanya.

Monday, November 15, 2010

Alhamdulillah

akhirnya salah satu impian na tercapai...terima kasih abah....

Tuesday, November 2, 2010

Kenangan Di Zoo Melaka

Hari Sabtu (30hb) na dengan keluarga kak ika pergi ke zoo Melaka...Penatnyer tapi best sangat. Cuma kalu nak pergi lagi, sebelum melangkah ke dalam zoo Melaka, silakan membeli air dan apa yang patut....huhuhuhu, harga minuman dalam zoo agak mahal...ok sini na sertakan beberapa gambar binatang yang sempat diambil :