Tuesday, September 28, 2010
Saturday, September 25, 2010
Friday, September 24, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Tiga amalan jadi perisai harungi dugaan
Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Muslim wajib beristiqamah, istikharah, istighfar untuk raih keredaan Illahi
ISLAM sebagai pegangan hidup serba lengkap dan menyeluruh mengajar setiap Muslim supaya berpegang pada tiga amalan utama apabila berdepan dengan persoalan hidup iaitu istiqamah, istikharah dan istighfar.
Istiqamah membawa maksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendirian asal, tidak berganjak dan tidak mundur ke belakang biar selangkah juga. Biar apa terjadi dan bakal dihadapinya, pendirian asal tetap dipertahankan walaupun nyawa dan jasadnya menjadi bahan pertaruhan. Pentingnya istiqamah ini, diriwayatkan seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku satu pegangan hidup dalam Islam yang tidak perlu lagi aku ajukan soalan lain.
Lantas Baginda menjawab dengan bersabda maksudnya: Katakanlah! Aku beriman kepada Allah, kemudian tetap teguhlah (beristiqamahlah) pada pendirian itu. (Hadis riwayat Muslim)
Jika iman yang bertapak di sudut jiwa seseorang kukuh dan mantap, maka dia adalah seorang yang benar-benar beristiqamah dalam ruang lingkup kehidupannya. Sebaliknya, jika imannya amat tohor dan nipis, maka dia mudah terpedaya dengan godaan dan pesona dunia. Justeru, iman sewajibnya diisi dan dijana menghiasi jiwa seseorang Muslim terlebih dulu hingga mantap dan kukuh supaya mampu bertahan menepis segala badai cubaan serta dugaan.
Istikharah pula antara saluran untuk Muslim memohon petunjuk Ilahi dalam setiap langkah, sekali gus memohon pertimbangan yang jitu dalam setiap keputusan. Sebenarnya setiap insan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk berbuat apa saja. Namun, menurut perspektif Islam tidak ada kebebasan mutlak tanpa batasan bagi Muslim mengaku beriman kepada Allah.
Dengan kata lain, Muslim terikat dengan peraturan ditetapkan Allah dalam menjalani kehidupan ini.
Oleh itu, seorang Muslim sewajibnya berfikir banyak kali dan meletakkan neraca Ilahi sebelum berucap mahupun bertindak. Dalam hal ini, Muslim dianjurkan untuk selalu berdoa ke hadrat Allah memohon petunjuk hidayah ke arah jalan yang lurus.
Kata-kata hikmat berfikirlah untuk hari ini dan berbicaralah untuk hari esok sepatutnya menjadi cermin diri dan sumber inspirasi bagi setiap Muslim.
Apabila terfikir sesuatu ucapan atau perbuatan yang boleh menyakiti orang lain, maka hendaklah dia bersabar. Sebaliknya jika ucapan atau tindakannya itu jika difikirkan baik, maka
hendaklah dia teruskan walau apa pun risikonya.
Maka benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak akan rugi seorang yang sentiasa beristikharah, tidak akan kecewa seorang yang sentiasa bermusyawarah dan juga tidak akan miskin seorang yang hidupnya sentiasa berjimat cermat. (Hadis riwayat Tabrani)
Akhirnya istighfar, amalan bermuhasabah dan seterusnya memohon keampunan kepada Allah atas kelemahan, kekurangan dan kedaifan diri kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi, setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan pada hakikatnya adalah penyakit yang akan merosak dan menghancurkan hidup manusia. Oleh itu, segala kesalahan dan dosa hendaklah dihindari setiap Muslim. Tidak sedikit musibah dan bencana yang menimpa manusia sejak akhir-akhir ini sebenarnya berpunca daripada kesalahan dan dosa mereka sendiri.
Maka, inilah masanya paling sesuai bagi bermuhasabah dan seterusnya memanjatkan doa keampunan ke hadrat Ilahi supaya diampuni segala dosa.
Adakalanya kehidupan masyarakat dilanda musibah demi musibah yang tidak henti-henti disebabkan dosa masa lalu dan tidak pula pernah disucikan melalui amalan istighfar atau taubat. Jika itulah sebabnya, maka tidak ada penawar yang mujarab melainkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Allah merakamkan kisah Nabi Hud dalam al-Quran yang sepatutnya menjadi teladan dan peringatan seperti firman-Nya yang bermaksud: Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud, ayat 52)
Begitulah sunnah kehidupan ini yang tidak pernah sunyi daripada cabaran dan dugaan melanda hidup manusia. Maka, untuk selamat dalam perjalanan hidup yang penuh liku ini setiap Muslim wajib menghiasi dirinya dengan amalan istiqamah, istikharah dan istighfar supaya berjaya meraih keredaan Ilahi, sekali gus meraih kesejahteraan serta kebahagiaan hidup dunia akhirat.
Pedoman: Penderitaan Rasullulah SAW
•JUNDUB Ibn Sufyan menerangkan, Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari Baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW: Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang sudah berdarah dan di jalan Allah apa yang engkau deritai. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
•Nabi pernah menyatakan tekanan paling berat yang pernah dirasakan Baginda ketika berhadapan kaum Quraisy ialah apa yang pernah Baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina ketika pergi ke Taif untuk berdakwah.
•Baginda berharap penduduk Taif akan menerima dakwah dan melindunginya daripada keganasan puak Quraisy. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah.
•Dalam peristiwa ini Allah SWT mengutuskan malaikat untuk membantu Baginda membalas puak menentang itu dengan cara membinasakan mereka seperti yang berlaku pada kaum sebelumnya.
•Sebagai nabi, Baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan itu dan masih mengharap supaya kaum itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu disebabkan kejahilan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, September 19, 2010
Info Sultan- Sultan Kelantan
Sumber
Semoga Tuanku Muhammad Faris, 41 mampu menjadi pemerintah Islam yang benar-benar akan menjadikan Kelantan sebagai Serambi Mekah di Malaysia...Daulat Tunku!

Thursday, September 9, 2010
Malam Aidilfitri
Salam, Malam aidilfitri na teringin untuk mencoretkan sesuatu....sambil mendengar lagu Maher Zain, Baraka_Allahu_Lakuma :). Selamat Menyambut Hari Raya semua, Na memohon 10 jari memohon kemaafan atas segala salah silap na....
Semoga kita masih mampu mengekalkan momentum bulan ramadhan di bulan bulan akan datang. Sedikit kegusaran di hati na, sejauh mana keberkesanan di dalam diri na ermmm, bak kata dak nung, nak lihat?....lihat lah 11 bulan akan datang....
Bulan ramadhan ini bagi diri na adalah bulan benar2 membuka minda , mata, hati na untuk mengenal dunia sebenarnya....jika di hitung kembali, na masih dikira "pass" untuk ujian tersebut, tapi masih perlu diperbaiki untuk mendapat "cemerlang".....
Raya untuk kali ini juga berbeda sebelumnya....ini apabila na menjadi orang paling tua untuk menguruskan raya ini...al maklum, adik beradik na atas na semua sudah berkeluarga....kelam kabut dibuatnya, nasib baik mak, kak ika , dak nung tolong....kali pertamanya tangan na menolong mak membuat kueh, jika tidak..na jadi pemerhati jek tak pun tolong masak lauk....
Dalam tahun ini, banyak sungguh memberi pengalaman baru untuk diri ini, mungkin na lebih suka mencoretkan secara detail dalam blog rahsia na......hehehe.....
p/s na akan konvo master bulan 10 ni....
Salam aidilfitri semua

Saturday, September 4, 2010
Jangan Guna Lagi Produk Ini
KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.
Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.
Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.
"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber
Thursday, September 2, 2010
Sedikit Info untuk dikongsi bersama
Salam...Na cuma nak berkongsi selepas menonton Semanis Kurma. Ayat pertama adalah ayat ke 37 dari surah Ibrahim, baca lah ayat ni untuk murah rezeki, untuk disayangi ahli keluarga...[ banyak ustazah Baiyah cakap, tapi ni jek point yang na dapat tangkap:)]
Ayat kedua pula adalah ayat ke 43 daripada surah Al-A'raf. Doa untuk mendapat petunjuk daripada Allah.

Puting beliung Api
Gambar menunjukkan asap dan api seperti puting beliung di sebuah kawasan hutan di Pulau Besar, Hawaii, baru-baru ini.
HONOLULU - Fenomena puting beliung api berlaku dekat sebatang jalan raya utama di Hawaii dan ia berjaya dirakamkan menerusi kamera, lapor sebuah akhbar semalam. Putaran asap hitam yang tebal dilihat berpusing dalam bentuk pusaran ketika api menjulang setinggi 6.09 meter dari permukaan tanah, baru-baru ini. Puting beliung api tersebut memusnahkan tanah seluas 566 hektar dan ia terus membakar beberapa bahagian di pulau itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Turut dikenali sebagai syaitan api, puting beliung api itu berlaku apabila api berdepan dengan satu pusaran vertikal. Puting beliung itu turut berlaku apabila satu bahagian udara panas diselaputi oleh api sekali gus menyebabkan tekanan rendah di permukaan bumi. Udara yang lebih sejuk kemudian memasukinya menyebabkan pusaran berlaku manakala api menjulang tinggi. Pada 1923. satu puting beliung api terjadi disebabkan gempa bumi kuat di Tokyo. Dalam kejadian itu, seramai 38,000 orang terbunuh. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)