Wednesday, June 30, 2010

Good to Know!

Source: http://money.usnews.com/money/blogs/my-money

-> 20 Tips for Cleaning on the Cheap

-> How to Buy a Digital Camera

-> Quickly Remove Scratches from CDs and DVDs

Tunggang basikal lima minit sehari untuk kuruskan badan

WASHINGTON: Satu kajian dijalankan penyelidik Amerika Syarikat mendapati, amalan menunggang basikal selama lima minit setiap hari boleh membantu wanita muda mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh mereka.

Pasukan penyelidik di Sekolah Kesihatan Umum Harvard dan Hospital Wanita Boston juga melaporkan wanita dengan berat badan berlebihan adalah kelompok menerima faedah paling banyak daripada amalan ini.

“Sedikit masa yang diambil untuk menunggang basikal membantu wanita mengawal berat badan, tetapi semakin lama masa yang diambil, lebih baik. Wanita yang mengalami kegemukan paling banyak mendapat faedahnya,” kata salah seorang penyelidik, Rania Mekary.

Penganalisis menyifatkan hasil kajian ini memberi perangsang kepada wanita yang mengalami masalah berat badan kerana ia boleh menggantikan amalan berjalan kaki atau berkereta.

“Kajian ini juga boleh membantu penggubal dasar untuk mencari jalan ‘memperlahankan’ epidemik kegemukan yang semakin meningkat di Amerika,” kata penyelidik dalam hasil kajian yang diterbitkan Arkib Perubatan Dalaman Amerika.

Dua pertiga warga dewasa Amerika kini mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes manakala 16 peratus kanak-kanak dan remaja turut berdepan masalah sama.

Penyakit yang berpunca daripada berat badan berlebihan, menyebabkan negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan bernilai berbilion dolar.
Presiden Amerika, Barack Obama sudah mengarahkan isteri beliau, Michelle dan setiausaha kabinet mencari jalan menangani masalah ini.

Antara rancangan yang dirangka termasuk perubahan suasana kejiranan dan bandar raya bagi memudahkan warga Amerika bersenam. – Reuters , Sumber

Tuesday, June 29, 2010

Antara Kesalahan Lelaki (Suami) ......

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami.

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)


1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah ( Bagi na sebab ia tidak memandang ia sebagai wajib! bila meletakkan kepentingan ibu bapa bukan tempat pertama contohnya dalam hal belanjawan misalnya...bila dah biasa, ia akan jadi kebiasaan.....)

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

Peringatan untuk Na hari Ini

Monday, June 28, 2010

Na mencuba yang Ini


http://www.photofunia.com/

Peringatan :  pasti kan aurat ditutup...dan gambar tidak menimbulkan fitnah :)

Hari ini Hari Na!

 Salam.... ia datang tanpa diduga....terima kasih kerna ia berguna untuk na untuk hari ini :)

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.."(noriko_watanabe88)

Friday, June 25, 2010

Nasihat untuk Na

'AIN ( NA ) : Rasulullah SAW berpesan :

" Istafti qolbaka, birr ma itma'ann ilayhi nafs wa atma'anna ilayhil qolb wal ithmu ma haka fi nafs wa taroddod fi shudduur "

Mafhumnya : Mintalah fatwa (nasihat) pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang, dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hati gelisah.

Semoga Allah menunjukkan kita kebenaran dan petunjuk-Nya.

(Ummu Husna)

Monday, June 21, 2010

Bisikan..Bermula....Hiba terasa

http://kalam-puncak.blogspot.com/ adalah blog yang na kenali melalui pembacaan di blog Ustaz Zaharuddin. Telah lama na coretkan di blog rahsia na mengenai ini. Sebak bila membacanya...sebab terasa di mana agaknya kedudukan na di sisiNya....Sebak sebab na melihat isi kandungan nya menjadi tanda aras untuk na menilai sejauh mana prestasi na sebagai hamba dan anak......

Bertambah sebak di jiwa na bila hari ini bertemu dengan seseorang yang na anggap sebagi "ibu" dalam perjalanan na sebagai master student, dengan tersenyum beliau berkata..."akhirnya habis jua"....Sebaknya, mana mungkin na percaya tanpa pertolonganNya, na mampu mengharungi segalanya.....bayangkan dengan melihat post ini.

Perjalanan master na masih belum di garisan terakhir, na masih berharap dapat hantar final thesis sebelum bulan 7....Dapat buat hard cover bulan 9..dan dapat konvo bulan 10.....selepas itu, tamat sudah amanah Allah kepada na.

Next?...Biarlah Allah tentukan :)

Buat Malu Negeri Na jek!

MELAKA: Sebahagian remaja bawah umur yang suka berpeleseran di sekitar Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, di sini, dipercayai turut terbabit dalam kegiatan menghidu gam sehingga membimbangkan pelbagai pihak terutama peniaga di kawasan berkenaan.

Selain menghidu gam, ada di antara mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berpelukan dan mengganggu ketenteraman awam serta duduk berkumpul di tembok laluan pejalan kaki dengan membuat bising.Tinjauan Berita Harian baru-baru ini, mendapati dua gadis remaja khayal menghidu gam tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka, malah kehadiran jurugambar Berita Harian di situ juga tidak diendahkan.
Akibat terlalu khayal, dua gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu juga merepek dan membebel tidak tentu arah sehingga masing-masing mengadu kesal terhadap keluarga masing-masing.

Remaja terbabit dikatakan menjadikan gam sebagai alternatif kepada dadah, sebagai alat untuk membuatkan diri mereka asyik dan khayal serta melupakan masalah dihadapi.

Mereka dipercayai membeli gam basikal pada harga RM5 setin di beberapa kedai basikal berhampiran, sebelum memasukkannya ke dalam plastik dan kemudian menghidunya.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 19, berkata dia sering terserempak dengan 'komuniti' penghidu gam itu terutama pada setiap hujung minggu.
Beliau berkata, 'geng lalok' terbabit di kalangan sekumpulan remaja nakal dipercayai dari kawasan berhampiran, menjadikan setiap Sabtu dan Ahad sebagai waktu untuk berkumpul menghidu gam beramai-ramai di laluan kaki lima kedai di Jalan Melaka Raya 1 sebagai 'port' melakukan kegiatan itu.

"Apa yang mengejutkan, kumpulan remaja ini bukan saja lelaki, malah disertai remaja perempuan yang turut menjadi kaki hidu gam.

"Mereka juga dilihat bercumbuan dan berpelukan di kawasan yang dilalui orang ramai tanpa malu, selain sanggup membuang air kecil di tepi premis," katanya ketika ditemui.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah, 36, berkata lokasi sekitar kawasan itu adalah antara lokasi 'panas' remaja menghidu gam.

Katanya, beberapa lorong dan kaki lima di kawasan premis itu dijadikan lokasi golongan terbabit melepaskan gian tanpa silu atau takut orang ramai memerhati gelagat mereka.

"Remaja yang dipercayai masih bersekolah ini akan berkumpul di sini, kira-kira jam 2 petang hingga malam setiap Sabtu dan Ahad.

"Selain menghidu gam, mereka juga mengganggu orang ramai termasuk pengunjung yang melalui kawasan mereka. Jika wanita atau warga asing lalu di kawasan itu, mereka meminta wang dan jika lelaki pula, mereka minta rokok," katanya.

Sumber

Sunday, June 20, 2010

pix_gal0

Rahsia cap jari
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/06/20
 

Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu.
Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang.

Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.

Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.

Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.
Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.

“Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya.

Bisikan Ahad na...

tersenyum....sedikit gusar....dan sedikit faham....

Kita manusia..tak lari dari membuat kesilapan....dan adakala nya kesilapan itu kita sendiri menyedari sendirian dan ada kala nya orang lain menyedarkan kita...bagi na bila dah buat silap, betulkan balik....Memang terasa kan...na pun adakala memang terasa...sebab apa? kita ada perasaan...:). Dan ingatlah segala yang berlaku walau pahitnya bagaikan hempedu...ia sebenarnya  " Klorok" untuk membasuh dosa kita dan meninggi darjat kita di sisiNya......

p/s - sedang chat dgn dak nung ni:)

Friday, June 18, 2010

Download Book : Men are From Mars, Women are From Venus

Click here

Ni bagus untuk anak 2 kecil

Click Here

2. http://storynory.com/
Promosi Maksiat  & Buka Aib Sendiri
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 
api_dosa.jpg
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan  amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.
Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

Thursday, June 10, 2010

Sehari lagi diharungi di UPM

Kekurangan "mood" tetapi digagahi juga untuk meneruskan operasi "correction" setelah diberi amaran olehNya....Tidak itu indah? menandakan Allah masih melihat diri ini..:)..Melalui pengamatan na, cuma chapter 2 dan kena edit format thesis, selepas tur harap2 thesis terkini terbang ke dalam email supervisor na, Amenn...Chapter 2 paling berat sebab kena membaca dan memahami banyak "papers".  Berehat sebentar...sambil menjenguk blog ustaz penyedar cinta. Gambar menarik telah disambar na, dan ini "points"  yang na amik secara rawak tetapi berkesan untuk diri ini.

1. Apa jua pekerjaan sering kita lakukan setiap sesuatu sama ada baik dan buruk kita akan tetap diuji oleh-Nya supaya kita sebagai umat yang diberi perasaan, emosi dan akal dapat merasai, meluahkan isi hati dan berfikir sendiri akan kehadiran Allah Taala dalam setiap gerak hati kita untuk menjadikan diri ini lebih beriman dan memperingati diri supaya ingatkan yang Maha Satu.

2. Dengarlah apa yang diperkatakan, bukannya melihat siapa yang berkata. Bukannya menilai orang yang berkata secara peribadinya.

3.Hendaklah kita mengambil nasihatnya, bukannya sibuk menghujahkan peribadi si penasihat. Itulah tandanya orang yang menggunakan akal fikirannya dalam mencari kebaikan.

4.Ketakwaan dan keyakinan yang teguh akan memberi kesan yang positif bagi kehidupan manusia terutama dalam soal beribadat, mengawal tingkah laku, hubungan pergaulan sesama manusia dan sebagainya.

5. Kita perlu sedar dari lamunan sedih, kita tahu berkali-kali dipalit kecewa, kecewa dalam pelajaran, kecewa dalam mendamba kasih kekasih hati, kecewa dalam rumahtangga, kecewa dalam urusan pejabat... ini bukan bermakna Dia tiada, tidak menemani kita di saat ini. Dia menunggu masa dan ketika untuk memberi kita bahagia. Persoalkan diri, adakah kita turut mengingati, memandang Allah ketika saat cerca ini, kalau tidak, jangan salahkan Allah kerana tidak pula ‘memandang’ kalian.

6.Terlintas juga, kenapa orang-orang yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan serta dipandang beriman seringkali berdepan dengan pelbagai risiko, kesusahan dan halangan. Rupa-rupanya Allah Taala hendak menjatuhkan rasa ketuanan dalam diri supaya kita sedar hanya seorang hamba, tidak memiliki apa-apa pun.

7.Kita mesti tetap muslim, dan mukmin dalam apa jua keadaan.. senang kita ialah muslim dan mukmin, susah kita mesti muslim dan mukmin.


8.Jangan lupa juga untuk bekalkan doa bagi menguatkan usaha kita tadi. Doa adalah senjata ampuh orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh.


Nabi s.a.w pernah bersabda, bermaksud: “Allah tidak akan mengubah qada’ seseorang hamba melainkan kerana doa” (al-Hadith)


9. Kitalah yang patut mengubah suasana. Bukan suasana yang mengubah kita. Jadilah seperti ikan, walau di lautan mana pun diletakkan, tetap tidak terkesan dengan keadaan yang ada. Tidak kecut dan tidak pula menjadi masin. Kadang-kadang kita juga kena belajar daripada Ikan. Bukan jadi Ikan, tapi resmi ikan.


10. Kisah seorang ayah yang menjelang ajalnya di hadapan sang isteri berpesan dua hal kepada dua anak lelakinya; iaitu pertama, jangan ada di kalangan kamu menagih hutang kepada orang yang berhutang daripadamu, dan kedua, jika pergi berniaga jangan sampai muka kamu terkena sinar matahari. Maka beberapa tahun setelah ayahnya meninggal, didapati anak yang sulung bertambah kaya sedangkan anak yang bongsu menjadi semakin miskin.


Pada suatu hari sang ibu menanyakan hal itu kepada mereka.


Jawab anak yang bongsu: “Hal ini kerana saya mengikuti pesanan arwah ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara saya tidak boleh menagih daripadanya”


“Juga ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang ke rumah dari berniaga tidak boleh terkena sinaran cahaya matahari. Akibatnya saya harus naik kereta, padahal sebetulnya saya bisa berjalan kaki saja, tetapi kerana pesan ayah itu, jadi belanja duit poket saya untuk beli minyak bertambah banyak”


Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, sang ibu pun bertanya hal yang sama.


Jawab anak sulung: “Ini semua adalah kerana saya mentaati pesanan ayah. Kerana ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah menghutangkan sehingga dengan demikian modal tidak susut”


“Juga ayah berpesan agar supaya jika saya berangkat untuk berniaga atau pulang dari berniaga, tidak boleh terkena sinaran cahaya matahari, maka saya berangkat untuk berniaga sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Kerana saya membuka kedai sebelum kedai lain dibuka, dan ditutup lewat sesudah semua kedai yang lain tutup.”


“Sehingga kerana kebiasaan itu, orang menjadi tahu dan kedaiku menjadi laris kerana mempunyai jam kerja lebih berbanding para pekedai biasa”


Kisah di atas menunjukkan bagaimana sebuah wasiat atau kenyataan ditanggani dengan persepsi yang berbeza. Jika kita melihat dengan pandangan positif dan betul, maka segala kesulitan di hadapan sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita bakal menempuh kejayaan. Tetapi kita bisa juga terhanyut dengan adanya kesulitan kerana terjerat dengan perangkap yang dipasang sendiri, pilihan berada di tangan anda.


11. Ingatlah, hati ini ibarat bekas, yang mana jika tidak diisi dengan air maka akan diisi oleh pepejal lain. Begitulah hati, jika tidak diisi dengan kebaikan maka akan disi dengan kejahatan. Maka isilah hatimu dengan segala macam jenis kebaikan... dengan zikir, dengan alunan al-Quran, dengan ilmu. Moga disaat itu jua, Allah Taala mencampakkan rasa ketenangan dan mencabut segala rasa kesunyian, kesunyian, kesepian yang bisa menggugat hadirnya iman.


12.Elemen penting bagi suatu perubahan adalah Istiqamah (konsisten) termasuk juga persekitaran yang menyokong istiqamah itu dan membuat perancangan susulan. Antaranya keperluan berada di kalangan teman-teman yang baik. Kita memilih kawan yang baik bukan kerana kita baik, tapi sebab kita hendak jadi baik.


13.Niat dan matlamat perlu jelas dan dicanang mengikut kemampuan diri sendiri, tidak perlu banyak dan drastik kerana kelak jenuh untuk terus konsisten... biar perlahan, buat sedikit demi sedikit tapi kita mampu untuk kekalkan momentum hingga kita merasai kemanisan detik-detik perubahan tersebut yang berada di penghujung. Niat dan matlamat ini akan membekalkan sinergi dan kekuatan peratusan terbesar untuk kita terus berubah. Tapi perlu ingat, berubah pula bukan kita mendabik dada mampu berubah, bukan kerana kita perlu berubah tapi kerana kita adalah hamba, kita lakukan kerana Allah Taala semata-mata.

Wednesday, June 9, 2010

Cara untuk Kita jadikan Gambar...

Na nak ajar akak na cara ni , selain copy paste [ ini cara lama, dan ada kalanya ia tidak berfungsi :) ]

1. Contohya, masuk ke blog research na...cari yang menarik :), then jumpa...terus tekan Print Screen/SysRq di  keyboard anda.

2. Click pada PAINT [ ada dalam ALLPROGRAMS->ACCESSORIES->PAINT ]

3. Then tekan Ctrl+v = paste. Lihat gambar di bawah untuk hasilnya:


4. Kita gunakan Crop atau apa2 kemudahan dalam Paint untuk edit....Ini hasilnyer:




 5. Then savekan. Save as type : tukarkan bitmap to Jpeg.... ini hasil terakhir :
                                               
                                              


Ok...boleh apply apa sahaja asalkan keyboard anda tidak rosak...TQ.

p/s- faham tak anung?

Kenapa Na Suka ni

Sejak kebelakangan ni, na tak boleh buat kerja berterusan....sebab tur untuk menggembirakan hati na, apa yang na rasa Ok..akan na masukkan dalam blog :)....tak kiralah ia berkaitan dengan research, pembacaan...ker...et.al. Kalu berkaitan dengan research, quantumna lah mangsanya...hehehe...




Ok, na nak terus membaca....

Ayat untuk Membuang Saka


Kakak na bagitau setelah dia menonton Wanita Hari Ini, ustaz ni ada kebolehan membuang saka suruh amalkan ayat 7 dari surah Saffat. Jika seseorang ada saka, keluarlah saka dengan izin Allah. Jika tiada, insyaallah akan dilindungi daripada gangguan2 saka. Ini ayat nyer:










Sumber

Tuesday, June 8, 2010

It's so Funny..Maybe in future.. i will like her...hehehe

Imagine this... you have 4 kids 6-2 years old. They still don't understand what is tidy and what is mess. They like to play around with things in the house. Plus, if their mother take a nap, they will throw everything upside down. Suddenly, their mother get a phone call and somebody is coming in less than 1 hour. When their mother look around, she found that her beautiful house turn to 'tongkang karam' or even worse. Then...............yeah!! The Tarzan voice will take place LOL!!!

Continue

Cara Mengelakkan Sihir

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.



3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)


4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim".

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)



5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)



6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Artikel penuh

Motivasi Diri :)



1. Rancangkan apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

 2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

 

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.



 6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

 7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.



8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.



9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan. 



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

 11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.



12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.


16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan.


Betul ker? :)

Saturday, June 5, 2010

Artikel Penuh

Hukum Urusniaga Dengan Syarikat
Yahudi : Makan, Beli, Jual

(Artikel ini ditulis pada tahun 2007, adapun di ketika Yahudi Israel menyerang Palestin dengan kejam hari ini, tindakan boikot adalah amat wajar dilakukan- uzar pada 9 Jan 09)

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.

Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi.

Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.

Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?.

Friday, June 4, 2010

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Pemberian Vaksin H1N1




Sumber

Artikel Bagus Berkisar Boikot Yahudi...

 
 
Hukum Urusniaga Dengan Syarikat
Yahudi : Makan, Beli, Jual  (click here)
( Hukum McDonald, KFC, MAXIS & Syarikat Yahudi )
 
 Palestin : Lagi Usaha Kita
& Doa Qunut Berbaris (click here)

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia (click here)

 
Gambar Yang Menghina Islam &;
Info Yang Kontroversi (Click here)

 

BOIKOT...BOIKOT... ep.1

Sejak kempen ini diketahui na, na telah menukar barangan penjagaan kulit dari LOREAL ke OLAY...itu tanda sokongan na...:), tapi di Kolej ada notis dari pmi..rasa nya, ada 3 produk yang MESTI kita boikot...STARBUCK....MCDONALDS.......satu lagi na tak ingat....

Wednesday, June 2, 2010

Best : Normalisasi Muqaddimah Zina

“Susah, ustaz. Macam mana nak solat dalam kapal terbang kalau pakaian kotor” kata seorang anak muda.
“Nak berangkat ke UK pun pakai baju kotor? Tak sempat basuh ke?” tanya si ustaz.
“Bukan macam itu. Pakaian yang dipakai sudah tentu bersih. Tetapi semasa ke tandas di KLIA, di situlah pakaian jadi kotor” jelas beliau.
“Mengapa? Ustaz ke tandas tiada masalah pun” si ustaz ‘pura-pura tidak tahu’.
“Ustaz lainlah” ujar anak muda itu lagi.
“Apa pula lainnya. Awak lelaki, ustaz lelaki. Masuk pun ke tandas yang sama. Cuma, awak kencing berdiri ya?” si ustaz bertanya terus ke topik sebenar.
Anak muda itu ketawa kecil. Apa yang beliau tidak mahu menyebut, telah disebut oleh sang ustaz.