Friday, August 13, 2010

Pelbagai Soalan dan Jawapan

Cara membayar fidyah
1. Bagaimanakah cara yang menepati syarak bagi seseorang itu membayar fidyah?

JAWAPAN:

Fidyah merupakan denda atau tebusan yang dikenakan kepada seseorang kerana meninggalkan sesuatu fardu atau kerana melanggar syarat-syarat ibadat tersebut.

Cara membayar fidyah yang menepati syarak ialah dengan membayar satu cupak beras untuk satu hari bersamaan dengan 675 gram (g) bersamaan dengan 15 tahil.
Fidyah akan berganda sekiranya puasa tidak diqada sehingga melangkaui tahun. Seperti contoh tiga hari puasa yang ditinggalkan 2 tahun lepas kiranya : 3 cupak beras x 2 tahun = 6 cupak beras.

Bagi puasa yang ditinggalkan wajib diqada mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

Qada solat

2. Bagaimanakah mengqada solat dan boleh tak jika qada sembahyang wajib lima waktu iaitu Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor dan Asar?

JAWAPAN:

 Qada solat hanya boleh dilakukan jika seseorang itu:

* Terlupa

* Tertidur

* Hilang akal

Solat qada boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk pada waktu yang diharamkan solat. Seeloknya-eloknya dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardu. Misalnya, solat qada Zohor dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardu Zohor dan seterusnya.
3. Mengganti puasa: Apakah hukumnya wanita yang meninggalkan puasa kerana haid dan tidak menggantikan puasa itu sejak dia baligh. Kemudian dia baru sedar kesalahannya itu. Bagaimanakah dia boleh menggantikan puasa yang ditinggalkan itu?

JAWAPAN:

Hukumnya wajib mengqada semua puasa yang ditinggalkan. Wanita terbabit juga perlu membayar fidyah bagi puasa yang tidak diqada hingga melangkau tahun.
3. Kencing berdiri bukan sunnah. Bolehkah berikan dalil atau hadis mengenai larangan kencing berdiri sebab saya pernah membaca mengenai dalil atau hadis jika kita kencing berdiri, kita seolah-olah membantu memulihkan syaitan daripada kecelakaan?
JAWAPAN:

Islam telah mengajar umatnya memiliki ciri-ciri akhlak yang baik dengan mematuhi adab-adab dalam semua keadaan termasuklah bersuci.

Amalan kencing berdiri bukan sunnah Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa sesiapa yang menceritakan bahawa Rasulullah saw kencing berdiri janganlah mempercayainya sesungguhnya Rasullullah saw kencing dengan cara duduk. Hadis riwayat Al-Tarmizi.
Dalam hadis lain riwayat Ibnu Mas' ud mengatakan bahawa harus kencing berdiri bagi orang yang uzur. Pembiasaan kencing berdiri mempengaruhi tingkah laku yang kurang sopan.

Sumber

No comments:

Post a Comment