SENAMAN boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit sekali senaman.
Berbeza dengan hari biasa, senaman dilakukan lebih kerap dan memerlukan 30 minit sehingga satu jam. 2. Dalam tempoh 30 minit, individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat dimulakan dengan memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal, berjalan kaki atau berjoging dengan menyelaraskan tahap penggunaan tenaga mengikut latihan.
3. Lakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha. Bagi setiap otot, latihan boleh dijalankan dalam satu atau dua set dan setiap satu set, sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot.
4. Senaman boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai. Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, pastikan makanan benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurangnya setengah hingga satu jam selepas makan.
5. Elakkan berbuka dengan makanan berat contohnya nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman. 6. Senaman kardiovaskular 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan. Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama 10 hingga 15 minit.
Sumber
No comments:
Post a Comment