Thursday, June 16, 2011

Tutup Aurat Dari Sudut Sains Fizik

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki.

Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan
penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan

dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat.

Jika dikaji tentang formula yang digunakan:


J = mc x tetha


J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu

objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai
jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan


Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada

terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup

aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang

lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan

kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan

berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.


Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap

tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang

disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi

dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai

tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan

yang lemah.


Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima

suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan

dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap

tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang

membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu

kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan

Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung

tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan

ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan

t-shirt?


Pembolehubah malar


m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk

badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita

adalah sama.


tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara

automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan

perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang

berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon

estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).


Pembolehubah bergerakbalas


J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang

mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan

dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental

ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.


Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti

ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita

terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki

yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka

mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha

sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.


Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan,

pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan

berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala

kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada

masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi

kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan

senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan

spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat

sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan

marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur

kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang

dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut,

keadaan kembali normal.


3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang

menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak

sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah,

ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah

atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.


Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai

nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan

baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam

formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.


Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam


Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations,Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar
institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan".

Sumber

No comments:

Post a Comment