Tuesday, January 25, 2011

Bicara Agama : Persoalan Mengenai Haid

Soalan 1:
SAYA mengalami haid buat pertama kalinya bulan lepas. Tempohnya adalah lima hari. Adakah ini normal? Pada kebiasaannya berapa lamakah tempoh haid bagi seorang wanita?

Jawapan:

Tempoh haid tidak sama antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Sekiranya adik mengalami haid untuk jangka masa yang sama bulan hadapan dan seterusnya, maka itu adalah jangka masa normal bagi adik.
Pada kebiasaannya tempoh haid adalah antara enam sehingga tujuh hari.

Soalan 2:

Sudah tiga bulan adik saya mengalami haid hanya satu hari bermula daripada sebelah pagi dan habis kira-kira tengah malam iaitu lebih kurang 16 jam. Adakah itu dikira haid?

Jawapan:

Ia bukan haid kerana tempoh haid adik puan adalah kurang daripada 24 jam. Tempoh haid adalah sekurang-kurangnya satu hari satu malam iaitu 24 jam.

Soalan 3:

Saya mengalami haid selama 18 hari sehingga 20 hari setiap bulan. Adakah ini haid atau darah penyakit?

Jawapan:

Bagi tempoh satu hari sehingga 15 hari, ia adalah darah haid dan darah yang keluar selepas itu adalah darah penyakit (istihadah).

Soalan 4:

Apakah maksud suci antara hari-hari kebiasaan haid? Apakah hukumnya?

Jawapan:

Apabila seorang wanita mendapati dia kedatangan haid, misalnya dua hari, kemudian pada hari berikutnya tiada darah keluar (suci), hari keempat keluar semula darah hingga hari keenam.

Dalam keadaan ini, menurut pandangan Imam Syafie dan Abu Hanifah, keseluruhan hari daripada hari pertama hingga keenam dikira haid.

Soalan 5:

Apakah syarat bagi menentukan suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah haid?

Jawapan:

Suci antara darah-darah sama ada dalam tempoh minimum haid (sehari semalam) atau lebih dikira sebagai haid dengan syarat:

a) Tempoh suci tidak lebih daripada 15 hari 15 malam.

b) Darah haid yang keluar keseluruhannya tidak kurang daripada satu hari satu malam (sekurang-kurangnya haid).

c) Tempoh suci itu dihimpit antara dua tempoh pengeluaran darah haid.

Sumber

6 comments:

  1. salam, nak tanya. macam mana dengan haid yang keluar selama 10 hari, kemudian 3 hari selepas itu datang semula haid?

    ReplyDelete
  2. salam, setahu na lah, darah itu masih darah haid...selagi tempoh itu tidak melebihi 15 hari...selepas 15 hari, wajib mandi hadas besar dan solat macam biasa. ketika nak solat, kenalah pakai tuala wanita@ pantyliner. then kalu masuk waktu solat lain, kena gantilah tuala wanita tur dan amik wudhuk semula.....

    ReplyDelete
  3. as'salam...sy nak tnya.....biler nak habiss dah waktu keluar haid tu kan .contoh, pada waktu pagi sy cek tiada dan kering tpi biler masuk wktu zohor keluar cairan wrna koko...adkh tu dikira haid lagi dan perluu tunggu smpai keluar cairan wrna putih ???

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Saya nak Tanya, kawan saya selalunya haid selama 12 hingga 15 hari kemudian haid semula pada hari ke 20 Dan 21.. adakah ia dikira sebagai darab haid?

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Saya nak Tanya, kawan saya selalunya haid selama 12 hingga 15 hari kemudian haid semula pada hari ke 20 Dan 21.. adakah ia dikira sebagai darab haid?

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Saya nak Tanya, kawan saya selalunya haid selama 12 hingga 15 hari kemudian haid semula pada hari ke 20 Dan 21.. adakah ia dikira sebagai darab haid?

    ReplyDelete