Wednesday, May 29, 2013

Hari Jadi Na Hari ni...

Salam, alhamdulillah....bertambah umur na dan semakin dekat na untuk mendiami  di dalam perut dunia kelak...;) hari ini hari jadi na yang ker....cari sendiri ek...rasanya post lepas lepas ada na postkan kek yang terkandung usia na....

Untuk kali ini, na dapat hp baru, tq mak abah ...( na guna rebet hp, bakinya mak abah bayar...hehehe). Dalam hidup na, inilah kali ke-3 na ganti hp.....:)



Lagi satu, na dapat ucapan selamat dari Prof Agus....wah, gembiranya...selain dapat dari adik beradik, kawan, ex supervisor na.....:)


Alhamdulillah, suka sangat....hari ni......



Monday, May 27, 2013

Big Bad Wolf At Malacca....

Salam, "Big Bad Wolf" ni adalah pameran buku bahasa Inggeris....semua murah2 untuk dimiliki....ari tur....na pergi dengan adik lelaki na...ni adalah siket yang na borong dari sana..

Wednesday, April 24, 2013

Hebatnya Saidina Umar....

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.

Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isteri...nya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar.

Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.

Taugeh..Kelebihan nya

Jom kita tengok khasiat2 yg terkandung dlm togei ni yang berkaitan dengan kesuburan..

1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

... 2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Tuesday, April 23, 2013

Petua Mudah Mengandung

~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaima...na untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

Sunday, April 21, 2013

Minggu Terakhir Na di Uitm Beting

Salam...minggu ini adalah minggu terakhir na bekerja sebagai pensyarah ptft di Uitm Beting. Alhamdulillah, na telahpun habiskan satu semester di sini. Banyak perkara & peristiwa berlaku sepanjang semester ini mengajar na.....Alhamdulillah.

Kalu ikut mulut bos, maybe na boleh sambung kontrak untuk semester depan. Allahu'alam. Segalanya na serahka padaNya. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri na.

Sunday, March 31, 2013




DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik.... Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Thursday, March 28, 2013

Baru Na Tahu - Petang Yang Redup

Salam...dah petang...so sebelum na balik rumah sewa...ingin na coretkan sesuatu yang berlaku pada hari ini. Na sudah keluarkan 'carry mark' untuk tiga kumpulan pelajar na. Tinggal satu lagi jek kumpulan tak dapat na keluarkan 'carry mark'nya....sebab markah 'lab' mereka di 'handle' oleh pensyarah lain.

Ada pelajar na kata...'Miss, nak tahu tak...mereka semua kata sem ni lah subjek fizik paling senang', tapi...tapi....'.Mereka maksudkan na ni tegas sangat.....Yup, NA memang latih pelajar na buat langkah pengiraan......bukan hanya tekan kalkulator dapat jawapan. hehehe, kat situ lah, baru kita tahu pelajar kita faham atau tidak....hilang satu langkah, hilang satu markah....Bagi na, ini penting untuk melahirkan pelajar yang boleh 'Matematik' dan 'Fizik'.....

Ada dulu pelajar na cakap....'ala Miss, dulu kitaorang dapat jawapan jek...dapat markah penuh"...wah........yeke?

ermm....kalu na tegas sangat....tak kan lah ada pelajar na dapat A....salah siapa? mereka sudah didedahkan dengan "teknik na" sejak awal....tak kan x dapat nak "follow"....
na buat dari awal sehingga habis semester ni. Apa yang penting, teknik ini melatih mereka untuk memahami konsep dan kemahiran "matematik" mereka......

ada juga kesilapan yang tidak boleh dimaafkan seperti 1 bahagi 2 = 2, 15 bahagi 5=5......

takpelah, na nak tengok untuk FINAL pelajar na pada 8hb Mac ni....

Semoga Allah menolong kami di sini......


Renungan Bersama.....BILA suka HARAM....

Seorang lelaki bertanya kepada sheikh " Wahai sheikh, aku telah lama berkahwin dan mempunyai anak2 tapi semenjak beberapa tahun ini, aku merasakan aku tidak lagi tertarik kepada isteriku"

Sheikh mula bertanya "Adakah isterimu telah gemuk"
Lelaki : Tidak, dia kelihatan sama seperti dulu

... Sheikh: Adakah dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cacat?
Lelaki: Tidak, dia kelihatan sama seperti dulu

Maka sheikh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai kesukaran melabuhkan pandangan mu kepada wanita2 yang berjalan di hadapanmu? Adakah kamu meminati pornography?

Lelaki : Ya, bagaimana sheikh tahu perkara tersebut?

Sheikh: Bila kamu terlibat dengan perkara HARAM, suka kepada yang haram, tidur, makan dan bernafas kepada perkara yang haram..maka yang HALAL akan menjadi perkara jijik bagimu

Thursday, March 7, 2013

Normal atau penyakit? Keputihan di kalangan wanita proses semula jadi

Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.

Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya.

Statistik menganggarkan 75 peratus wanita sudah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual. Penggunaan produk intim bertoksik seperti sabun, syampu dan gel mandian turut menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada di dalam faraj wanita.
Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.

Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.

Proses Semula jadi

Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita.
Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen.

Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.

Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan keletihan yang amat sangat. Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan.

Monday, December 31, 2012

Allah beri Na Peluang

Salam ....sekarang na sedang berehat sambil menghirup udara Kuala Pilah...alhamdulillah, na diberi peluang untuk menjadi Pensyarah Sementara PTFT...untuk unit Fizik. Na ditugaskan mengajar Optik untuk 4 kumpulan, menjaga makmal untuk 3 kumpulan bagi subjeks Optik dan 2 kumpulan untuk subjeks PHY210. Baru sahaja selesai untuk sesi tuturial...agak mengejutkan benda yang bagi na mudah....tidak untuk pelajar na, ermmm...kena ada perancangan dan strategi untuk memastikan pelajar-pelajar na cukup memahami semua konsep....

entah kenapa na terkenangkan apa En Aslam kata kan dulu dalam kelas " Kempen 3.0" anjuran Kolej 14......."Always go to basic".Na masih mencari rentak di sini.....cuma sedaya upaya mencari jalan yang paling senang untuk "memahamkan" pelajar- pelajar na.....

Lagi satu, soalan tuturial , kuiz dan test kena buat sendiri...huhuhuu......itu lah kerja pensyarah...hehehe,

okey, kena sambung kerja....tarik nafas......lepas.....senyum...:)

Tuesday, December 11, 2012

Sunday, December 2, 2012

Baca Sebelum dan Selepas Keluar Rumah

Sebelum MASUK rumah, baca ayat QURSI. Nak KELUAR rumah, baca QULHUALLAH. Untuk elak gangguan makhluk halus dll.

-UAI- ♥

"Wanita..

"Wanita..

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan
terbentang

...
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang…

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat.. Apa lagi
mendapatkannya. . hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya.. Harganya mahal
sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala
kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan..
pulut
panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang
terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa
santan..

Mutiara..tertan am di dasar yang paling dalam..sukar andai mengharap
jadi
perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya ditemui
insan..
akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau
di
leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara
tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi
santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis
perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :

“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini . Yang Ananah , yang Mananah , yang Hananah , yang Hadaqah , yang Basaqah dan yang Syadaqah ”.

1. Wanita Ananah :...

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini . Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati .

2. Wanita Mananah :

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga . Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga . Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar .

3. Wanita Hananah :

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain , yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada . Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu . Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan . Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya .

4. Wanita Hadaqah :

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu , lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya . Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya .

Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki . Dia tengok apa saja dia mahu . Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain . Suka menunjuk-nujuk . Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan . Berdosa besar baginya .

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna) :

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri . Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia . Suka melawa . Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up , kasut dan barang kemas . Wanita begini juga suka dipuji-puji . Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu , orang lain tidak boleh mengatasi dirinya .

Kedua dia marah ketika makan , selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya . Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aamiinn)

6.Wanita Syadaqah :

Banyak cakap , tidak menentu lagi bising . Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi , hanya tukang sibuk dan komen saja .

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali .

Wednesday, November 28, 2012

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda

assalamualaikum…
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0fgJw64Qyug
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
 
 Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Sumber


Salah Suami atau Salah Ilahi?

Sms seorang ibu muda mencuit rasa hati saya untuk berkongsi.
“Ustazah, suami saya bercinta balik dengan bekas kekasih lama dia. Saya terkontang-kanting jaga anak dua orang. Badan masih lemah sebab baru lepas keguguran. Suami saya pula berseronok asyik keluar ‘dating’ dengan perempuan tu. Ustazah, kenapa Allah buat begini kepada saya? Kenapa Allah kejam? Kenapa Islam benarkan suami berseronok-seronok tapi membiarkan isteri dalam derita?”

Astargfirullah! Suaminya curang tapi kepada Allah dan Islam pula dilontarkan kesalahan. Saya mesti membela Allah dan Islam di hatinya. Hanya Allah yang memiliki ubat terhadap segala kesedihan. Jika kita rasa Allah kejam, bukan Allah yang kejam tetapi kita yang belum kenal baiknya Allah SWT. Jika kita rasa Islam tidak adil, bukan Islam yang tidak adil tapi kita yang belum menambah ilmu terhadap keadilan Islam dan kesyumulan undang-undangnya.

Saya cuba masuk ke dalam ‘kasut’ ibu muda ini. Kondisinya yang baru lepas keguguran menyebabkan jiwanya terganggu dan perasaannya kecamuk. Kasihan dia. Saya tunjukkan empati sebelum memberi solusi. Saya tadahkan telinga mendengar jeritan batinnya. Dia berulang-ulang mempersoalkan keadilan Allah dan menyalahkan takdir. Saya bertanya,

“Dulu sebelum nikah, saudari selalu keluar ‘dating’ dengannya?”
“Err, ya. Ber’couple’ sakan,” jawabnya lambat-lambat.

Allah Mahu Kita Bahagia
Saya nampak puncanya. Tak mengapa. Hal yang silam itu untuk dimuhasabah bagi mengcungkil ibrah (pengajaran). Ia bukan untuk dirintih-rintihkan. Saya mesti membantunya memanfaatkan potensi hari ini untuk ‘mengubat’.

Allah sudah memberitahu kita awal-awal di dalam al-Quran,
Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). (Surah al-Syura: 30).

Betul! Kebanyakan musibah yang menimpa diri kita adalah kerana diri kita sendiri yang menempahnya. Allah tidak membenarkan kita ‘menghampiri zina’ sebelum bernikah termasuklah ber’couple’ tapi ramai orang yang melanggarnya. Islam memperkenalkan cara yang jauh lebih bermaruah dan layak dihormati tapi kita tidak mahu memilihnya. (Insya-Allah kita bincangkan dalam artikel seterusnya).
Apabila sudah bernikah, mereka mendapat pasangan yang suka ber’couple’ dengan orang lain pula. Oleh sebab itulah, jika kita mengikut petunjuk Allah sejak awal, potensi untuk bahagia lebih besar. Allah bukan sengaja hendak susah-susahkan kita apabila Dia bagi peraturan. Bahkan, Dia mahukan yang terbaik untuk kita.

Firman Allah SWT,
“Allah mahukan kesenangan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.”

dari Ustazah Fatimah Syarha

Friday, November 23, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Sunday, October 7, 2012

Toksik Punca Penyakit Hati

Mengikut laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu, dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.

Kombinasi makanan tidak berkhasiat, merokok, pengambilan alkohol, minuman berkarbonat, makanan dengan pewarna, pengawet dan racun perosak memberi kesan kepada organ yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit hati pada usia muda.

Wanita lebih terdedah penyakit hati sekalipun menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil alkohol dan merokok. Alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut mungkin memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.

Tambahan pula, wanita sering terdedah kepada produk pembersihan rumah yang mengandungi lebih 30 toksik dan bahan kimia yang menghakis, sesetengah daripadanya berbau harum yang memberi tanggapan salah bahawa ia bersih dan segar.

Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit yang memberi tekanan kepada tubuh dan boleh menyebabkan cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, kemurungan dan perubahan emosi, jerawat badan, cela pada kulit wajah, lingkaran gelap dan bengkak merah pada mata, peluh berlebihan dan badan berbau, masalah pencernaan, pedih hulu hati, kembung dan sembelit serta kurang toleransi terhadap makanan berlemak dan alkohol.

Artikel penuh

Penyebab Strok, Sakit Jantung

GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.


Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.

Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.

Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).


Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.

Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.

Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.

Punca, kejadian dan faktor risiko

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

•Kandungan air dan garam di dalam badan
•Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
•Tahap hormon badan yang berbeza

Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:

•Obes
•Sering tertekan atau cemas
•Minum alkohol terlalu banyak
•Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
•Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
•Menghidap diabetes
•Merokok

Pilihan rawatan

Beberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:

•Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
•Angiotensin receptor blocker
•Diuretik
•Beta-blockers
•Calcium channel blockers
•Alpha-blockers
•Alpha-agonists
•Renin inhibitors
•Gabungan ubatan

Rawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.

Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.

Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.

Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.

Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes.  Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati. Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.

Gabungan terapi

Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.

Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen antihipertensi tunggal.

Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.

Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.

Gabungan Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding monoterapi.

Sumber