Tuesday, April 19, 2011

Doa Untuk Memagar Rumah

 Ayat 9, Surah Yassin.

Baca sehingga sampai ayat "saddau"...(bayangkan keliling rumah kita) dan teruskan bacaan sehingga selesai.

Mak dapat daripada program " Tanyalah Ustaz".

Ayat Penceraian Jin dan Manusia

 Ayat 4, Surah Tariq.

Mak na dapat daripada program "Tanyalah Ustaz"

Doa Anak Yang Soleh(2)

Ayat 100, Surah Saffat

 Na dapat daripada program Tanyalah Ustazah ( Ustazah Baiyah)

Doa : Perisai Kebal Menghadapi Jin

 
Ayat 7, Surah Saffat.

Mak na dapat doa ini daripada program  "Tanyalah Ustaz".

p/s -Ayat ini juga untuk SAKA,  Baca entry  lepas na, Klik Sini

Doa Terlepas daripada Godaan Syaitan

Na dapat dari Ustazah Baiyah, daripada rancangan Tanyalah Ustazah.

Ayat 97-98, Surah Mukminun

Doa Mendapatkan Anak Yang Soleh

 Ayat 40, Surah Ibrahim

Selain itu doa ini hendaklah diamalkan supaya anak-anak kita mudah untuk menunaikan solat.

p/s- Ingatan untuk na jugak, kelak nanti amalan pertama dihisab adalah Solat...jika baik solatnya, baiklah semua amalannya yang lain dan sebaliknya.

Menangani Anak Pemarah

Na dapat daripada rancangan Tanyalah Ustazah, ( Ustazah Baiyah). Selain untuk  anak yang pemarah, ia juga boleh menyebabkan kita menjadi orang kaya kasih sayang, insyaallah.

Baca ayat ini, dan tiupkan dalam air @ masakan.

Ayat 19, Surah Assyura

Doa Nabi Yunus

Mari kita sentiasa amalkan...( dapat mengelakkan gangguan, dapat melindungi kita daripada orang jahat untuk membuat jahat ke atas kita )

Ayat 87, Surah Anbiya

Jika ada Masalah Haid, Baca ini

Ini mak na dapat dari program "Tanyalah Ustaz". Jika kaum hawa mempunyai masalah seperti kedatangan haid tidak betul atau mengalami haid yang lama, ada kemungkinan itu adalah tanda gangguan jin. Oleh itu, kita bolehlah berusaha dengan membaca doa ini ( Baca dengan air bersama madu dan minum).

Ayat 69, Surah An-Nahl

Doa untuk Mendapat Sifat Sabar

Ayat 200, Surah Ali Imran

Na dapat dr Ustazah Baiyah,"Tanyalah Ustazah".

Info Student : First Class Dunia Akhirat

Assalamualaikum wbt...

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah nikmat kurniaan iman dan Islam, telah Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi ilmu. Alhamdulillah pejam celik kita sudah tiba ke minggu mengulangkaji pelajaran.

Namun ada juga yang masih sibuk dengan kelas ganti dan membuat persiapan pembentangan projek subjek. Tidak lupa juga ada yang sedang sibuk mengumpul  kertas, nota-nota sem lepas. Begitulah senario persekitaran universiti bila tiba peperiksaan akhir. 

Tidak lupa juga kesibukan pensyarah-pensyarah dan para penyelia melayan karenah pelajarnya yang sibuk membuat temu janji untuk mendapatkan tips-tips dan mendengar serta menilai keseluruhan projek dan kertas-kertas ujian untuk di masukkan dalam sistem pemarkahan carry mark.

Sungguhpun kita dalam kesibukan, sebagai mahasiswa/i muslim jangan sesekali meninggalkan tanggungjawab sebagai Hamba Allah, anak yang soleh/solehah kepada ibu bapa dan sebagai ahli masyarakat. Belajarlah bersungguh-sungguh, bak kata orang putih “don’t study hard, but study smart”. Betulkan niat dengan menjawab persoalan-persoalan berikut, Kenapa kita belajar? Untuk apa kita belajar? Untuk siapa? 
Dan semuanya pasti pada akhirnya semata-mata mencapai keredhaan Allah.


           Oleh yang demikian disini saya ingin berkongsi 6 sifat yang perlu kita ikuti dengan istiqamah bagi memperoleh kejayaan seterusnya diberkati dan diredhai Allah. Begitu juga dalam memiliki syurga Allah, ketahuilah syurga Allah itu hanya dimiliki oleh orang-orang yang diredhai Allah SWT dan diberi rahmat olehNya, bukannya dengan banyaknya amalan yang kita lakukan. 6 sifat ini saya perolehi daripada Ukhti Ummu solihin semasa program yang HELWI PMI anjurkan iaitu “Diskusi Bersama First Class”.

Antara sifat-sifat itu adalah:

  • 1.       Taat pada perintah Allah SWT dan amalkan sunnah Rasulullah SAW – kerana hanya Allah SWT yang mempu untuk mengurnian kepada kita sebesar-besar kejayaan. Jaga hubungan dengan Allah serta yakin dengan kalimah “tiada Tuhan selain Allah”. Sebarkan kejayaan yang kita peroleh kerana semua Allah yang beri. Orang-orang yang mengamalkan sunah Rasulullah tidak kira perbuatan, akhlah dan pergaulan dialah orang yang berjaya.

  • 2.       Khusyuk dalam solat dan tawaduk dalam melakukan amal kebajikan – kusyuk dalam solat tidak seperti kita berpuasa, jika dengan puasa kita dapat rasa kelaparan itu, namun jika solat yang kita lakukan tanpa kekusyukan ia tidak beri kesan apa-apa pun, jadi cubalah untuk mencapai kusyuk dalam solat. Jika dalam study kita boleh fokus dengan tajuk-tajuk yang masuk final kenapa dalam solat kita tidak boleh? Fikir-fikirkan dan renung cubalah insyaAllah kekhusyukan itu dapat kita perolehi. Paling penting jaga tahajud kerana ciri-ciri orang yang berjaya disisi Allah SWT ialah golongan yang tidak meninggalkan solat sunat tahajud. Salah satu fadilat bila tahajud seseorang diterima Allah, pada hari tersebut ia sangat segar dan cerdas berbanding orang-orang yang tidur lebih lama. Tak percaya cubalahJ

  • 3.       Sentiasa berzikir dan bersungguh dalam menuntut ilmu – Allah meniggikan kedudukan orang-orang yang menuntut ilmu kerana mencari redhaNya. Begitu juga dengan amalan zikir, kerana zikir itu senjata orang mukmin. Amalkan  Zikir 100 kali setiap pagi dan petang, selawat keatas Nabi SAW junjungan Mulia, dan banyakkan beristighfar. Sikit-sikit tapi selalu, ala bisa tegal biasa.

  • 4.       Banyak muliakan orang-orang Islam – tunaikan hak orang lain, hormat ibu bapa, jaga percakapan, memuliakan pensyarah, suka tolong orang lain, bersangka baik dengan sahabat, buat kebaikan pada orang-orang islam walau dia tiada kedudukan sekalipun, dan pastikan sentiasa jaga kebersihan dan selalu kemas bilik, kerana apabila bilik bersih kita akan menjadi lebih tenang untuk belajar.

  • 5.     Ikhlas dalam melakukan apa jua amalan – siapa yang ikhlas maka dia akan peroleh ganjaran yang paling besar dari Allah SWT. Surah Muhammad :7 “bila kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita....”. Apabila ada masalah jangan cerita dengan orang lain, tapi ceritalah dengan Allah. Orang-orang yang ikhlas terpancar cahaya pada wajahnya. 

  • 6.       Mujahadah dan berdakwah – tahan nafsu, kerana syaitan sangat takut bila kita tahan nafsu. Ia juga dapat membantu kita memperoleh hidayah daripada Allah SWT. Jadi berusahalah kerana tiada putus asa dalam Islam. 

        
     Semoga ianya memberi manfaat dan sebati dalam diri kita sebagai orang islam dan khususnya sebagai mahasiswa/i yang memiliki ilmu yang dikurniakan oleh Allah. Gunakanlah akal dengan memilih dan berfikir yang baik demi meneguhkan agama dan diri. Semoga dengan sifat-sifat ini dapat membantu kita semua untuk menjawab peperiksaan akhir dengan tenang dan memperoleh kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat, sugguh kehidupan diakhirat itu memang benar dan kekal abadi.  

      Akhir kalam, ketahuilah juga sebagai seorang mahasiswa/i Islam “ dakwah paling besar kita adalah AKADEMIK”. Saya yakin dengan semangat yang ada pada teman-teman semua  mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan pesanan terakhir untuk diri saya sendiri dan teman-teman belajarlah dengan penuh pengharapan pada Allah dan ingatlah “bila kita jaga urusan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjaga urusan dan mempermudahkan urusan kita”. 

Semoga berjaya, “Semoga kita mencapai first class di dunia dan di akhirat”....

“Apabila kita mendoakan kejayaan orang lain, malaikat akan mendoakan kejayaan kita”- kata-kata hikmah

Penulis adalah:
Norsutriana binti Hj Babu
3 SHR
Naib Presiden II (HELWI)
Persatuan Mahasiswa Islam

Sunday, April 17, 2011

Tips untuk Mendapat Anak yang Soleh/Solehah

Ketika mengandung, kita disarankan banyakkan membaca Al-Quran.Ada beberapa surah yang boleh diamalkan.

Doa untuk mendapat anak soleh (surah saffat, ayat 100)



 Amalkan :

1. Surah Al Fatihah ( terang hati, kuat ingatan). Klik sini

2. Surah Mariam (mudah bersalin, taat, sabar). Klik sini

3.Surah Luqman (cerdik akal). Klik sini

4. Surah Yusuf (cantik rupa paras,akhlak). Klik sini

5.Surah Hujurat (sifat hati-hati, boleh perbanyakkan susu). Klik sini

6. Surah Yassin (ketenangan hati untuk ibu dan anak dikandung). Klik sini

7. Surah Taubat (bersih hati). Klik sini

8. Surah Nahli (berdisplin). Klik sini

Tanyalah Ustazah, (Ibu Mithali)

Saturday, April 16, 2011

Golongan Yang dijamin Masuk Syurga...


















Na dapat dari Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Baiyah bertajuk Ibu Mithali

11 Ciri Ibu Mithali

Na mendengar kembali "Tanyalah Ustazah, pada Hari Jumaat, 10 pm di TV9 ( Ustaz Baiyah)


1. Kaya Iman


2. Kaya Amalan


3. Kaya Ilmu


4. Kaya Akhlak


5. Kaya Kasih Sayang


6. Kaya Kesabaran


Para Ibu boleh membaca ayat 200 dalam surah Ali Imran:










7. Kaya Nasihat - lakukan dengan ikhlas


8. Kaya Harta


9.Kaya Kesihatan


10. Kaya Mujahadah - Beribadah bersungguh-sungguh


11. Kaya Hati - Hiasi diri dengan maaf ( menjadi pemaaf)

Ibubapa Boleh Mendekati Remaja dengan 7P

Tips daripada Al Kuliyyah bertajuk Temanku Remaja, 18 Mac 2011


1.P-Perhatian


2.P- Puji dan Peluk ( pujian itu kosong semata-mata tanpa peluk)


3.P- Pendidikan. Terdiri daripada 3a ( Agama, Akhlak( kemahiran sosial), Akademik)


4.P- Pukul (Hukum), jangan dimanjakan, p/s- ada kalanya permintaan anak tidak perlu dilayan


5.P-Pujuk (motovasi)


6.P-Penghargaan


7.P-Periksa anak (h/p, email,FB dan sebagainya). Na ada mendengar kuliah ustaz kazim....kelak di Akhirat, ibubapa akan ditanya dengan apa yang diberi untuk anak2 nya....Jika dilakukan maksiat, dapat lah sekali saham dosa kelak.

Remaja: 5 H Untuk Berubah

Antara isi dicatat dalam program Al Kuliyyah bertajuk "Temanku Remaja" (18 Mac 2011)

1. H - Hati kena kuat untuk pulang ke pangkal jalan


2. H- Hampiri orang yang positif ( tunjuk jalan penyelesaian)


3.H- Hindari remaja yang negatif ( dari segi fesyen, pemikiran)


4. H- Hajat ( Remaja perlu diberi matlamat, berazam mengikuti matlamat,)


5.H- Hijrah ( Hijrah pada tempat lain, bina kehidupan lain)

Thursday, April 14, 2011

AirTIme Share Celcom: Pindahkan top up

Selalunya na akan buat bila dalam akaun telefon na  ada baki berpuluh ringgit sedangkan keesokan hari expired day untuk prepaid na..
Macam mana nak buat?
( 50 sen akan ditolak untuk servis caj)

Taip RM <6 Digit Kata Laluan> hantar 1@@@@@@@@@@.

[@@@@@@@@@@- adalah number kepada siapa kita nak transfer  baki kita]


Contoh:
RM10 001122  ke 10191234567

Kemuskilan cthnya tak ingat kata laluan?..hantar HELP  Ke 1019

Panggilan & SMS Tanpa Had Kesemua Number Celcom

Ia percuma untuk sehari...maksudnya akan tamat 11.59 malam pada hari yang kita nak.Macam Mana?...hehehe, meh na citerrr:

Senang ajek, cuma taip YESRM3 ( dlm mesej) dan hantar ke 22188. Kalu dapat, RM3 akan ditolak dari akaun kita

Kenapa cache perlu kosong?

Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?
-Murni , Temerloh

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer. Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.


Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.
Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan. Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

Namun begitu, sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman.

Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi. Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan.

Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Internet Options'
*Klik 'General'
*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'
*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'
*Klik 'OK'
*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.
Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options'
*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik 'OK'

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'
*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.
*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan.
Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. Di sini, saya berikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.Sekiranya ada permintaan untuk pelayar-pelayar web yang lain, sila e-melkan kepada saya. Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua.

Sumber

Tuesday, April 12, 2011

Alhamdulillah : Tiada telur tiruan di pasaran

PUTRAJAYA 11 April – Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannya telur tiruan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri telur tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan ‘keganjilan’ pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.

“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar.

“Rakyat tidak perlu bimbang kerana situasi terkawal dan dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan CAP berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar Pulau Tikus, baru-baru ini.

Hadir sama, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr. Abd. Rahman Md. Saleh.

Abdul Aziz berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Kesihatan turut melakukan ujian makmal berasingan ke atas telur tersebut bagi mengetahui kandungan dan kesahihan aduan tersebut.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan FLFAM untuk mewajibkan pengusaha telur menjalankan sistem penggredan telur keluaran ladang masing-masing.

“Ini adalah untuk membolehkan pengguna dapat mengetahui gred telur, tarikh dikutip dari ladang dan tarikh luputnya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, FLFAM mempunyai 340 ladang bersaiz besar, sederhana dan kecil yang mampu mengeluarkan 23 juta biji telur setiap hari.

Dalam pada itu, beliau berkata, mekanisme sistem penggredan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan sebuah standard piawaian baru mengenai telur tempatan dapat diwujudkan kerana ia penting untuk menjamin tahap keselamatan sesuatu produk makanan.

Sumber

Telur Tiruan



Sumber: Akhbar Sinar

Sunday, April 10, 2011

'Bersedia hadapi bencana dahsyat'

Malaysia mula berisiko kesan perubahan cuaca

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil. Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

Friday, April 8, 2011

Senarai lagu-lagu nyanyian P. Ramlee dan Saloma


A1. Aci Aci Buka Pintu

2.Aduh Sayang

3.Aduhai Sayang

4.Ahmad Albab

5.Ai Ai Twist

6.Aku Bermimpi

7.Aku Debuk

8.Aku Menangis

9.Aku Tak Berdaya

10.Aku Terpesona

11.Ala Payong

12.Alam

13.Alam Di Tiup Bayu

14.Alam Maya

15.Alangkah Indah Di Waktu Pagi

16.Alhamdulillah

17.Ali Baba Rock

18.Alunan Biola

19.Anak-ku Sazali

20.Aneka Ragam

21.Angin Malam

22.Apa Guna Berjanji

23.Apabila Kau Tersenyum

24.Apek Dan Marjina

25.Asmara Bergelora

26.Asmara Datang Bersama Sang Bulan

27.Asmara Murni

28.Assalamualaikum

29.Awan Mendung Telah Tiba

30.Awas-awas Jangan Tertawan

31.Ayam Ayam

32.Ayer Mata

33.Ayer Mata Di Kuala Lumpur

34.Azizah

Thursday, April 7, 2011

Telur Ayam Tiruan : Telur tiruan dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian makmal

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA

Sumber

Telur Ayam Tiruan: Telur ayam di Pasar Pulau Tikus dirampas

GEORGETOWN: Sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini merampas 270 biji telur ayam di tiga gerai di Pasar Awam Pulau Tikus, di sini.

Pemeriksaan pada 10.30 pagi itu dibuat berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam mengenai telur ayam tiruan selepas aduan seorang pembeli yang dipercayai membeli telur itu.

"Kami merampas 90 biji telur ayam dari setiap gerai untuk dihantar ke makmal bagi menjalani ujian untuk menentukan kesahihan telur itu sama ada ia telur sebenar atau tiruan," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK M Gunaselan. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata telur ayam yang dirampas itu dijual dengan harga 35 sen hingga 38 sen sebiji di pasaran tempatan.

Gunaselan berkata, pihak penguatkuasa akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, seorang peniaga Lim Siew Eng, 85, berkata dia terkejut dengan dakwaan berkenaan sehingga pihak penguatkuasa melakukan pemeriksaan di gerainya pagi ini.

"Saya sudah 50 tahun menjual telur ayam di sini dan hingga kini tidak pernah menerima aduan atau rungutan daripada pelanggan...ini kali pertama gerai saya diperiksa.

"Sejak berniaga di sini, saya langsung tidak tahu mengenai hal ini kerana saya mendapat bekalan telur ayam daripada seorang pembekal di Pasar Jalan Anson di sini. Saya tidak pernah mendapatkan bekalan dari tempat lain," katanya.

Semalam, CAP menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur ayam yang didakwa tiruan pada harga RM11 di pasar itu. Telur tiruan itu dikatakan mempunyai saiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. - BERNAMA

Sumber

Hebat! : Lukisan guna ratusan ribu perkataan

 Sumber

Tuesday, April 5, 2011

Identification in plastics! Check It!!


"In general, plastics that are marked with recycle codes 1, 2, 4, 5, and 6 are very unlikely to contain BPA. Some, but not all, plastics that are marked with recycle codes 3 or 7 may be made with BPA." [25]

There are seven classes of plastics used in packaging applications. Type 7 is the catch-all "other" class, and some type 7 plastics, such as polycarbonate (sometimes identified with the letters "PC" near the recycling symbol) and epoxy resins, are made from bisphenol A monomer.[5][26]

Type 3 (PVC) can also contain bisphenol A as an antioxidant in plasticizers.[5] This is particularly true for "flexible PVC", but not true for PVC pipes.

Source

The SPI resin identification coding system is a set of symbols placed on plastics to identify the polymer type. It was developed by the Society of the Plastics Industry (SPI) in 1988, and is used internationally. The primary purpose of the codes is to allow efficient separation of different polymer types for recycling.

The symbols used in the code consist of arrows that cycle clockwise to form a rounded triangle and enclosing a number, often with an acronym representing the plastic below the triangle. When the number is omitted, the symbol is known as the universal Recycling Symbol, indicating generic recyclable materials. In this case, other text and labels are used to indicate the material(s) used. Previously recycled resins are coded with an "R" prefix (for example, a PETE bottle made of recycled resin could be marked as RPETE using same numbering).

Contrary to misconceptions, the number does not indicate how hard the item is to recycle, nor how often the plastic was recycled. It is an arbitrarily-assigned number that has no other meaning aside from identifying the specific plastic.

The Unicode character encoding standard includes the resin identification codes, between code points U+2673 and U+2679 inclusive. The generic material recycling symbol is encoded as code point U+267A.



Source

What is Bisphenol A?


Bisphenol A, commonly abbreviated as BPA, is an organic compound with two phenol functional groups. It is used to make polycarbonate plastic and epoxy resins, along with other applications.

Known to be estrogenic since the mid 1930s, concerns about the use of bisphenol A in consumer products were regularly reported in the news media in 2008 after several governments issued reports questioning its safety, prompting some retailers to remove products containing it from their shelves. A 2010 report from the United States Food and Drug Administration (FDA) raised further concerns regarding exposure of fetuses, infants and young children.[1] In September 2010, Canada became the first country to declare BPA as a toxic substance.[2][3] In the European Union and Canada, BPA use is banned in baby bottles.[4]

For detail, Click Here

BPA ubah lelaki jadi wanita

Tahu kah Anda? : "Klorin di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia".

AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.

“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

BPA

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.

“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.

Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.

“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.

“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.

“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.

Saturday, April 2, 2011

Pencerobohan Facebook

Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat?


- Suria , KL

Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.

Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap.

Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar.

Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya. Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.

Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook.

Ini kerana data-data atau maklumat ‘berterbangan’ di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan.

Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan.

Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.