Friday, October 22, 2010

Coretan Hari Jumaat- Masjid Selat Melaka

Hari ini na berkesempatan menunaikan solat asar di Masjid Selat Melaka, di Pulau Melaka, Melaka. Masyaallah, cantiknya masjid tur, sebahagian masjid itu betul- betul terletak di dalam laut Selat Melaka...

                                                                    Sumber

Cantik bukan?...masa na pergi, air tengah surut, tapi masih dapat dengar bunyi air laut yang melalui di bawah masjid ini. Tenang menunaikan solat di dalam masjid tersebut dengan angin laut memasuki masjid di celah2 dinding masjid. Di sana, kita boleh nampak kapal2 yang melalui laut Selat Melaka:). Sayang seribu sayang, na masih belum memiliki kamera untuk mengambil gambar2 di sekitar masjid tersebut, takpelah, kalu cari melalui google, banyak gambar yang boleh kita lihat bukan:)

Dengar khabarnya, Pulau Melaka telah dibeli oleh pelabur Arab. Kalu tak silap na, salah satu projek di pulau buatan manusia ni adalah tempat pertunjukan singa laut.....

No comments:

Post a Comment