Tuesday, March 30, 2010

Ini Membuat Na tersenyum...

Hasrizal Abdul Jamil  Anak muda yang tidak sabar-sabar mahu berkahwin, berpotensi tinggi untuk tidak sabar-sabar mahu keluar daripada perkahwinan yang sama. Nabi SAW kata sabar itu seperti mentari, bukan saja-saja. Tolonglah adik-adik, kenapa mudah sangat ke 'situ'? Kalau kalian adik kandungku, mahu sahaja kulempang kalian agar membuka mata menguruskan realiti kehidupan...

( daripada Facebook Na )

Sunday, March 21, 2010

Sel tidak terkawal

 Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

norlaila@hmetro.com.my
2010/03/14

RAMAI peserta forum, baik wanita mahu pun lelaki, menggelengkan kepala dan mengerutkan dahi apabila ditunjukkan gambar kanser membabitkan bahagian peranakan wanita kerana semuanya tampak mengerikan. Malah, ada ketumbuhan dalam rahim yang saiznya mengalahkan seorang bayi.


Malah risiko bagi sesetengah kanser berganda jika ada ahli keluarga terdekat seperti emak, bapa atau adik-beradik menderita akibat penyakit berbahaya itu.Di negara kita, kanser wanita didahului dengan kanser payudara (21 peratus), kolon (10 peratus), pangkal rahim (9.8 peratus), perut (7.6 peratus), paru-paru (tujuh peratus), ovari (4.4 peratus) dan rahim (3.8 peratus).Kanser adalah sel badan yang terhasil terlalu cepat dan tidak terkawal sehingga menyebabkan bonggol sel dipanggil ketumbuhan yang boleh bersifat benigna (tidak merebak) atau malignan (boleh merebak ke bahagian badan yang lain).Uniknya, sel kanser yang merebak (berpindah ke organ lain melalui aliran darah atau cecair limfa), ia akan singgah dan membiak (membahagi dengan cepat) membentuk koloni baru pada organ tempat persinggahan itu.Keunikan kedua, koloni kanser ini boleh mencuri nutrien yang dibawa dalam darah dengan membentuk salur darah baru supaya nutrien tadi dapat disalurkan terus ke sel kanser untuk ia tumbuh lebih besar.Keadaan ini akan menekan tisu dan saraf berhampiran yang menyebabkan rasa sakit. Perkara sama berlaku pada kanser peranakan wanita seperti kanser pangkal rahim, ovari, rahim dan faraj.

Anak pintar......Tips mendapatkan anak pintar..:)

Oleh Hazirah Che Sab zeehan@bharian.com.my
2010/03/21

Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Pengalaman OooOoo Pengalaman....

3 am....na terjaga setelah memberi susu kepada anak buah na ke-3, inilah pengalaman pertama na...terpaksa berjaga, menukar lampin, "blup"kan beberapa kali.....jika dulu ketika  kelahiran siti nurfahana....kak kedua na menjaga sementara na sesekali hujung minggu balik menjenguknya, kini tugas na sepenuhnya menjaga farhana dan baby fahmi.....

Abah mak paling penat tetapi itulah kasih sayang ibubapa.....diharapkan selepas berpantang kak ika kembali sihat.....3 jam diperlukan untuk menjahit...bayangkan....kekadang terpaksa juga mengangkat Farhana....sekarang Farhana demam, selsema dan batuk.bila diperiksa suhunya antara 37-38.....kami membawa farhana ke klinik doktor Rahimah, bukit katil...ada jugak info untuk na coretkan sebagai panduan na kelak:

1. mata Farhana berakhir....na sangkakan sebab panas...rupanya hingus menutup lubang air mata....

2. boleh memberi anak-anak kecil vitamin, jika baby dapat susuan badan...boleh bermula dari 4 bulan....jika dari susuan tin 9 bulan.....

3. jika anak demam....mandikan dengan air suam...

4. dalam kes na, Farhana ada astma...so kena kurangkan kelajuan kipas atau aircond waktu  malam....dalam rumah na, boleh "kelemasan" kalu kurangkan kelajuan kipas...selalunya kelajuan biasa 4-5.na  "reduce"kan kepada 3....so na letak kain batik sebagai "gebau"@ selimut supaya Farhana tidak terasa sejuk...., kalu baby lak, pakaikan bedung

5. Muhammad Fahmi ada kalanya sentiasa kembung, rupanya kami tak "blupkan" @ sedawakan dalam temph lama...p/s- .kalu anak2 kembung, urutkan belakang baby, insyaallah...angin akan keluar...pakai kan minyak "YUHYI" di perut dan kaki selepas mandi atau ketika kembung.....


Na diuji lagi....batuk yang dialami sudah menjangkau lebih 1  bulan, doktor Rahimah kata kalu orang ada asma, memang susah nak baik, mak abah lak risau pengalaman dulu berulang....ada ubat, tapi malas nak makan....kononnyer ubat batuk lelah tur tak mengantuk....tapi na terasa mengantuk..mengganggu semua jadual harian na...so na stop dulu pengambilan ubat :)

Planning na untuk kembali ke UPM rabu depan....berat hati na melangkah pergi...viva kekawan 30hb, na? masih samar...tapi cukup "clear" memang banyak soalan akan timbul...na pula, "fail" untuk memastikan research na ada dalam jadual harian na sehingga kini,......agak2 kena supervisor ada sebelah na, baru nak berjalan gamak nyer!

Tuesday, March 9, 2010

Post ke 101 Na : Gelagat Sang Tupai

GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain baru-baru ini. ( Sumber )

Friday, March 5, 2010

Nasihat Untuk Na

no need to be worry.

prepare good complete but simple slide

 make sure your presentation is fluence.

revise the part that you think that might be your weak point, in case they ask, then you can answer.

Monday, March 1, 2010

Penanda Aras Sebelum "Tsunami' Akhlak di Negara Ini!

Penduduk marah, dakwa ditipu
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

HULU SELANGOR 28 Feb. – Beberapa hari selepas insiden yang meragut nyawa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, penduduk di Taman Batu 30 di sini melahirkan rasa marah dan kecewa kerana ditipu oleh ibu dan teman lelaki kanak-kanak malang tersebut.Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri.Namun, insiden yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah pada Khamis lalu akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan.

Bengkak ginjal undang maut

LAZIMNYA, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi.


Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.

Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya.

Jom Ke Negeri Na....

Segala-galanya ada di Melaka


Oleh MOHAMAD BAKRI DARUS
PENGUNJUNG ke Melaka akan disambut dengan slogan, Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Slogan itu jelas tertera di pintu gerbang ketika memasuki negeri itu di Lebuh Raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.

Benarkah apa yang ada di seluruh Malaysia ada di Melaka? Secara amnya, banyak produk pelancongan ditawarkan kepada pengunjung baik dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat beli-belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan sebagainya.

Melaka juga bercirikan 1Malaysia, kata seorang peserta rombongan ketika berkunjung ke Melaka baru-baru ini. Dia menegaskan, pendapatnya itu berdasarkan nilai-nilai yang ketara di mata kasarnya.

Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum.

Dari zaman pedagang Cina dan India, hinggalah ke zaman Kesultanan Melaka kemudian ke zaman penjajahan seterusnya era sebelum dan selepas merdeka.

Kini, keluarga Baba Nyonya, Portugis dan Chitti hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kelompok komuniti Melayu, Cina dan India. Nilai kepelbagaian itu jelas mempunyai kuasa tarikan untuk pelawat domestik dan pelancong asing.

Sunday, February 28, 2010

Awasi cuaca panas - 21 Mac 2010

Oleh Hafizah Iszahanid

hafiza@bharian.com.my

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Thursday, February 25, 2010

DNA otak sel tubuh

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


PEMINAT fanatik drama bersiri penyiasatan CSI: Crime Scene Investigation pasti teruja memerhatikan setiap gerak langkah penyiasat-penyiasat forensik dalam menjejaki penjenyah sesuatu kes.


Perasaan gelisah sentiasa bermain di benak sanubari penonton yang tidak sabar mengetahui kesudahan cerita kegemaran mereka.

Kecekapan penyiasat forensik di dalam siri berkenaan ke lokasi kejadian mengumpul bahan bukti membuatkan peminat fanatik itu tidak lekang daripada televisyen.

Dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik moden hari ini, penonton akhirnya menarik nafas lega apabila kesimpulan kepada kes yang rumit berjaya dirungkai satu persatu oleh penyiasat forensik kegemaran mereka.

Kalau kita mengamati dengan teliti siri penyiasatan popular itu, penggunaan asid deoksiribonukleik (DNA) begitu sinonim dipertuturkan oleh para penyiasat forensik ketika menjalankan siasatan.

Mungkin ada segelintir peminat setia siri penyiasatan itu tertanya-tanya apakah DNA?

Peguam Jacko peluk Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

(Mark Shaffer berjubah dan berkopiah serba putih bangga menunjukkan sijil pengesahan Islamnya)


PADA 17 Oktober tahun lalu, peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf jutawan, Mark Shaffer secara rasmi memeluk Islam di Arab Saudi.

Beliau yang mengendalikan pelbagai kes perundangan sivil, memeluk Islam ketika bercuti 10 hari di negara itu untuk melawat bandar terkenal seperti Riyadh, Abha dan Jeddah.

Di AS, beliau seorang yang sangat dikenali lebih-lebih lagi Shaffer ialah peguam yang mengendalikan kes raja pop Michael Jackson, iaitu seminggu sebelum superstar itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Sebagaimana yang diceritakan oleh pemandu pelancong, Dhawi Ben Nashir yang mengiringi Shaffer sepanjang percutian di Arab Saudi itu, peguam itu memeluk Islam dengan penuh kerelaan.

"Sejak hari pertama Shaffer menjejakkan kakinya di Tanah Arab, beliau bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam terutamanya mengenai solat.

Sunday, February 21, 2010

Isu : Perarakan Maulidur Rasul

Apa itu Maulidur Rasul? Click here

Sejak kebelakangan ini, na dapati isu perarakan maulidur rasul menjadi isu hangat, lebih-lebih  lagi apabila Kerajaan pimpinan pembangkang terlibat...bagaikan taufan beserta gempa bumi dasar laut dibuatnya. Click sini: Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan Maulidur Rasul (ARKIB : 12/02/2010). Selepas beberapa siri "gugurnya" bom "atom", barulah diketahui ada beberapa negeri tidak akan mengadakan perarakan seperti Kelantan, Johor dan Pahang...( tolong betulkan jika silap ).  Apa pandangan na dalam hal ini, bagi na kalu perarakan diadakan menyebabkan peserta tak solat, membuka aurat....lebih baik tidak perlu. Oklah, apa2, baik kita membaca pandangan orang "expert" dalam hal keagamaan...

Perarakan Maulidur Rasul :
Wajar Diterus Atau DiUbah?
Oleh  Zaharuddin Abd Rahman 

Baru-baru ini timbul sedikit pertikaian apabila disebut kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Ia dijadikan isu politik oleh ahli politik. Walaupun telah dijelaskan bahawa hal itu tidak benar, saya suka untuk mengulas amalan tersebut dari perspektif bukan politik kepartian, tetapi melalui perspektif yang sedikit berbeza. Adakah jika benarlah dibatalkan perarakan itu, adakah ia merupakan satu isu besar dari sudut agama serta tanda tidak menghormati baginda Rasul dan Islam?

QURAN TERJEMAH PER KATA ASBABUN NUZUL + TAFSIR






Mak na sudah memiliki Quran Terjemah ini.....

Ingin memiliki?..sila click di sini.

Saturday, February 20, 2010

Kongsian Bersama

Kalau si bapa dari awal-awal lagi liat menunaikan solat, tidak mustahil si anak akan bosan menunaikan solat, kalau di awal-awal lagi si bapa merokok, tidak mustahil si anak boleh berjinak-jinak dengan najis dadah, kalau awal-awal lagi si bapa menyokong artis-artis Barat tebelah sini terdedah sana, tidak mustahil anak juga memperbodohkan sama perlakuan si bapa.

Rezza Khanafiah

Hampir menyebabkan Na Menangis!



Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

( SaifulIslam )

Friday, February 19, 2010

Sedikit daripada Al Kuliyyah TV3 - Pinjaman Bank Islam VS Bukan Islam

Assalamualaikum, ada beberapa point yang na dapat apabila menonton Program Al -Kuliyyah hari ini, Tetamu hari ini adalah Ustaz Zaharuddin :)

Antara point yang na dapat:

1. Rezeki tidak terhad kepada duit atau harta, sebenarnya jika Allah tidak membenarkan kemalangan berlaku, memberikan kesihatan yang baik itu jugak dikira rezeki.

2. Bagaimana untuk mendapatkan rezeki:

a. sentiasa berprasangka baik dengan Allah

b. Yakin dengan Allah

c. Bertaqwa/ beriman kepada Allah

insyaallah rezeki daripada langit dan bumi akan menjadi rezeki kita.....

3. Ketahuilah duit haram dan riba akan membawa kita kepada kepapaan.

4. Apakah tanda rezeki diberkati olehNya?

---> Meringankan diri melakukan kebaikan dan memberatkan diri daripada melakukan maksiat

5. Apabila kita melakukan dosa, Allah akan menahan rezeki....dan akan mengecilkan pintu rezeki.

6. Allah boleh mengubah rezeki kita apabila kita sentiasa berdoa..banyakkan bersedekah..

7. Tanda kita tawakal ialah apabila kita akan terus berusaha.

Ust Zaharuddin juga menunjukkan perbezaan jika kita membuat pinjaman daripada bank cara Islam dengan bank bukan cara Islam:


Bank cara Islam


1. Pada tahun pertama sehingga tahun ketiga , kena bayar 2 % daripada jumlah sebenar.

2. Pada tahun ketiga sehingga tahun ke 25 , kena bayar 7 % [ tetap ].

Ada jugak Bank secara Islam merujuk kepada BLR [ KADAR ASAS PINJAMAN ], contohnya 10 %. Tetapi jika BLR tahun itu 5 %, bank tersebut akan menolak sebanyak 5 %, jika BLR 13 %, bank akan fitkan kepada 10 %.

3. Penalti / Denda

Jika kita gagal membayar pada bulan itu, akan dikenakan  denda 1 %  daripada bayaran yang  kita kena bayar bulan itu.


 Bank cara bukan Islam



1. Pada bulan pertama sehingga tahun ketiga , kena bayar 1 % daripada jumlah sebenar.

2. Pada tahun ketiga sehingga tahun ke 25 , BLR - 2 %, di mana BLR ( Kadar asas pinjaman ), waktu sekarang BLR adalah 5%. (BLR bergantung kepada tahun). BLR pernah meningkat sehingga 12 % di negara Malaysia.

3. Penalti / Denda


Jika kita gagal membayar pada bulan itu, akan dikenakan denda 3 % daripada baki pinjaman kita. Kemudian akan ditambah pula dalam baki pinjaman kita. Then akan di darabkan dengan kadar bayaran (2), [ Jumlah terbaru untuk kita membayar ].

Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah


Sumber : Utusan Malaysia 18/02/2010

Lain-lain berita yang berkaitan:

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan

Jadilah Pemimpin sebegini....Dengar lah sahabat...adik2 ku.....

1. Presiden PAS selamat orang lemas





Lihat  video dan baca selanjutnya di sini

2. Indahnya Akhlaq Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad

Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan pribadinya: "Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"


Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran ."

Thursday, February 18, 2010

Sebalik Hari Khamis ini...

Alhamdulillah, itu yang mampu na katakan...sebalik hari ini, telah menjawab teka- teki yang  belenggu diri ini .Na mampu menjawab teka teki itu!..... Alhamdulillah kerna ia memberikan na keyakinan di mana Allah masih mendengar doa na..:)

Tuesday, February 16, 2010

Saturday, February 13, 2010

Rai kejatuhan kerajaan Islam = Hari Kekasih atau Valentine Day

Harian Metro 12/2/2010

 TERINGAT penulis ketika memulakan sesi pengajaran di sebuah kelas apabila mengemukakan soalan; “ Siapa tahu bilakah Nabi Muhammad dilahirkan?”

Kelas menjadi senyap seketika dan ternampak beberapa pelajar menundukkan kepala.

“Baiklah, soalan kedua, bila perayaan menyambut Hari Kekasih diadakan?” Penulis terkejut kerana masing-masing berebut mahu menjawab. Begitulah senario masa kini menunjukkan budaya asing lebih menerap dan jadi ingatan kepada anak-anak muda. Salah satu acara tahunan yang seolah-olah sudah membudaya dalam kalangan generasi muda ialah perayaan menyambut Hari Kekasih atau Valentine Day yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun.

Sambutan hari itu turut diraikan oleh generasi muda Islam yang tidak peduli mengenai asal-usulnya. Jadi, kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih ini agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh merencatkan iman.

Thursday, February 11, 2010

- Belia-

p/s- masih belum habis rancangan Hal Ehwal Islam, ia berkisarkan Belia...pandangan na mengenai topik ini...masa muda ini lah pentingnya kita sedaya upaya mengaut ilmu Allah, memperkukuhkan iman, mencari kekuatan diri, menjaga pergaulan....
Point yang na sempat mendengar.....kita mesti mempunyai jati diri yang kuat, walau di mana kita   "tercampak"...kita tidak mudah hanyut dan terpengaruh....! Bagaikan ikan di laut, tidak kan masin kerna air laut masin...betul kan?

Na sempat membaca satu post yang sesuai dengan topik ini. Sila Click di sini untuk membacanya : )

Perbualan Na dengan Mak......

Sekarang na mendengar rancangan Hal Ehwal Islam TV1, terasa letih , batuk mula menyerang na....tetiba na teringat untuk "muat turun" beberapa "point" hasil daripada perbualan na dengan mak tempoh hari.....

Mak memberi galakan kepada na untuk menyimpan hasrat menunaikan haji bila na mulai kerja...mak kata, banyak masalah dan keinginan kita akan tertunai setelah kita menunaikan haji.....[ berdasarkan pengalaman mak ]. Mak kata, kalu kita mampu hutang rumah, kereta..that's mean kita mampu menunaikan haji....[al maklum, kadang2 manusia ni bila kerja banyak, mulai berhutang, ada pelbagai tanggungjawab...akan tergoyah atau hancur impian untuk menjadi salah satu "tetamu Allah,[ honestly, na pun termasuk dalam kategori ini, kalu bukan sekarang...tapi akan datang kot] sebab apa? kita tidak yakin hikmah yang terdapat di sebalik ibadah haji itu sendiri.....tidak yakin Allah akan menolong kita dalam urusan tersebut...contohnya wang, kesihatan kita...

Percayalah,keberkatan menunaikan haji boleh menyembuhkan penyakit, rezeki akan murah, wang kita semakin berkat.....dan yang penting kita sudah menunaikan rukun Islam.

Wednesday, February 10, 2010

Kongsian Bersama : Hukum Rai Valentine & Jual Bunga daripada Ust Zaharuddin

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?

JAWAPAN

Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)

Justeru,

Tuesday, February 9, 2010

Bagaimana dan Tanda Jika Kita gagal?

Bagi na, ini adalah artikel untuk melengkapkan daripada artikel sebelum ini Click Here.

Apa Tanda Jika Anda Gagal ?
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal , mental, malah juga spritualnya.

Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.

Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.

Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Mankala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.

Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.

Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada' dan qadar Allah. Imannya tergoncang.

Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

Monday, February 8, 2010

Teknologi Nuklear

Lihat di sini

Arkib : Isu Ujian Nuklear

ISU UJIAN NUKLEAR – MENGAPAKAH TEKANAN YANG BERBEZA DIKENAKAN KEATAS PERANCIS DAN INDIA.


1.0 PENGENALAN

Nuklear ! mendengarnya sahaja sudah pasti mengerunkan kita. Tambahan pula bila melihat kesan kemalangan reaktor nuklear di Chenorbyl, Russia yang sekarang sudah menjadi padang jarak padang tekukur. Tragedi letupan bom atom terbesar di Hiroshima dan Nagasaki mungkin satu-satunya kesan kedahsyatan perbuatan manusia yang akan terus tercatat dalam ingatan setiap makhluk di dunia ini.

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan, Unit Alam Sekitar, Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Dr. Muhammad Omar, rekahan pada kerak bumi merupakan salah satu cara bahan radioaktif boleh memasuki alam sekitar dan seterunya badan manusia.

Tenaga tinggi terkandung dalam nukleus yang berada ditengah-tengah atom tersebut dibelah ( fission) atau disatukan ( fusion). Dengan menggunakan kaedah fission, satu kiliogram uranium sahaja, boleh menghasilkan tenaga yang sama seperti membakar 3 ribu ton arang batu atau 9 ton bahan letupan TNT ( trinitrotoluene). Bom atom merupakan salah satu contoh tindakbalas pembelahan nuklues.

Sains dan teknologi nuklear telah memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan dunia, umpamanya sebagai sumber bekalan tenaga eletrik, perubatan, pertanian, dan industri pengeluaran makanan, perindustrian dan pertahana negara. Loji nuklear pertama di dunia yang bermula secara besar-besaran ialah menerusi projek yang dikenali sebagai Calder Hall yang dibangunkan di Windscale pada tahun 1996 semasa Queen Elizabeth II.

Teknologi Nuklear untuk Mempelbagaikan Tanaman Hiasan Akuarium

TEKNOLOGI nuklear yang sering dikaitkan sebagai penyebab kemusnahan kepada manusia dan alam, sebenarnya boleh dimanfaatkan, khususnya bidang sains dan teknologi bagi membantu memajukan produk atau kajian dalam pelbagai disiplin ilmu.

Teknik menggunakan sinaran gamma, neutron, alfa atau beta itu boleh diterapkan untuk pelbagai tujuan termasuk membangunkan bidang pertanian dengan memperbaiki hasil tanaman serta mempelbagaikan kegunaan tumbuhan.

Penyelidik Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Norzulaani Khalid, misalnya memanfaatkan teknologi nuklear bagi menjalankan pembiakan tisu kultur mutasi tumbuhan menggunakan sinaran gamma untuk mempelbagaikan tumbuhan akuatik sebagai hiasan akuarium.

Beliau berkata, dua jenis tumbuhan digunakan dalam kajiannya iaitu Sansevieria yang lebih dikenali sebagai tumbuhan lidah mak mentua serta Cryptocoryne atau tumbuhan trompet air yang menghasilkan perubahan menarik dari segi warna, saiz dan bentuk tumbuhan berkenaan.

“Penggunaan tumbuhan akuatik sebagai hiasan akuarium digalakkan berbanding penggunaan rumput atau tumbuhan tiruan yang meluas ketika ini kerana ia boleh menyumbang kepada penambahan oksigen terlarut, sekali gus membantu kehidupan ekosistem dalam akuarium itu termasuk dapat memastikan ikan lebih sihat.

“Teknik mutasi tumbuhan menggunakan teknologi nuklear ini mampu mempelbagaikan pilihan tumbuhan akuatik untuk hiasan akuarium termasuk dari segi saiz, warna dan bentuk daun.